Tuesday, November 10, 2015
5. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 bahagian ke lima...
Tidak lama kemudian ramai lagilah orang orang Penghulu Linggi itu datang dan apabila dilihatnya nelayan nelayan Bugis itu sudah tiada, dan yang tinggal hanyalah belat menangkap ikan, lalu diambilnya lah belat itu dibawa kepada Penghulu Linggi. Lalu ia pun menyuruh orang orang mencencang cencang belat nelayan nelayan Bugis itu dan di suruhnya menghantar ke Selangor kepada Opu Daeng Merewah dan saudara saudaranya. Apabila sampai orang orang suruhan Penghulu Linggi serta dengan belat yang telah dicencang cencang itu, maka marahlah Raja Raja Bugis lima bersaudara kerana bongkaknya Penghulu Linggi itu. Apabila telah balik orang orang suruhannya itu, Penghulu Linggi pun berkerahlah anak anak buahnya untuk membuat kubu, kerana pada masa itu Linggi adalah dibawah jajahan Raja Kecik.
Adapun Opu Daeng Merewah serta saudara saudaranya dan menteri menterinya apabila telah siap segala kelengkapan perangnya, maka berangkatlah ke Linggi, seperti yang di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Apabila sampai ke Linggi lalulah masuk ke dalam Sungai Linggi sambil disuruhnya amuk kubu kubu itu, dengan sebentar itu juga kubu kubu itu didapatnya. Setelah Penghulu itu melihat hal yang demikian itu, maka lalu ia berkata kepada segala anak buahnya, “Ini pekerjaan bukanlah lawan kita, baiklah kita minta aman dahulu kepada Raja Bugis itu, kita memberitahu Raja kita dahulu, iaitu Raja Kecik. Jikalau kita lawan begini hari baik masa kita menang, jikalau kita kalah bukankah menjadi ketanggungan kepada kita semuanya”. Syahadan setelah anak buahnya mendengar kata Penghulu itu, maka membenarkanlah sekeliannya. Maka lalu ia menyuruh minta aman kepada Opu Opu itu menantikan hendak memberitahu Raja Kecik ke Riau. Setelah Opu Opu itu mendengar permintaan Penghulu itu maka ia pun tertawa titahnya, “Pergilah panggil lekas lekas tuan mu Raja Kecik itu”.
Syahadan menyuruhlah Penghulu Linggi itu membawa surat kepada Raja Kecik memohonkan ampun dan perbantuan. “Jikalau tidak segera datang bantuan bertuankan Bugislah patik semua ini”. Syahadan apabila Raja Kecik mendengar surat Penghulu Linggi itu, maka ia pun segera menyiapkan alat kelengkapannya akan pergi melanggar Linggi itu. Maka apabila sampai ke Linggi lalulah berperang dengan Opu Kelana Jaya Putera. Adalah pekerjaan perangnya itu Raja Kecik menyuruhkan orangnya sediakan sampan memang memang takut dipintas oleh Bugis dari pemingganganya, akan tetapi perahu Raja Kecik semuanya berpendarat menghadapkan haluannya kepada perahu Bugis, dan perahu perahu Bugis dan sampan sampannya tiada bertambat tatkala sampan sampan Raja Kecik dilawan Bugis dengan sampannya. Kemudian sampan Bugis pun undur pelahan lahan diikuti oleh Minangkabau disangkanya Bugis tewas. Apabila sampan sampan Bugis dekat perahu Besarnya, maka ia pun berselindung dibelakang perahu besarnya. Maka perahu besar yang melawan sampan itu sebab ia tiada berpendarat lalu dibedilnya dengan meriam dan lela, serta peluru penaburnya. Syahadan apabila perahu besar Raja Kecik melihat sampan sampannya berlawan dengan perahu besar Bugis itu, lalu dibedilnya dengan meriam. Maka kenalah kawannya sendiri, sebab ia tengah tengah habislah binasa sampan sampan Raja Kecik itu, serta beberapa banyak mati panglima panglimanya dan orang orangnya. Maka tewaslah Raja Kecik perang hari ini.
Syahadan bermula adalah pada sekali perangnya Kelana Jaya Putera mengaturkan perangnya berbahagi dua, yang dua puluh gurab itu berperang sambil undur ke kuala rupa rupa tewas, dikerjakan oleh Bugis Bugis itu waktu hampir malam. Yang sepuluh buah dibahagi dua, enam buah melanggar dan mengamuk kubu Linggi, dan yang empat buah itu menanti hari malam. Adapun Opu Opu itu setengah didalam gurab yang dua puluh buah itu, setengah tinggal menantikan Raja Kecik mengikut ke kuala. Adapun Raja Kecik berperang dengan gurab yang dua puluh itu berperang sambil undur hingga malam. Maka apabila malam, maka gurab itupun selalu belayar keluar kuala lalu ke Riau dan perahu Bugis yang tinggal tinggal itu pun, mengamuklah kubu Linggi, lalulah dapat kerana Raja Kecik sudah turun ke perahunya.
Apabila malam hari, gurab yang sepuluh buah itupun hilir ke kuala hendak melanggar Raja Kecik dari belakang. Adapun Raja Kecik apabila mendengar bedil, maka segeralah hendak mudik, belum sempat memalingkan perahunya sudah dibedil oleh gurab yang sepuluh buah itu. Maka tiadalah sempat berpaling lagi dibedil Bugis dari belakang. Maka banyaklah rosak kelengkapan Raja Kecik, maka mengapitlah ia kepada kubunya. Maka kubu itupun membedil pula, sebab kubu Linggi itu sudah didapat oleh Bugis. Maka Raja Kecik pun terkejut, lalu disangkanya Penghulu Linggi sudah belot sebelah Bugis. Maka ia pun berdayung ke kuala sambil dibedil Bugis dari belakang, dengan sorak tempiknya seraya katanya, “Tuan kami Opu sudah ke Riau mengambil Riau”.
Setelah Raja Kecik mendengar Bugis sudah ke Riau itu, maka ia pun keluarlah dari Linggi belayar kelaut. Maka apabila sampai ke laut maka musyawarahlah ia dengan datuk datuknya demikian katanya, “Baik mengikut ke Riau akan Opu Opu itu, atau balik ke Siak menambah nambah kuasa lagi?’. Maka menjawablah menterinya, “Jikalau Tuanku ke Riau, Opu Opu itu tentu tiba dahulu masuk ke dalam Riau, apabila Tuanku melanggar dia, jika ia sesak, tentu diamuknya anak isteri Tuanku. Apa gunanya lagi, meskipun kita menang sekalipun anak isteri kita sudah habis? Seperkara lagi tentu Opu Opu itu sudah muafakat dengan paduka adinda Raja Sulaiman, mangkin bertambahlah kuatnya dan banyak kelengkapannya. Dan angkatan yang kita lawan selangkan satu pasukan angkatan Bugis sahaja, beberapa kali kita yang terpesa, apa lagi dua pasukannya itu?’.
Syahadan kata sahibul hikayat, setelah Raja Kecik mendengar ikhtiar sembah datuk datuk itu maka benarlah pada hatinya, maka lalu ia belayar ke Siak. Maka apabila sampai ke Bukit Batu maka Bandar Bukit Batu pun larilah ke Ketapung Kanan sebab ia takut akan Raja Kecik membalas perbuatannya, tatkala ia menjadi nakhoda belayar ke Melaka, iaitu dihukumkannya dua puluh rial. Syahadan adapun Raja Kecik masuklah kedalam Siak, lalu ia membuat negeri dan membuat kubu di Buantan serta mengatur penjajab, takutkan kalau Opu Opu itu datang melanggar. Syahadan kata setengah kaul, Raja Kecik menyuruh beberapa kelengkapan menyobok ke Riau.
