Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Friday, June 15, 2018

Majlis Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga Pada9hb Jun 2013 Di Balai Adat Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.

Kad Undangan Bagi Majlis Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga Pada9hb Jun 2013.

Majlis Penganugerahan Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga Pada9hb Jun 2013 Di Balai Adat Pulau Penyengat, Kepulauan Riau yang akan dikurniakan oleh Yang DiPertuan Besar, Tengku Hussien Ibni Tengku Saleh.

Ucapan oleh Ketua Lembaga Adat Melayu Kepulauan Riau, H. Abdul Razak AB
Ucapan oleh Yang DiPertuan Muda Raja Haji Izharuddin Ibni Raja Ismail
Ucapan oleh Gubernur Kepulauan Riau, Drs H Muhammad Sani
Pembacaan Gurindam 12 Karangan Raja Ali Haji
Pembacaan Nama2 Yang Mendapat Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga
Penerima Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga dipakaikan selimpang, pingat dan tanjak serta menerima Sijil Penganugerahan
Penerima Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga dipakaikan selimpang, pingat dan tanjak serta menerima Sijil Penganugerahan
Penerima Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga dipakaikan selimpang, pingat dan tanjak serta menerima Sijil Penganugerahan
Beberapa Penerima Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga iaitu (dari kiri) Raja Erisman Bin Raja Arif (Brigider General Polis diJakarta Selatan), Tengku Nasaruddin Said Effendi atau Tenas Effendy (Budayawan Melayu Riau) dan Raja Abdul Aziz yang merupakan mantan Wakil Gubernur Riau dan juga selaku Yang DiPertua Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga.
Penerima Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga dipakaikan selimpang, pingat dan tanjak serta menerima Sijil Penganugerahan
Penerima Penerina Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga bergambar bersama setelah selesai upacara Penganugerahan
Penerima Penerina Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga bergambar bersama setelah selesai upacara Penganugerahan
Tetamu tetamu yang hadir pada Majlis Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga
Kerabat kerabat yang hadir pada Majlis Gelar Kebesaran Kerajaan Riau Lingga

Wednesday, December 20, 2017

Anugrah Batam Madani untuk Zuriat Raja Ali Kelana di Johor Bahru, Malaysia, sempena Ulang Tahun Batam ke 183 pada 18hb Disember 2012. .

Ungku Chik atau Raja Muhammad Khalid Bin Raja Muhammad dari Johor Bahru yang merupakan Zuriat Raja Hj. Ali Kelana telah menerima Anugerah Batam Madani sempena Hari Ulang Tahun Batam ke 183 pada 18hb Disember 2012.



Thursday, October 5, 2017

Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam

Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam  bagi perlantikan Raja Abdul Gani sebagai Raja Muda dan Raja Supri sebagai Timbalan Raja Muda telah dilaksanakan di Balai Pertemuan Tanjung Bemban, Batu Besar - Batam pada hari Sabtu 16 September 2012.

Perlantikan Raja Muda dan Timbalan Raja Muda tersebut telah dilakukan dengan penuh adat istiadat oleh Yang Dipertuan Besar (YDB), Tengku Husin Bcs Ibni Tengku Saleh. Istiadat perlantikan dimulakan dengan Pembacaan Warkah Petuah dan Penabalan Raja Muda oleh Yang Dipertuan Besar. Selanjut nya di ikuti dengan pemasangan Tanjak, sabuk dan keris serta Tepuk Tepung Tawar. 

Upacara Penabalan Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim oleh Yang DiPertuan Besar Tengku Hussien
Upacara Penyerahan Warkah dan Surat Keputusan kepada Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim oleh Yang DiPertuan Besar Tengku Hussien
Upacara Penyerahan Warkah dan Surat Keputusan kepada Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim oleh Yang DiPertuan Besar Tengku Hussien
Upacara Penyerahan Warkah dan Surat Keputusan kepada Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim oleh Yang DiPertuan Besar Tengku Hussien

Upacara Tepuk Tepung Tawar setelah Penyerahan Warkah dan Surat Keputusan kepada Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim oleh Yang DiPertuan Besar Tengku Hussien
Upacara bacaan sumpah setia oleh Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim dihadapan Yang DiPertuan Besar Tengku Hussien
Upacara bacaan sumpah setia oleh Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim dihadapan Yang DiPertuan Besar Tengku Hussien
Upacara Kata Bermakna oleh Raja Muda, Raja Abdul Gani Ibni Raja Mualim
Upacara Kata Petuah oleh Yang Dipertuan Besar, Tengku Husin Saleh Ibni Tengku Muhammad Saleh Dammah Lingga
Upacara Kata Petuah oleh Yang Dipertuan Besar, Tengku Husin Saleh Ibni Tengku Muhammad Saleh Dammah Lingga

Turut hadir didalam acara tersebut ialah Wali Kota Batam, Bapak Ahmad Dahlan, para Zuriat dan Kerabat dari dalam maupun luar negeri, seperti dari Singapura, Johor dan Selangor berserta sejumlah masyarakat setempat.

