Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU
Wednesday, November 20, 2019
Kenyataan Akhbar Sultan Abdur Rahman, Sultan Riau Lingga Terakhir pada 15hb Februari 1911...
Kenyataan Akhbar Sultan Abdur Rahman, Sultan Riau Lingga Terakhir yang diterbitkan didalam akhbar The Straits Times Singapore pada 15hb Februari 1911...
Raja Terakhir Kerajaan Riau - Lingga : Berita Harian Singapura, Sabtu 10 Disember 2011
KERAJAAN Riau-Lingga telah lama pupus ditelan sejarah tetapi darah keturunan raja masih pekat dalam jiwa Tengku Abdul Rahman Tengku Mohamed Yusoff.
Namun, pesara tentera berpangkat staf sarjan dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu tidak pernah menggembar-gemburkan.
Bukan saja sahabat handai, malah ramai jiran tetangganya di estet perumahan Jurong West, tidak menyedari Tengku Abdul Rahman, 76 tahun, sepatutnya ditabalkan sebagai raja jika kesultanan Riau-Lingga masih wujud.

Ini kerana berdasarkan salasilah, beliau adalah raja terakhir kerajaan yang telah lama tinggal nama dan digulung dalam lipatan sejarah.
Kerajaan Riau-Lingga merupakan serpihan kerajaan Melayu Melaka yang berpindah-randah ke Johor dan akhirnya ke Kepulauan Riau selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam 1511.
Kerajaan tersebut merangkumi Johor, Singapura dan Pahang sekitar abad ke-16 hingga ke-19.
Namun, percaturan politik antara dua kuasa penjajah - Inggeris dan Belanda - berakhir dengan satu perjanjian yang ditandatangani di London dalam 1824.
Perjanjian itu menetapkan kawasan selatan laluan Selat Melaka diserahkan kepada Belanda dan bahagian utaranya termasuk Singapura dikuasai Inggeris.
Perjanjian itu disifatkan seperti pedang yang memutuskan kekuasaan orang Melayu. Riau menjadi daerah kekuasaan Belanda. Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu dikuasai Inggeris.
Di sebalik darah raja yang mengalir dalam tubuh dan jiwanya, Tengku Abdul Rahman kelihatan seperti warga emas yang lain dan meniti kehidupan seperti orang biasa.
Flat HDB empat bilik yang didiami di Blok 425 Jurong West Avenue 1 juga sama seperti flat-flat warga biasa.
'Tiada apa yang nak saya banggakan. Arwah ayah saya pernah menyatakan bahawa kalau kerajaan Riau-Lingga masih wujud, ikut urutannya saya yang berhak memegang takhtanya.
'Tetapi, kesultanan keturunan saya telah luput dan hanya tinggal sejarah. Saya sendiri pun tak simpan dokumen turun-temurun kesultanan dan tidak tahu mana nak cari. Saya tak kisah sangat dan tak ada apa yang nak dibanggakan. Tetapi, dari segi salasilah, nama saya tetap ada dalam urutan kesultanan,' tambah ayah tujuh anak, 13 cucu dan tiga cicit itu.
Beliau adalah cicit Yang Dipertuan Muda ke-10 Riau- Lingga, Raja Mohamed Yusoff Ibni Raja Ali. Kesultanan Riau- Lingga adalah kerajaan Islam yang berpusat di Kepulauan Lingga yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor.
Kesultanan itu dibentuk berdasarkan perjanjian antara kerajaan Britain dengan Belanda pada 1824 dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah sebagai sultan pertamanya.
Namun, Kesultanan tersebut dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.
Dalam zaman kegemilangannya, Kesultanan tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa Melayu.
Tokoh besar di balik perkembangan pesat bahasa Melayu ketika itu ialah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan sejarawan keturunan Melayu- Bugis.
Tengku Abdul Rahman berkata beliau hanya ada sekeping pinggan yang pernah digunakan di Istana sebagai kenangan.
'Saya dah tak ada apa-apa harta dan simpan sebarang peninggalan sejarah. Datuk saya dan ramai keluarga lari dari Pulau Penyengat tanpa membawa apa-apa apabila Belanda mengambil alih kuasa,' katanya.
Bagi beliau, rentetan sejarah itu kini hanya tinggal dalam kenangan dan zaman kegemilangan kerajaan itu tidak mungkin kembali lagi.