Maka pada ketika itu Opu Opu itu sudah mengaturkan juak juak empat puluh orang, iaitu orang baik, diberinya sebuah sampan seorang disuruhnya berjaga sepanjang laut itu malam malam, disuruhnya hidupkan api tiap tiap sampan itu ada dengan gendang serunainya dari Lobam sampai Terkulai, dari Terkulai sampai Penyengat. Maka apabila suruhan Raja Kecik melihat hal yang demikian itu, maka ia pun baliklah ke Siak menyembahkan kepada Raja Kecik didalam Riau terlalu banyak penjajab sampai berkeliaran sepanjang laut itu ada kira kira empat puluh buah. Apabila Raja Kecik mendengar khabar yang demikian itu, diamlah ia.
Syahadan kata kaul orang tua tua, adalah Bugis empat puluh juak juak Opu Opu itu, iaitu bangsa Daeng semuanya daripada anak orang baik baik di Bugis konon. Syahadan kebanyakkan segala orang orang berbangsa peranakan Bugis Riau dan Selangor daripada bangsa Bugis yang empat puluh itulah. Syahadan adapun Opu Opu itu apabila tiba ke Riau maka berjumpalah ia dengan Raja Sulaiman di laut Riau serta beberapa kelengkapan, maka lalulah ia masuk keRiau bersama sama. Maka dapatlah Riau itu yang kedua kalinya kepada tangan Raja Bugis.
Sebermula apabila telah dilihat Penghulu Linggi kelengkapan Raja Kecik telah lari ke Siak, maka ia pun tunduklah kepada Bugis, maka dapatlah Linggi itu kepada tangan Opu Opu itu. Maka lalu bersetia dan berjanji Penghulu Linggi dengan Raja Bugis tiada hendak menderhaka kepada Raja Bugis dan tiada khianat selama lamanya kepada Opu Opu itu hingga hari yang di belakang, demikianlah cerita orang tua tua.
Syahadan pada perang inilah konon diperbuat orang orang Riau pantun:
Utik utik ikan bambangan
Minyak ketiau di hujung galah
Raja Kecik silakan pulang
Linggi di serang Riau yang alah
Syahadan kata setengah pantun:
Terketai ketai anak sembilang
Budak merayau dengan galah
Raja Kecik silakan pulang
Linggi diserang Riau yang alah.”
(bersambung ke bahagian ke enam...)
Monday, November 9, 2015
4. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 bahagian ke empat...
“Maka berbangkitlah semuanya menghunus kerisnya, mengaruk aruk, berkanjar kanjar (satu adat Bugis yang membuat sumpah setia dengan sebilah keris yang tajam). Maka Kelana Jaya Putera pun berkata, “Jika belum aku ambil Riau dengan segala takluk daerahnya aku serahkan kepada Raja Sulaiman, aku haramkan menjejak tanah Bugis atau aku mati”.
Maka apabila selesai daripada mengaruk aruk itu, maka menyembelihlah ia kerbau mencerak senjatanya yakni menyembah senjatanya kerana adat Bugis, demikianlah halnya konon. Kemudian muafakatlah ia dengan saudara saudaranya serta menterinya, iaitu Daeng Menampuk dan Daeng Massuro dan Daeng Mangngatuk. Adalah dijadikan kepala perangnya oleh Opu Daeng Parani, iaitu saudaranya Opu Kelana Jaya Putera ialah seolah olah Raja didalam peperangan. Adapun Opu Daeng Cellak ialah menjadi Panglima Besar didalam peperangan. Adapun Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi ialah jadi Panglima Perang Kanan dan Penglima Perang Kiri. Adalah raja tua Daeng Mangngatuk ialah menjadi hulubalang tua akan tempat segala Raja Raja itu mengambil musyawarah. Adapun Daeng Massuro dan Daeng Menampuk ialah kepala diatas indera gurunya pada memerintahkan peperangan.
Syahadan apabila sudah teguhlah ikatan perangnya berangkatlah ia belayar ke Riau. Adalah kelengkapannya yang pergi yang besarnya tujuh buah, satu keci ditutuhnya diperbuatnya penjajab dan beberapa perahu perahu Bugis, seperti pintak dan kura kura, dan beberapa lagi sampan sampan kecil kecil. Ada orang Bugis serta Bugis juak juaknya ada kira kira seribu dan ada kepala juak juaknya yang empat puluh itu dua orang, pertama Indera Guru La Malu nama nya, kedua Indera Guru To Jerpak namanya.
Syahadan tiada beberapa lamanya ia
belayar itu sampailah ia ke Riau, maka lalu masuk berhenti di Pulau
Pengujan mengikat perang disitu serta mengatur kelengkapan perangnya.
Maka apabila sudah mustaid maka lalulah ia menyuruh memberitahu ke hulu
Riau kepada Raja Kecik, menyuruh keluar berperang jika sungguh laki
laki, jangan berperang didalam negeri rosaklah isi negeri. Maka apabila
Raja Kecik mendengar khabar itu maka ia pun bersiaplah dengan beberapa
kelengkapan pula. Ada pun orang orang Riau disuruhnya menjaga negeri
sahaja. Maka keluarlah Raja Kecik dengan beberapa kelengkapan serta
gong, gendang dan serunai, tawak tawaknya (gong isyarat).Maka apabila sampai ke Pengujan lalulah berperang berbedil bedilan, azamatlah bunyi bahana meriam, sebelah menyebelah, gegak gempita, tiada kedengaran apa lagi, asap pun naik keudara menggerbak. Maka seketika perang itu Bugis pun turun ke sampan tundanya membawa terakul dan pemburasnya, lalu dipintasnya sebelah perminggangannya perahu perahu Minangkabau itu, lalu dirapatnya. Maka tiadalah tertahan oleh Minangkabau kerana tiada boleh mengisi meriam lagi, serta banyaklah matinya. Ada kira kira sehari semalam maka pecahlah perang Raja Kecik itu, pecah belah lintang pukang tiada tentu haluannya sebab kerana sudah dirapati oleh Bugis itu dengan terakul dan pemburasnya. Maka beranyutlah Raja Kecik undur, melawan sampai lari. Maka diikuti oleh Bugis sambil dibedilnya dengan meriam dan rentakanya dan senapang senapangnya. Maka larilah segala kelengkapan Raja Kecik itu membawa dirinya ke Pulau Bayan dan mana mana yang tenggelam tinggallah ia sepanjang laut itu berhanyutan. Maka naiklah Raja Kecik ke Pulau Bayan kerana kubunya ada memang disitu dan segala perahu perahunya berkeliling disitu setengah orangnya naik kedarat.
Syahadan apabila Opu Opu itu melihat hal yang demikian itu, maka dibahaginyalah kelengkapannya itu pula dua bahagian dan satu bahagian naik ke Tanjung Pinang diperbuatnya kubu disitu membedil ke Pulau Bayan, dan satu bahagian berdayung masuk kehulu Riau, jangan dihiraukan bedil orang yang diPulau Bayan itu. Maka apabila sampai ke hulu, dihadapkan haluannya ke hilir langgar perahu perahu yang di Pulau Bayan itu, demikian titah Opu Opu itu. Maka diperbuatlah oleh segala Bugis itu seperti titah Opu Opu itu adanya.
Syahadan kata sahibul hikayat maka serba salahlah kelengkapan Raja Kecik, maka Raja Kecik pun menyuruh orang orangnya turun keperahu semula, menyuruh lawan perahu Bugis yang masuk itu. Maka apabila dilihat Bugis Pulau Bayan itu tiada orangnya lagi habis turun keperahunya, maka direbutnya Pulau Bayan itu. Maka Raja Kecik pun turunlah ke kenaikannya hendak mudik, maka dibedil pula perahu perahu Bugis yang dari sebelah hulu, sebab haluannya sudah menhadap ke kuala. Maka tiadalah jadi Raja Kecik itu mudik, lalu merapati Tanjung Ungkat pula. Maka baharu hendak naik kedarat, kira kira setengah orang orangnya hendak lari kehulu, maka dipintas oleh Bugis Bugis dari darat, lalulah dibedilnya dengan terakul dan pemburasnya. Maka berterjunlah pula turun keperahunya.