Bergambar bersama dengan sebahagian Anggota Majlis yang terdiri daripada (dari kiri) Bendahari dan Anggota Majlis, Perdana Dalam - Raja Kamarulzaman, Timbalan Raja Muda - Raja Supri, Tetamu Singapura - Tengku Shawal, Raja Muda - Raja Abdul Gani, Datuk Panglima, Tetamu Johor - Megat Nazri, Anggota Majlis, Tetamu Singapura - Raja M Khalid
Bergambar bersama dengan sebahagian Anggota Majlis yang terdiri daripada (dari kiri) Bendahari dan Anggota Majlis Wanita, Perdana Dalam - Raja Kamarulzaman, Timbalan Raja Muda - Raja Supri, Tetamu Singapura - Tengku Shawal, Raja Muda - Raja Abdul Gani, Datuk Panglima, Tetamu Johor - Megat Nazri, Tetamu Singapura - Raja M Khalid, Tetamu Kerabat Selangor - Tengku Dato' Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Alhaj, Tetamu Singapura - Raja Mohamed Said, Anggota Majlis, Tetamu Singapura - Encik Mohamed.
Bergambar bersama (dari kiri) Tetamu Singapura - Encik Mohamed dan Raja Mohamed Said, Raja Muda - Raja Abdul Gani, Timbalan Raja Muda - Raja Supri, Tetamu Singapura - Raja M Khalid.
Bergambar bersama (dari kiri) Tetamu Singapura - Puan Hasima dan Puan Shofia Idris, Ibu (Isteri Raja Muda), Tetamu Terhormat Wali Kota Batam - Bapak Ahmad Dahlan, Tetamu Singapura - Raja M Khalid.

Acara Perlantikan Raja Muda dan Timbalan Raja Muda Bagi Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam juga merupakan acara Halal Bi Halal. Acara Perlantikan yang penuh gah itu di sampaikan oleh Pengerusi Majlis, Raja Muhammad Amin, yang juga merupakan Wakil Sekrertaris Lembaga Adat Melayu Kota Batam, dengan tata cara tradisi Melayu yang penuh dengan pantun dan seloka. Selain itu, para tetamu juga turut di hiburkan dengan persembahan orkestra tradisional Melayu selain pembacaan Gurindam 12 gubahan Raja Ali Haji.  

Raja Muhammad Amin (Zuriat dan juga Wakil Sekretaries LAM Batam) menjadi Pengacara Majlis
Kumpulan orkestra musik Tradisional Melayu sedang membuat persembahan
Persembahan bacaan Gurindam Dua Belas karangan Raja Ali Haji

 

Thursday, September 28, 2017

Buku Salasilah Keluarga Kerajaan Riau Lingga

Buku Salasilah Keluarga Kerajaan Riau Lingga - yang dicetak pada tahun 2010 diJakarta oleh RAMOZA GROUP JAKARTA. 




Almarhum ayahanda saya, Raja Adnan Bin Raja Haji Salman (diSingapura) adalah salah seorang daripada penyumbang penting didalam usaha usaha bagi pengumpulan Salasilah tersebut.
Bagi Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga yang berminat untuk membeli (menyumbang) buku Salasilah Keluarga tersebut, bolehlah buat pesanan melalui sms kepada: Dr. Raja Faizal:-
Indonesia: +62 8126444694
Malaysia: +60 1112131353
Singapura: +65 94887409

PENAMBALAN TEMENGGUNG DAN TIMBALAN TEMENGGUNG PERHIMPUNAN AGUNG ZURIAT DAN KERABAT KERAJAAN RIAU LINGGA DI KARIMUN PADA 22 SEPTEMBER 2012

Kad Undangan Dan Aturcara Majlis Penabalan Temenggung Dan Timbalan Temenggung Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga Di Karimun Pada 22hb September 2012
Majlis pembukaan membaca doa bagi Penabalan Temenggung Dan Timbalan Temenggung Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga Di Karimun. Duduk di sebelah tepi kiri Singgahsana ialah Temenggung Raja Kamaruddin dan duduk di sebelah tepi kanan pula ialah Timbalan Temenggung RajaUsman. Duduk di dalam Singgahsana ialah Yang DiPertuan Besar Tengku Hussen Ibni Tengku Saleh.
Temenggung Raja Kamaruddin
Timbalan Temenggung RajaUsman
Yang DiPertuan Besar Tengku Hussen Ibni Tengku Saleh
Yang DiPertuan Muda Raja Izharuddin Ibni Raja Ismail sedang memberikan ucapan
Bupati Karimun Nurdin Basirun yang bergelar Datuk Setia Amanah sedang memberikan ucapan
Bergambar bersama setelah upacara Pernabalan, dari kiri: Temenggung Raja Kamaruddin, Bupati Karimun Nurdin Basirun yang bergelar Datuk Setia Amanah, Wakil Bupati Karimun Aunur Rafiq yang bergelar Timbalan Datuk Setia Amanah, Raja Muda Batam Raja Abdul Ghani,  Timbalan Raja Muda Batam Raja Supri dan Datuk Panglima Batam (pakaian warna merah).