Sumber: Berita Harian Singapura - oleh Saini Salleh
Monday, November 18, 2019
Majlis silaturrahmi sempena Hari Raya Idul Adha anjuran bersama Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam
Majlis silaturrahmi sempena Hari Raya Idul Adha anjuran bersama
Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam
dengan Masparimbunis (Keturunan Raja Ali Dan Raja Chik) dari Melaka,
yang diadakan di Tanjung Bemban, Batu Besar - Batam, pada 05 Oktober
2014.
| Raja Muda, Raja Abdul Ghani SE Ibni Raja Mualim dari Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam sedang memberikan ucapan... |
| Persembahan syair |
| Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu, Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka sedang memberikan ucapan... |
| Wakil WaliKota Batam (Datuk Lela Bahari) Bapak Rudy, SE. MM. sedang memberikan ucapan... |
| Acara bertukar tukar cenderahati: Dari Kiri: Raja Muhamad Amin(berbaju biru) selaku pengerusi majlis, Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka, Tengku Shawal Tengku Aziz (berbaju coklat) dari Singapura, Raja Muda - Raja Ghani (berbaju putih) dan Perdana Dalam- Raja Kamarulzaman (berbaju Biru gelap) dari Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam, berserta pembantu2 (penari penari Tari Persembahan).. |
| Penyerahan cenderahati daripada Raja Muda - Raja Ghani (berbaju putih) kepada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka. |
| Penyerahan cenderahati daripada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka kepada Wakil Walikota Batam Bapak Rudy |
| Penyerahan cenderahati daripada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka kepada Anggota Dewan Kota Batam |
| Penyerahan cenderahati daripada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka kepada Tengku Shawal Tengku Aziz dari Singapura.. |
| Majlis di teruskan dengan persembahan nyanyian dan hiburkan selepas sholat Zuhur dan santap siang bersama... |
Sunday, December 23, 2018
Pelancaran Tiga Buku Karya Agung Raja Ali Haji Hasil Usaha Pemerintah Kota Batam Dengan Yayasan Karyawan Malaysia
Pelancaran tiga buku karya agung Raja Ali Haji iaitu Tuhfat Al Nafis, Bustanul Katibin dan Kitab Pengatahuan Bahasa telah diadakan di Planet Holiday Hotel & Residence Batam pada 16 Disember 2013 oleh Walikota Batam, Drs. H. Ahmad Dahlan bersama Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia, Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Dalam sambutanya, Walikota Batam, Drs. H. Ahmad Dahlan mengatakan bahawa pelancaran tiga buku karya agung Raja Ali Haji tersebut merupakan hasil usaha diantara Pemerintah Kota Batam dengan Yayasan Karyawan Malaysia. Tujuannya agar karya karya Raja Ali Haji tidak saja dikenal diMalaysia, tetapi juga dapat dikenali oleh Masyarakat Batam dan Indonesia seluruhnya. Ini kerana jasa besar Raja Ali Haji didalam mertabatkan Bahasa Melayu di Asia Tenggara ini, khususnya di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam sudah banyak dilupakan orang, khususnya Masyarakat Melayu yang hidup di Indonesia. Semoga dengan pelancaran kembali tiga buku karya agung Raja Ali Haji tersebut dapat membangkitkan kembali kesedaran mengenai jasa besar beliau disamping menjadikan teladan didalam membangun Indonesia yang lebih baik.
Dalam ucapanya, Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengatakan bahawa penerbitan semula karya agung Raja Ali Haji tersebut adalah salah satu upaya untuk menghimpunkan kembali karya karya Raja Ali Haji dan menyajikan kepada generasi muda Melayu. Ini kerana ramai sekali genarasi muda Melayu yang tidak kenal lagi dengan Raja Ali Haji. Selain usaha penerbitan semula karya karya Raja Ali Haji, pihak Yayasan Karyawan Malaysia juga bertekad untuk terus menerbit semula naskah nsakah Melayu Kuno yang kini ada ribuan naskah yang tersimpan di museum museum luar negeri, seperti di Belanda dan Inggris.

Thursday, December 20, 2018
Sambutan Hari Jadi Batam Ke-184 Tahun Pada 18 Disember 2013
Sambutan Hari Jadi Batam ke 184 tahun
telah diadakan pada hari Rabu 18 Disember 2013. Ini merupakan sambutan Hari Jadi Batam yang ke lima kali dibuat sejak julung julung kalinya diadakan pada hari Jumat 18hb Disember 2009.