Maka kenaikan Raja Kecik pun undurlah lari ke Pulau Penyengat. Maka tinggallah orang orang dan panglima panglima Raja Kecik didarat itu kerana tiada sempat turun lagi. Maka hujan pun lebat, sabur menyaburlah. Maka beramuk didarat, adapun Minangkabau dengan petang, dan Bugis dengan pemburas dan lembing dan baju rantainya. Maka larilah segala Minangkabau ke tepi pantai. Maka apabila perahu perahu Bugis melihat Minangkabau lari ke tepi pantai itu, maka didekatkannyalah segala perahu perahunya, lalu naik kedarat. Maka dibunuhnya segala Minangkabau itu, beberapa yang terkerat kepalanya, habislah mati semuanya dan Pulau Bayan pun dapat diamuk oleh Bugis Bugis yang dari Tanjung Pinang itu. Maka Opu Opu itu pun turun kepada gurabnya, lalu mengusir Raja Kecik yang lari ke Pulau Penyengat itu.
Syahadan apabila Raja Kecik itu melihat perahu perahu Bugis menuju Pulau Penyengat, maka ia pun menarik layar lalulah belayar dengan dayung dayungnya menuju negeri Lingga. Maka bersoraklah Bugis Bugis azamatnyalah bunyinya. Maka alahlah Raja Melayu Minangkabau berperang dengan Opu Raja Bugis yang bernama Kelana Jaya Putera. Maka gemparlah didalam Riau mengatakan Minangkabau sudah habis mati dan Raja Kecik sudahlah lari ke Lingga, dan dapatlah Riau oleh Raja Bugis sekali. Maka banyaklah Melayu Minangkabau tertawan oleh Bugis mana mana yang pehak sebelah Raja Kecik, melainkan kecuali didalam istana Raja Kecik yang tiada diberi Opu Opu itu tawan. Syahadan adalah perang itu dua hari, iaitu pada Hijrat seribu seratus tiga puluh empat tahun sanat 1134 (tahun 1721 masihi).
Sebermula adapun Opu Opu itu apabila
selesai daripada perangnya itu, maka ia pun mudiklah berjumpa Raja
Sulaiman serta Tun Abbas sekelian, dan Opu Daeng Perani naiklah kerumah
isterinya Tengku Tengah. Maka musyawarahlah Opu Opu itu dengan Raja
Sulaiman serta Tun Abbas pada pekerjaan yang lagi akan datang dengan
Raja Kecik adanya.Syahadan maka Opu Kelana Jaya Putera pun minta kepada Raja Sulaiman hendak pergi ke Selangor dan Langat mendapatkan Bugis Bugis ditempat itu hendak muafakat mencari kekuatan, kerana adalah Bugis Bugis itu memang banyak berdagang diam disitu sekali, sebab menghampiri negeri Melaka senang berniaga pulang pergi dan banyaklah yang kaya kaya Bugis disitu. Adapun segala Bugis Bugis disitu apabila datanglah Opu Opu itu ke Selangor dan ke Langkat, dipermuliakannya kerana mereka itu tahu akan Opu Opu itu anak Raja besar tuan penghulu kepada mereka itu semua. Istimewa pula kedatangan Opu Opu itu bukannya dengan merisau risau akan dia, tetapi adalah datangnya itu cukup dengan hulubalang menterinya serta punggawanya dan indera gurunya dan juak juak, askar tenteranya. Maka mengharap harap mereka itu akan Opu Opu itu mendapat nama dan pangkat di tanah barat dengan berkekalan turun temurun.
Syahadan sebab kerana pandangan inilah menjadi segala Bugis Bugis yang di Selangor dan Langat itu, bersegera apa maksud Opu Opu itu ditolongnya mana mana kadarnya, daripada belanja belanja atau senjata senjata atau orang orang. Syahadan kerana inilah Opu Opu itu hendak ke Selangor dahulu mencari tambah kuasa daripada pekerjaan ini, kerana pada ijtihadnya perang dengan Raja Kecik itu berpanjangan akhirnya.
Syahadan kata empunya cerita, apabila Raja Sulaiman mendengar musyawarah Opu Opu itu maka benarlah kepada hatinya. Maka ia pun hendak ke Pahang mencari cari belanja belanja dan kelengkapan pada Bendahara Pekuk (Tun Abdul Jamal) yang di Pahang itu. Maka apabila sudah putuslah musyawarah itu, maka lalulah keduanya keluar dari negeri Riau dan Opu Opu pun belayar ke Selangor dan Raja Sulaiman pun belayarlah ke Pahang, tinggallah di dalam Riau orang tua tua sahaja. Syahadan setengah Bugis Bugis disuruh Opu Opu itu mengusir Raja Kecik yang lari ke Lingga, jadi tiga pasukanlah angkatan yang keluar dari negeri Riau belayar masing masing dengan hadapannya.
Sebermula adapun Opu Opu itu apabila sampai ke Selangor, lalu ia membuat gurab tiga puluh buah banyaknya akan menjadi perahu perang, serta dicukupkannya dengan alat senjatanya dan ubat pelurunyanya. Adapun Raja sulaiman apabila sampai ia ke Pahang, maka ia pun dapat belanja belanja serta kelengkapan dibantu oleh Bendahara Pahang.
Adapun Bugis yang mengusir usir Raja Kecik ke Lingga itu, maka bertemulah ia dengan Raja Kecik lalulah berperang. Maka alah Raja Kecik, lalu lari selat menyelat sebelah Lingga. Maka tiada terikut oleh Bugis kerana belum tahu akan selat menyelat itu sebelah Lingga. Kemudian maka musyawarahlah sama sama Bugis Bugis itu, lalulah pergi mendapatkan Opu Opu itu di Selangor memaklumkan hal ehwal Raja Kecik tiada terikut olehnya, sebab kerana ia tiada tahu akan selat selat itu.
Sebermula adapun Raja Kecik itu lepaslah ia ke Riau. Maka waktu hendak lalu ke Riau itu maka berjumpa ia dengan tiga buah perahu Bugis pedewakan perdagangan. Adapun Raja Kecik beberapa kelengkapan perang, maka lalulah berperang tiga buah pedewakan itu, maka alahlah Bugis yang tiga buah itu, lalu dirampasnya oleh Raja Kecik segala harta bendanya. Syahadan tersebut di dalam siarah sebelah Siak, ada se-laksa (sepuloh ribu) modalnya tiga buah perahu itu konon. Kemudian Raja Kecik pun masuklah kedalam negeri Riau, serta memperbaikkan hati orang Riau itu sebab diharapkannya juga lagi sebelah dia. Kemudian ia pun mengukuhkan negeri Riau dengan membuat kubu kubu pada tempat yang patut serta mengatur penjajab perang pada tempat yang ditakutkan musuh menyerbu, demikianlah halnya sehari hari. Adapun suku sebelah Tun Abbas serta orang Riau duduklah didalam kesusahan yang serba salah sehari hari”.
(bersambung ke bahagian kelima...)
Sunday, November 8, 2015
3. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda dari tahun 1722 hingga ke tahun 1911... Bahagian ketiga...
![]() | |
| Makam Sultan Abdul Jalil di Kuala Pahang |
Dalam pada itu, Sultan Abdul Jalil serta bendaharanya dan paduka anakanda baginda, Raja Sulaiman duduklah didalam dukacita, kesusahan serta diperhina hinakan oleh Raja Kecik dengan menyatakan bahawa nanti hendak dilantiknya Sultan Abdul jalil menjadi Bendahara semula. Makin hari makin marahlah putera puteri Sultan Abdul jalil terhadap Raja Kecik. Selain itu Raja Kecik juga menjadikan putera putera Sultan Abdul jalil sebagai pembawa semberab jawatan (kelengkapan sirih DiRaja) pada hari majlis majlis besar, jadi bertambah tambah lah marah putera puteri Sultan Abdul jalil terhadap Raja Kecik. Jadi apabila putera puteri Sultan Abdul jalil mendapat tahu bahawa Raja2 Bugis lima bersaudara ada di Johor, maka mereka pun memutuskan ingin meminta bantuan daripada Raja2 Bugis lima bersaudara seperti yang di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Lalu bermuafakatlah Raja Sulaiman dengan Tengku Tengah berdua saudara hendak mendudukkannya dengan Raja2 Bugis mudah mudahan dapat jalan menghapuskan malunya itu. Maka Relalah Tengku Tengah itu menjadi isteri Opu itu. Maka lalu di dijemputlah Opu Opu itu makan. Kemudian Tengku Tengah pun berdiri di pintu selasar membuka bidai, melepak subang ditelinganya, sambil ia berkata, “Hai Raja Bugis, jikalau tuan hamba berani, tutupkan kemaluan beta anak beranak adik beradik! Maka apabila tertutup kemaluan beta semua, maka relalah beta menjadi hamba Raja Bugis. Jika hendak disuruh jadi penanak nasi raja sekalipun rela lah beta”. Maka apabila Opu Daeng Parani mendengar kata Tengku Tengah itu maka ia pun menjawab seraya berkata, “Insya Allah, seboleh bolehnya hambalah menutup kemaluan Tengku semua anak beranak adik beradik”. Kemudian barulah berjanji Raja Sulaiman dengan Opu Opu itu jika hasil maksudnya yang Opu Opu lima beradik, salah seoranglah menjadi Yang DiPertuan Muda turun menurun. Setelah selesai berjanji janji itu maka mengadaplah ia kepada ayahandanya mengkhabarkan hal ehwal maksudnya itu. Maka dibenarkan oleh ayahandanya ikhtiar anakandanya itu. Maka lalu dinikahkan saudaranya Tengku Tengah itu dengan Opu Daeng Parani betapa adat istiadat Raja Raja nikah kahwin. Maka berkasih kasihlah Tengku Tengah itu betapa adat orang laki isteri demikianlah halnya.
Maka Raja Kecik pun waswaslah hatinya menaruh cemburu akan Bugis Bugis itu selama lama Bugis itu didalam negeri Johor. Syahadan adapun Opu Daeng Parani apabila sudah ia beristeri itu, maka ia pun bermohonlah kepada Sultan Abdul Jalil hendak pergi ke Siantan dahulu hendak melihat anak anaknya sebentar. Maka apabila ada satu kesusahan berilah sahaja ia surat, datanglah ia. Maka diizinkan oleh Sultan Abdul Jalil, maka ia pun keluarlah dari Johor lalu ia belayar ke Siantan, tetaplah ia di Siantan bersiap siap akan alat kelengkapan peperangannya. Ada kira kira tujuh buah perahu yang besar besar yang tahan meriam, serta beberapa pula ia mengumpul segala Bugis serta mengaturkan juak juaknya (pembantu pembantunya) dan kepala juak juaknya dan punggawanya (panglima perangnya) dan indera gurunya (ketua pasukan perangnya) adanya”.
Pada tahun 1719, setelah Raja2 Bugis lima bersaudara itu meninggalkan Johor, negeri Johor pun menjadi huru hara, kerana rakyat Johor ada yang menyebelahi Raja Kecik dan ada yang menyebelahi bekas Sultan Abdul Jalil itu. Jadi seolah olah kerajaan Johor itu mempunyai dua Raja. Dalam pada itu, telah heboh pula khabar khabar dari pehak yang tidak bersetuju dengan Raja Kecik dengan mengatakan bahawa Raja Kecik itu bukan lah putera Marhum Mangkat diJulang (Sultan Mahmud Syah II), melainkan tipu helah sahaja. Apabila berita itu sampai kepada Raja Kecik, ia pun marahlah tetapi tidaklah ia mengambil apa apa tindakan, hinggakan isterinya, Tengku Kamariah pun menjadi benci dan tidak lagi memperdulikan sangat akan Raja Kecik dari hal makan minumnya.
Tengku Tengah kemudiannya telah pergi ke istana Raja Kecik dan diambilnya Tengku Kamariah itu serta dibawa keistana ayahandanya sewaktu Raja Kecik sedang sembahyang. Raja Kecik kemudiannya menyuruh orang orangnya mengambil isterinya, tapi tidak diberi oleh Tengku Tengah dan terjadilah perkelahian. Raja kecik pun menghantar pasukan perang untuk menyerang istana Sultan Abdul Jalil di Seluyut, maka terjadi peperangan semula diantara orang orang Minangkabau dengan orang orang Johor. Tidak lama berperang, kalah juga pehak Sultan Abdul Jalil, lalu baginda serta anak isteri, keluarga dan pengikut pengikut berundur ke Terengganu. Sementara ada pula sesetengah anak anak Raja Johor itu berpindah ke Melaka. Semasa diTerengganu, Sultan Abdul Jalil telah menganugerahkan gelar kepada saudara seayah baginda yang bernama Tun Zainal Abidin dengan gelaran Paduka Maharaja. Setelah sekitar dua tahun berada di Terengganu, Sultan Abdul Jalil pun berpindah ke Pahang dan menitahkan saudara baginda, Paduka Maharaja Tun Zainal serta anakandanya Tun Hussain untuk menjaga negeri Terengganu. Sultan Abdul Jalil pun membuat negeri di Kuala Pahang dan telah mengangkat adinda baginda bernama Tun Abdul Jamal menjadi Bendahara menggantikan Bendahara Tun Abdullah yang telah mangkat itu. Kemudian datanglah Raja Indera Bongsu dari Melaka membawa anak anak Raja Johor untuk berpindah ke Kuala Pahang.
Dalam pada itu, setelah Sultan Abdul Jalil keluar dari negeri Johor, Raja Kecik pun bertitah kepada segala menteri menterinya seraya berkata, “Ini negeri celaka, baik kita pindah ke Riau”. Lalu berpindahlah Raja Kecik berserta menteri menteri dan pengikut pengikutnya ke Riau dan membuat istana berbunga lawangkan emas (dihiasi dengan bunga pala emas). Raja Kecik pun memerintah Kerajaan Johor dari istananya di Riau keatas segala rakyat yang di laut laut dan didaratan yang pada itu ada yang setia kepadanya dan setengah lagi setia kepada Sultan Abdul Jalil yang berada diPahang.
Apabila Raja Kecik mendapat khabar mengenai Sultan Abdul Jalil membuat negeri di Kuala Pahang, lalu ia pun memerintahkan angkatan perang nya untuk mempersilakan Sultan Abdul Jalil untuk berpindah keRiau dan jika tidak mahu, disuruhnya lawan berperang. Kesahnya di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Maka pergilah segala angkatan itu kepalanya Laksamana Nakhoda Sekam. Apabila tiba di Kuala Pahang dipersembahkannyalah seperti titah Raja Kecik itu, maka tiadalah rela Sultan Abdul jalil. Maka lalu berperang. Maka melanggarlah Laksamana Nakhoda Sekam akan Kuala Pahang. Maka tiada berapa hari maka Kuala Pahang pun alah, akan tetapi Sultan Abdul jalil tiada berani Laksamana itu mengapa apakan. Maka pergilah Laksamana Nakhoda Sekam itu mengadap Sultan Abdul jalil sembahnya, “Ampun Tuanku, baiklah silakan ke Riau kerana pesan paduka anakanda silakan ayah ke Riau. Maka pada kira kira patik baik juga berangkat ke Riau kerana antara tuanku dengan paduka anakanda itu tiada siapa yang boleh memasuki. Boleh patik kosongkan dua buah gurab (sebuah kapal dagang Melayu berukuran 90 meter dengan anak kapal seramai 30 orang) akan kenaikan ke bawah duli Tuanku putera berputera”. Maka jawab Sultan Abdul jalil, “Jikalau sudah fikiran Laksamana kita ke Riau, maka ke Riaulah kita”. Maka turunlah Sultan Abdul jalil itu ke gurab yang besarnya itu serta dengan paduka anakanda anakanda sekelian. Adalah puteranya yang laki laki dua orang, pertama Raja Sulaiman, kedua Raja Abdul Rahman. Adapun yang perempuannya Pertama Tengku Tengah, kedua Tengku kamariah, kerana terbawa oleh Sultan Abdul jalil tatkala keluar daripada Johor dahulu itu, ketiga Tengku Mandak. Adapun putera Marhum Mangkat di Kayu Anak seorang laki laki dan tujuh orang perempuan. Maka berkemaslah baginda itu akan belayar ke Riau dan sebuah gurab lagi pula tempat Tun Narawangsa, putera baginda itu juga. Maka bermuatlah pula Tun Narawangsa itu.