Majlis sambutan Peringatan Hari Jadi Batam dimulai dengan Sidang Pripurna Istimewa di DPRD Kota Batam bermula pada sekitar jam 10 pagi dan selesai sekitar jam 11 pagi. Semua yang hadir
mengenakan pakaian Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok bagi lelaki dan wanita memakai Baju Kurung. Pada acara Sambutan Hari Jadi Batam siang hari ini dipimpin oleh Wali Kota Batam, Rudi,SE,MM mewakili Wali Kota Batam, Ahmad Dahlan yang berada diJakarta untuk menerima pingat daripada Presiden pada siang hari. Pada persidangan tersebut, turut diadakan upacara memotong Pulut Kuning.
![]() |
| Wakil
Walikota, Rudi sedang memotong Pulut Kunung dengan diperhatikan olehKetua DPRD Kota Batam, Surya Sardi (ditengah)
ketua DPRD Kota BAtam, Surya Sardi
|
![]() | ||
| Masjid baru At Taqwa Nongsa |
![]() |
| Raja Muhammad Amin selaku pengacara Majlis sedang memberi kata kata sambutan |
![]() |
| Wakil Walikota Batam, Rudi,SE.MM, sedang memberikan ucapan |
![]() |
| Raja Abdul Ghani, zuriat Nong Isa dan juga merupakan Raja Muda bagi Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Batam, sedang memberikan ucapan |
![]() |
| Wakil Wali Kota Batam, H.Rudi,SE,MM memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar |
![]() |
| Ketua Lembaga Adat Melayu (LAM) Batam, H. Nyat Kadir memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar |
![]() |
| Raja Abdul Ghani, zuriat Nong Isa memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar |
![]() |
| Raja Muhammad Khalid, kerabat dari Singapura sedang memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar |
Anugerah Batam Madani
![]() |
| Para Penerima Anugrah Batam Madani bergambar bersama dengan Walikota Batam, Ahmad Dahlan, Wakil Walikota, Rudi dan Ketua DPRD Kota Batam, Surya Sardi |
![]() |
| Penyanyi Ashyanti dari Jakarta sedang buat persembahan |
![]() |
| Penyanyi Ashyanti sedang menyanyi bersama isteri Walikota Batam. |
![]() |
| Bergambar bersama dari kiri kekanan: Raja Muhammad Amin dari Batam, Raja Muhammad Khalid, Raja Mohamed Said dari Singapura dan Megat Nazri dari Malaysia. |
Pada Acara Malam Anugrah Batam Madani ini, majlis diserikan dengan persembahan Budaya Melayu dari Batam dan juga yang didatang kan dari Malaysia, Singapura, Brunei dan juga dari Selatan Thailand. Selain itu juga, seorang penyanyi terkenal dari Jakarta, Ashyanti juga turut diundang untuk membuat persembahan bagi menyerikan lagi majlis tersebut.
Majlis Anugerah Batam Madani selesai sekitar jam 11 malam.
Sunday, July 1, 2018
Majlis Pengaugerahan Gelar Kebesaran Oleh Raja Muda Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga Kota Batam pada 29 Jun 2013 di Gedung Lembaga Adat Melayu Kota Batam...
| Kad Undangan Majlis Pengaugerahan Gelar Kebesaran Oleh Raja Muda Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga Kota Batam pada 29 Jun 2013 di Gedung Lembaga Adat Melayu Kota Batam... |
| Singgahsana Di Gedung Lembaga Adat Melayu Kota Batam |
| Ucapan Pembukaan Majlis Oleh Pengerusi Majlis, Raja Muhammad Amin |
| Barisan Tokoh Tokoh Masyarakat Batam yang akan menerima Gelar Kebesaran daripada Raja Muda Batam, Raja Abdul Ghani |
| Ucapan oleh Perdana Dalam, Raja Kamaruzaman |
| Ucapan oleh Ketua Lembaga Adat Melayu Kota Batam, Haji Nyat Kadir |
| Pembacaan Gurindam 12 Karangan Raja Ali Haji |
| Penerima Anugrah Gelar Kebesaran menerima Tanjak, Selempang, Pingat serta Sijil Anugrah Gelar Kebesaran daripada Raja Muda Batam, Raja Abdul Ghani |
| Para Penerima Gelar Kebesaran bergambar bersama |
| Nobat |
| Tetamu dari Malaysia dan Singapura |
Subscribe to:
Posts (Atom)