Syahadan kata sahibul hikayat didalam hal antara itu datanglah pula seorang suruhan Raja Kecik, bernama si Emas Raden, membawa surat kepada Laksamana Nakhoda Sekam. Maka tersebut didalam surat itu. “Janganlah Sultan Abdul jalil dibawa ke Riau lagi, bunuhlah sekali, kita tahu matinya sahaja”. Syahadan apabila Laksamana Nakhoda Sekam mendengar surat daripada Raja Kecik itu, maka ia pun terdiamlah sejurus berfikir kerana asalnya titah tidak begitu, sekarang demikian pula, jadi hairanlah ia, hendak pun tiada diturut takut pula dapat salah kerana surat titah itu dengan capnya sekali. Maka apabila telah habis fikirannya maka lalulah ia menyuruh empat orang panglima berbaju rantai serta dengan beberapa orang pergi mengamuk kanaikan baginda itu.
Maka pada waktu Minangkabau mengamuk itu baginda lagi di tikar sembahyangnya, baharu lepas sembahyang Subuh tengah membaca wirid. Maka panglima Minangkabau itupun naiklah, pada sangka juak juak baginda itu panglima sengaja hendak mengadap baginda, maka tiadalah dihiraukannya. Maka seketika lagi ia pun naik lalu diparangnya hulu baginda. Maka baginda pun terkejut lalu disambar baginda pedang panglima itu, maka dapatlah pada tangan baginda. Maka mengamuklah baginda diparangnya panglima panglima itu. Syahadan tersebut didalam siarah Siak delapan orang panglima panglima itu mati dibunuh oleh baginda itu. Maka baginda pun rebah lalu mangkat.
Adapun Tengku Tengah apabila ia mendengar ayahandanya sudah hilang itu, maka keluarlah ia dengan satu halamang (sejenis pedang pendek yang lurus) ditetaknya pada Minangkabau yang tinggal tinggal itu. Maka menjeritlah Laksamana Nakhoda Sekam seraya katanya pada segala orang orang Minangkabau itu, “Jangan lawan anak raja raja perempuan itu, nanti engkau semua dibunuh oleh Raja Kecik dan dihambatnya rumahtangga engkau”. Maka apabila segala Minangkabau itu mendengar kata Laksamana Nakhoda Sekam itu, maka berterjunlah semuanya kedalam air. Maka raja raja perempuan yang didalam kurung gurab itu pun keluarlah memeluk Tengku Tengah itu, dibawanya masuk kedalam kurung itu dan demikian lagi Raja Sulaiman pun dipeluk oleh raja raja perempuan itu lalu dibawanya masuk kedalam kurung. Setelah itu maka datanglah Laksamana Nakhoda Sekam mengadap raja raja perempuan itu dengan air matanya, memohonkan dicuci mayat baginda itu akan dimakamkan. Maka lalu dimakamkannya di Kuala Pahang itu di Teluk Kandang namanya, masyurlah hingga sekarang ini, “Marhum Mangkat di Kuala Pahang” dipanggil orang.
Adapun Laksamana Nakhoda Sekam apabila sudah memakamkan marhum itu, maka lalulah belayar ke Riau membawa segala anak raja raja itu kepada Raja Kecik. Maka apabila tiba dipelabuhan Riau, maka turunlah Raja Kecik kegurab itu mengambil isterinya serta segala anak raja raja itu. Maka dibawanyalah naik kedarat serta dipeliharakannya dengan sepatutnya dan diberikannya istana. Maka duduklah segala anak raja raja itu dengan kemasygulan sehari hari kerana kematian baginda Sultan Abdul jalil Marhum itu”.
(bersambung ke bahagian keempat...)
Sunday, November 1, 2015
2. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda dari tahun 1722 hingga ke tahun 1911... Bahagian kedua...
![]() |
| Pemuras senjata Melayu dahulukala yang canggih |
Sejak awal kurun ke 18, ada lima orang Raja Raja Bugis bersaudara, putera kepada Opu Daeng Rilaga yang berasal dari Kerajaan Luwu di Sulawesi, telah mengembara dengan perahu perahu besar angkatan perang mereka belayar ke merata rata tempat di bahagian barat Nusantara ini, terutama di laut laut di sekeliling Semenanjung Tanah Melayu dan di Kepulauan Riau. Raja Raja Bugis lima bersaudara itu bernama; Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambon, Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Cellak dan Opu Daeng Kemasi. Pada masa itu Raja Raja Bugis tersebut telah pun menetap dan tinggal di Pulau Siantan dan saudara yang sulong iaitu Opu Daeng Parani telah berkahwin dengan anak perempuan kepada Penghulu Pulau Siantan yang bernama Nakhoda Alang. Kemudiannya, isteri Opu Daeng Parani di Pulau Siantan itu telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Daeng Komboja, kerana mengambil sempena pengembaraan ayahnya ke negeri Kemboja. Kemudian dapat pula seorang anak perempuan bernama Daeng Khadijah.
Pada masa Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Syah berKerajaan di negeri Johor itu juga, ada seorang Raja dari Hulu Pelembang yang bergelar Sultan Lembayang, telah berkelahi dengan saudaranya Sultan di negeri Pelembang, lalu Sultan Lembayang itu datang melawat ke negeri Johor. Bersama sama dalam rombongan itu Sultan itu, dibawanya juga seorang anak raja yang datang dari Minangkabau bernama Raja Beraleh atau disebut juga namanya Tuan Bujang yang telah menghambakan diri kepada Sultan Lembayang dijadikan tukang pembawa tempat sireh Sultan itu.
Kedatangan Sultan Lembayang itu telah diraikan dengan baik oleh Sultan Abdul Jalil. Sultan Lembayang telah meminang puteri Sultan Abdul Jalil hendak dijadikan isterinya, tetapi pinangan itu tiada diterima oleh Sultan Johor. Tidak lama setelah itu, Sultan Lembayang dengan rombongannya serta Raja Beraleh itu telah pergi ke Pulau Siantan dan telah beristeri disana. Setelah itu ia pun pergi ke Pulau Bangka, dan dengan pertolongan orang orang Belanda, Sultan Lembayang telah menyerang dan mengalahkan Pelembang serta menghalau saudaranya yang memerintah disitu.
Dengan kemenangan Sultan Pelembang yang baru itu, maka Raja Beraleh pun meminta izin untuk pergi ke Tanah Rawas di Hulu Pelembang, lalu beristeri dengan anak perempuan seorang orang besar disitu iaitu Dipati Batu Kucing. Daripada perkahwinan itulah Raja Beraleh dapat seorang anak lelaki bernama Raja Alam. Kemudian selepas membantu Raja Jambi dalam satu peperangan, Raja Beraleh pun kembali semula ke Pagar Ruyong di Minangkabau. Keluarga DiRaja Pagar Ruyong iaitu Yang DiPertuan Sakti dan Puteri Janilan kemudiannya kemudian memberikannya nama yang baru iaitu Yang DiPertuan Raja Kecik serta diberi alat Kerajaan serta cap kuasa yang membolehkan nya memerintah orang orang Minangkabau di persisiran Timur Sumatera.
![]() |
| Lela rentaka senjata Melayu dahulukala yang canggih |
Pada sekitar tahun 1706, Sultan Abdul Jalil yang bersemayam di Pancor - Johor, telah melantik adinda baginda yang bernama Tun Mas Anum menjadi Bendahara Johor bergelar Bendahara Seri Maharaja. Dua tahun selepas itu, Sultan Abdul Jalil telah berpindah pula dari Pancor - Johor untuk bersemayam di Riau atas pujukan adinda baginda Yang DiPertuan Muda Tun Mahmud. Semasa menjalankan pemerintahan negeri Johor ini, Yang DiPertuan Muda Tun Mahmud ini dikatakan telah bertindak keras dan zalim kepada rakyatnya dengan tidak setahu kekandanya Sultan Sultan Abdul Jalil.
Setelah bersemayam sekitar lapan tahun lamanya, pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil telah berpindah semula untuk bersemayam di Pancor- Johor, kerana di Riau pada waktu itu selalu dikacau oleh orang orang Minangkabau, Bugis dan orang orang Patani. Pada tahun yang sama juga, adinda baginda Bendahara Tun Mas Anum telah mangkat, maka adinda baginda yang bernama Tun Abdullah pula dilantik menjadi Bendahara Johor bergelar Bendahara Paduka Raja. Manakala dua orang lagi adinda baginda dijadikan Temenggung dan Raja Indera Bongsu. Anak anak baginda yang perempuan ialah Tengku Tengah, Tengku Mandak dan Tengku Kamariah.
Semasa Yang DiPertuan Raja Kecik sedang mempersiapkan angkatan perangnya pada tahun 1717, ia telah berjumpa dengan Opu Daeng Parani dan saudara saudaranya nya di Bengkalis, lalu Raja Kecik pun mengajak Raja Raja Bugis Lima bersaudara itu membantunya menyerang dan mengambil negeri Johor dan berkata bahawa apabila Johor dapat di tangan nya nanti, Opu Daeng Parani akan di lantiknya menjadi Yang DiPertuan Muda. Raja Raja Bugis itu tiada bersetuju membantu Raja Kecik didalam menjalankan kemahuannya itu, tetapi mereka berdalih dengan memberitahu Raja Kecik; biarlah mereka pergi dahulu ke Langat (didalam negeri Selangor sekarang) untuk mengumpulkan orang orang Bugis dan menyediakan kelengkapan perangnya disana.
![]() |
| Meriam adalah senjata Melayu dahulukala yang canggih |
Maka orang orang Laut di Kuala Johor dan diSingapura serta beberapa ramai rakyat Johor lainnya telah bersetuju dengan pujukan orang orang besar Raja Kecik itu, dan mereka telah mengajak Raja Kecik datang ke negeri Johor. Selain daripada pujukan tersebut, rakyat Johor juga telah merasa benci kepada pemerintahan Yang DiPertuan Muda Tun Mahmud yang zalim itu. Raja Kecik juga telah berkirim surat kepada Dato' Laksamana Johor, yang merupakan ayah kepada Che' Pong, memberitahu bahawa ia hendak menyerang negeri Johor, dan Dato' Laksamana pun bersetuju untuk belot serta menyertai Raja Kecik. Kesah serangan dan penaklokan negeri Johor di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
"Syahadan apabila selesailah jalan tipu hikmat itu, maka Raja Kecik datanglah dengan kelengkapan perang melangar Johor itu. Maka tiadalah rakyat rakyat laut itu memberitahu kedalam negeri lagi. Maka masuklah segala kelengkapan perang itu kedalam Johor dengan terserkap. Maka terkejutlah orang Johor mengatakan, 'Musuh datang melanggar'. Maka dipermaklumkan kepada Yang DiPertuan Muda. Maka tiada dihiraukannya sebab ia tengah bermain catur. Maka Raja Kecik pun serta Minangkabau tibalah ke Pengkalan Rama lalulah naik ke jembatan dengan segala pendekarnya dan membunyaikan senapangnya. Maka melawanlah orang orang Johor itu, berperang mana mana sempat berbunuh bunuhan sehari itu. Maka banyaklah orang Johor belot sebelah Minangkabau, kerana Laksamana kepala perangnya telah belot.
"Maka Yang DiPertuan Muda pun membunuh isterinya lalulah ia keluar mengamuk pula, kerana fikirannya daripada isterinya diambil Minangkabau diperbuatnya gundik, terlebih baik biar hilang sekali. Kemudian Yang DiPertuan Muda pun mengamuklah menyerbukan dirinya kepada pehak sebelah Raja Kecik itu. Lalu berkejar kejaran hambat berhambat hingga sampai ke Kayu Anak nama tempat itu. Maka Yang DiPertuan Muda pun mangkatlah disitu, sebab sabur menyabur orang beramuk itu.
"Syahadan tatkala sudah mangkat Yang DiPertuan Muda itu maka Johor pun alahlah. Maka keluar Sultan Abdul Jalil dari dalam kotanya pergi ke kampong orang lain pula. Maka bermesyuwarahlah Sultan Abdul Jalil itu, 'Baik menggamukkah, atau baik menyerahkan diri?. Maka muafakatlah segala menterinya, 'Baik menyerahkan diri'. Maka lalulah Sultan Abdul Jalil itu pergi kepada Raja Kecik dengan tiada bersenjata, menyerahkan diri. Maka tiadalah diapa apakan oleh Raja Kecik itu, hanya diperbaik baikinya sambil berkata, 'Ayah, saya hendak jadikan Bendahara semula'.
"Syahadan tiada berapa lamanya maka Raja Kecik pun bertunanglah dengan puteri Sultan Abdul Jalil itu, yang bernama Tengku Tengah. Didalam pada Hari Raya, maka datang lah Sultan Abdul Jalil putera berputeri mengunjungi Raja Kecik. Maka puteri yang bernama Tengku Kamariah pun bersama sama jua. Maka terpandanglah Raja Kecik akan paras Tengku Kamariah itu, berahilah ia pula. Maka dipintanya pula Tengku Kamariah itu, tiadalah jadi dengan Tengku Tengah itu. Maka tiadalah terkata kata Sultan Abdul Jalil itu, kerana lebih lebih maklum orang yang sudah alah. Syahadan maka nikahlah Tengku Kamariah itu dengan Raja Kecik, betapa adat Raja yang besar besar bernikah kahwin, demikianlah halnya. Maka tetaplah Raja Kecik itu didalam negeri Johor. Maka seolah olah negeri Johor itu beRaja dualah pada masa itu ada nya".
(bersambung ke bahagian ketiga...)
1. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda dari tahun 1722 hingga ke tahun 1911... Bahagian pertama...
![]() |
| Peta di kawasan Kerajaan Johor Lama |
Pada bulan Ogos tahun 1699, Sultan Mahmud Syah (II) yang masih muda ketika itu, berusia sekitar dua puluh empat tahun telah mangkat di Kota Tinggi, dibunuh oleh orang besar baginda bernama Megat Seri Rama kerana kezaliman dan kebengisan baginda. Kesah kemangkatan baginda di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis tulisan Raja Ali Haji adalah seperti berikut:-
"Adalah seorang Raja Johor bernama Sultan Mahmud. Adalah baginda itu berbinikan peri konon, iaitu suatu nauk daripada jin; jadi baginda itu tiadalah suka bersekedudukan dengan isterinya yang berbangsa manusia ini.
"Pada suatu hari baginda itu tengah beradu, maka datanglah seorang mempersembahkan nangka masak, ditaruh oleh Penghulu Istana itu, kerana menantikan baginda itu jaga; tiba tiba datang bini Megat Seri Rama yang bunting, mengidam hendak makan nangka, lalu dipintanya seulas kepada Penghulu Istana itu. Maka Penghulu pun mengambil seulas diberikan kepada bini Megat Seri Rama itu, maka ia pun baliklah.
"Maka apabila Raja itu terjaga, hendak makan nangka, lalu dipersembahkan oleh Penghulu Istana kepada baginda: "Ada yang tiada baik tadi, patik berikan kepada bini Megat Seri Rama daripada terbuang sahaja". Apabila ia mendengar maka baginda pun murkalah lalu disuruhnya panggil bini Megat Seri Rama itu, dibelahnya perutnya, dikeluarkannya anaknya dari dalam perutnya itu, maka matilah bini Megat Seri Rama itu.
"Maka apabila sampai khabar itu kepada suaminya Megat Seri Rama, maka ia pun menangislah, serta hilang akalnya, meradang sebab marah nya. Maka lalu ia mendapatkan Dato' Bendahara, maka dimaklumkannya yang ia hendak membalas dendam kematian isterinya itu, seraya berkata: "Jikalau Dato' hendak menjadi Raja, inilah ketikanya, yang diperhamba hendak menderhaka tiada boleh tidak". Syahadan adalah Megat Seri Rama itu seorang hulubalang yang kebal, banyak anak buahnya, serta kuat kuasanya. Maka bermesyuaratlah Dato' Bendahara itu dengan saudaranya Temenggung dan Indera Bongsu akan hajat Megat Seri Rama itu, bersatulah sekelian mereka itu serta membenarkan Megat Seri Rama itu, kerana segala orang orang besar di dalam negeri itu, ramai yang sukakan Bendahara itu menjadi Raja, kerana kata mereka itu: "Ini baru Megat Seri Rama dibuatnya, akhirnya kita semua pun nanti dibuatnya begitu juga". Maka tetaplah muafakat itu...
"Syahadan adalah yang tiada pernah berpisah dengan baginda adalah seorang hulubalangnya yang berani didalam negeri itu, lagi gagah perkasa, bernama Seri Bija Wangsa. Maka hulubalang itu ditipu oleh Dato' Bendahara lalu disuruhnya bunuh maka matilah ia, kerana jikalau ada Seri Bija Wangsa itu, susahlah Megat Seri Rama itu melakukan kehendaknya. Syahadan maka adalah pada ketika itu baginda itu diatas julang hendak pergi bersembahyang Jumaat, lalu diparangnya hulu baginda itu lalu mangkat, dan Megat itu pun mati juga, kerana dilontar oleh baginda dengan kerisnya".
![]() |
| Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang di Kota Tinggi |
![]() | |
| Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang di Kota Tinggi |
Negeri Johor pada masa itu adalah sangat maju dan makmur, ramai orang orang yang datang berniaga disana, termasuklah orang orang Inggris, Belanda, Cina, India, Arab dan lain nya. Di bandar tempat Sultan Johor bersemayam iaitu diPancor, ada sebuah kota kecil terletak diatas suatu tanah tinggi. Bentuk kota itu empat persegi panjang, diperbuat daripada kayu balak yang tebal dan besar berlapis lapis hingga dua belas kaki tingginya dari tanah, dan lantai disebelah dalam kota itu ditinggikan lima kaki. Kota itu terletak dekat kuala sebuah sungai kecil di tepi Sungai Johor. Kota itu mempunyai dua belas pucuk meriam tembaga yang besar dan sangat cantik buatannya. Lima pucuk daripada meriam itu diletakkan menghala ke Sungai Johor, dan tujuh pucuk lagi dihalakan ke Sungai Tukul.
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (IV) adalah seorang Sultan yang sangat sederhana dan adil. Orang orang besar Kerajaan serta rakyat Johor kasih kepada baginda dan perniagaan dalam negeri pun mewah. Pemerintahan negeri yang baginda sendiri tadbirkan telah berjalan dengan baik selama lapan atau sembilan tahun. Setelah itu baginda menyerahkan urusan pemerintahan negeri Johor kepada adinda baginda, Yang DiPertuan Muda (Tun Mahmud), apabila baginda semakin kuat beribadah serta sering duduk bersama para alim ulama dan jarang keluar di istana baginda...
(bersambung ke bahagian kedua...)
Tuesday, October 5, 2010
Sunday, October 3, 2010
Saturday, September 18, 2010
Sunday, April 11, 2010
Thursday, March 25, 2010
Raja Isa dan Jejak Awal Sejarah Pemerintahan di Pulau Batam (1829 – 1913)
Sejarah Pemerintahan di Pulau Batam (1829 – 1913)
Dari hasil penelusuran bahan-bahan arsip dan sumber-sumber sejarah Batam di Arsip Nasional dan Perpustakaan Nasional di Jakarta, didapati sebuah moment sejarah yang dapatlah disebut sebagai titik awal bermulanya pemerintahan anak watan Riau-Lingga di Pulau Batam yang berawal dari Pemerintahan Raja Isa dengan tidak mengecilkan arti penting beberapa momentum sejarah dan sejumlah tokoh dalam sejarah Batam yang telah dikenal sebelumnya.
SUSUR GALUR : SIAPA RAJA ISA ?
Nama batang tubuhnya Raja Isa. Dari beberapa silsilah, dapatlah diketahui bahwa ayahandanya adalah Raja Ali @ Marhum Pulau Bayan @ Yang Dipertuan Muda Riau V ibni Daeng Kamboja Yang Dipertuan Muda Riau III. Dengan demikian jelaslah bahwa Raja Isa adalah keturunan Yang Dipertuan Muda Riau. Sedangkan bundanya bernama Raja Buruk binti Raja Abdulsamad ibni Daeng Kamboja @ Engku Wok. Selain itu, ia juga mempunyai istri kedua yang tidak diketahui namanya
Dalam dokumen-dokumen Belanda sezaman, Raja Isa tampaknya dipandang sebagai tokoh penting dalam keluarga diraja Riau, dan namanya turut dicatat dan disandingkan dengan tokoh lain seperti, Raja Jakfar Yang Dipertuan Muda Riau VI, Raja Ahmad ayah Raja Ali Haji, Datuk Penggawa Ahmad, Arong Bilawa, dalan lain-lain.
Dari kedua istrinya, Raja Isa memperoleh beberapa orang anak laki-laki, yang antara lain: Raja Yakup , Raja Idris, Raja Daud , dan Raja Husin . Pada masa lalu, Raja Isa dan keluarga menetap diNongsa, Batam. Hanya Raja Husin yang sebelumnya menetap di Nongsa, dilaporkan berpindah dan menetap di Pulau Penyengat ketika telah berusia 87 tahun.
Tentang Raja Isa ibni Raja Ali Yang Dipertuan Muda Riau V dan keturunannya di Nongsa, Pulau Batam, dalam Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji mejelaskannya sebagai berikut:
“…Sebermula Adapun Yang Dipertuan Muda Raja Ali ini, ialah Raja Muda yang kelima daripada bangsa Bugis anak cucu Opu Dahing Perani. Adalah ia mengadakan beberapa anak laki-laki dan perempuan. Adapun yang laki-laki bernama Raja Isa, ialah beranakkan Raja Yakup serta saudaranya. Adalah ibunya Raja Wok dan lagi anaknya bernama Raja Idris mengadakan anak laki-laki dan perempuan. Ada yang hidup, ada yang mati masa membuat silsilah ini. Adalah kebanyakan anak cucunya di Sungai Nungsa.”
Membuka Nongsa dan Memegang Perintah Atas Nongsa
Sumber lisan dan sebuah silsilah di Pulau Penyengat menyebutkan Raja Isa sebagai seorang tokoh yang membuka sebuah “kampung baru” di pulau Batam yang kini dikenal dengan nama Nongsa. Sebuah kampung yang dicantumkan oleh J.G. Schot dalam peta Kepulauan Batam (De Battam Archipel) yang dipublikasikannya pada tahun 1882 . Bahkan, sumber-sumber lisan dan cerita pusaka yang berkembang di pulau Penyengat menyebutkan bahwa toponim nama Nongsa berasal dari nama timang-timangan Raja Isa sebagai putera tertua Raja Ali Yang Dipertuan Muda Riau @ Marhum pulau Bayan: Nong Isa.
Barangkali, oleh karena diucapkan oleh lidah yang tidak tunggal-asal dan didukung pula oleh salah pengucapan @ lapsus calamy, maka perlahan-lahan nama kampung baru tempat tinggal Raja Isa di pulau Batam ini berubah namanya menjadi Nongsa; ketika seseorang menjelaskan bahwa ia akan pergi ke kampung tempat tinggal Raja Isa di pulau Batam. Walaupun demikian, terdapat pula cerita lain tentang asal usul nama Nongsa.
Apakah benar Raja Isa tinggal di Nongsa?
Dua buah bahan sumber Belanda dari tahun 1833 [Beknoopte Aantekening over het Eiland Bintang 1833] dan 1837 [Beknopte Aantekening van Het Eiland Bintang Nederlansch Etablissant en Eenige daar toe Behoorende Eilande 1837] yang saya temukan di Arsip Nasional (ANRI) dan Perpustakaan Nasional (PNRI), Jakarta, jelas menyebutkan bahwa Radja Issah @ Raja Isa tinggal di Nongsa.
Bahkan, bahan sumber yang ditulis pada 1833, lebih jauh menjelaskan bahwa Raja Isa berusia sekitar 50 tahun ketika itu, dan kampung kecil tempat ia bersemayam terletak di hulu Sungai Nongsa:
“…Een kort eind het riviertje van Nongsa opgevaren zijnde, komt men aan eene kleine kampong, alwaar zich eenige weinige maleijers afstammelingen van Boeginezen ophouden, en radja Ishak zijn verblijf houdt….”
[ Jika berlayar menghulu di sungai Nongsa itu, kita sampai pada kampung kecil, tempat tinggal beberapa orang Melayu dan peranakan Bugis, serta Raja Isa bersemayam.]
Selain dikenal sebagai tokoh yang membuka Nongsa sebagai sebuah kampung atau negeri yang baru, selembar dokumen (tepatnya salinan selembar dokumen) yang ditemukan dalam koleksi Arsip Riouw di Arsip Nasional Jakarta, menyebutkan bahwa Raja Isa juga pernah diberi “kuasa” memegang perintah atas Nongsa dan rantau sekitarnya dibawah perintah Sultan dan Yang Dipertuan Muda Riau. Peristiwa ini terjadi 5 tahun setelah Traktat London tahun 1824, dan ditandai dengan surat Comisaries Jendral sekaligus Resident Riouw, Letnan Kolonel Cornelis P.J. Elout pada tanggal 22 Jumadil Akhir 1245 Hijriah yang bersamaan dengan tanggal 18 atau 19 Desember 1829 Miladiah.
Salinan Pengukuhan Raja ‘Isa memerintah Nongsa dan rantaunya sekalian
Diberi Riau dan ditaruh cap kita dan tapak tangan kita pada hari
22 Jumadilakhir sanah 1245 berasamaan dengan hari Jum’at atau
Sabtu tanggal 18 dan 19 Desember 1829
Alih aksara : Aswandi Syahri
————————————————————————————————-
Salinan
Kerajaan Nederland
Demi Yang Dipertuan Besar di negeri atas angin – demi Paduka Gurnadur Jenderal atas rantau di bawah angin
Bahwa berhajat supaya barang siapa yang memegang pekerjaan dibawah perintah sri paduka tuan Sultan yang bertahta Lingga dengan segala daerah takluknya boleh menunjukkan surat kuasa daripada pihak residen Nederland yang duduk di Riau adanya
Maka adalah kita Elout yang memegang pangkat ketika antara aridder Orde Melitaris xxx Ridder Orde Singa Nederland – letnan koalnel dan Residen Riau memberi surat ini kepada Engku Raja ‘Isa akan menjadi zahir Engku Raja ‘Isa itu demi Sultan dan demi Yang Dipertuan Riau adalah memegang perintah atas Nongsa dan rantaunya sekalian.
Syahdan apabila Engku Raja ‘Isa berjumpa dengan orang dari negeri atas angin hendaklah dia menunjuki surat ini supaya dia orang boleh kenal dengan dia demikianlah adanya
Dengan setahu
(Tanda Tangan Tengku Uthman, Wakil Sultan Abdulrahman Muazzamsyah)
Salinan ini serupa benar bunyinya dengan salinan yang asalnya dikeluarkan daripada perhimpunan surat2 yang seumpamanya oleh penjaga yang demikian itu.
Tanda tangan
Diberi Riau dan ditaruh cap kita dan tapak tangan kita pada hari 22 Jumadilakhir sanah 1245
Embrio Sejarah Pemerintahan di Pulau Batam
Secara historis, surat “pengukuhan” Raja Isa memegang perintah atas Nongsa dan rantau sekitarnya atas nama Sultan Abdulrahman Syah Lingga-Riau (1812-1832) dan Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jakfar (1808-1832) amat penting bagi sejarah Batam. Karena ianya menandai sebuah “babak baru” dalam perjalanan sejarah pemerintahan lokal di Batam, setelah tidak lagi menjadi pusat perentah Temenggung Johor yang ditinggalkan oleh Temenggung Abdurahman @ Daeng Ronggek karena hijrah dari Pulau Bulang ke Singapura dengan membawa 150 orang pengikutnya pada tahun 1811, dengan membawa serta seluruh Orang Sabimba @ Orang Senimba, penduduk asli Batam yang mendiami kawasan sekitar Teluk Senimba @ Sebimba.
Dan dalam kenyataanya, momentum embrional dan penanda paling paling awal ini terus berlanjut dan berkembang menjadi pola dan sistem pemerintahan pribumi di Pulau Batam yang berada dibawah kendali kerajaan Riau-Lingga, serta diwariskan kepada penerus-penerus hingga tahun 1913.
Setelah Raja Isa wafat pada tahun 1831, “wilayah adminitrasi pemerintahan” atas Nongsa dan rantaunya mulai berkembang lebih maju dengan batasan-batsan yang lebih jelas dan mencakup seluruh kawasan Kepulauan Batam (Battam Archipel). Paling tidak dari laporan J.G. Schot, dapatlah diketahui bahwa hingga tahun 1882, kawasan Kepulauan Batam telah dipecah menjadi tiga bagian. Masing-masingnya mempunyai pemerintahan terpisah membentuk sebuah wilayah administrasi pemerintahan yang disebut Wakilschap, namun tetap dibawah kendali Yang Dipertuan Muda Riau (Raja Muhammad Yusuf) di Pulau Penyengat.
Wilayah pertama yang terletak di bagian Utara pulau Batam, adalah Wakilschap Nongsa yang membentang dari muara Sungai Ladi di Pantai Utara Batam hingga muara sungai Doeriankang, Kangboi , dan Asiamkang. Sebuah wilayah paling kecil yang dipimpin oleh Raja Yakup bin Raja Isa dengan pangkat atau gelaran wakil. Dan ketika usia Raja Yakup telah lanjut, maka jabatan wakil itupun diserahkan pula kepada puteranya yang bernama Raja Mohammad Caleh (Saleh) bin Raja Yakup.
Wilayah kedua adalah wakilshcap yang mencakupi kawasan pulau Buluh dan pulau sekitarnya seperti Belakang Padang, Sambu, Bulang, Setoko, Rempang, dan Galang serta sebagian pulau Batam. Wilayah ini bukan wilayah apanase seperti halnya Nongsa, sehingga langsung Berada dibawah kedali Yang Dipertuan Muda Riau melalui seorang wakilnya yang bernama Raja Usman.
Wilayah Ketiga adalah wakilschap Sulit. Sebuah kawasan cukup luas yang mencakupi pulau Cembul, Kepala Jeri, Kasu, Telaga Tujuh, Sugi, Moro, Sangla (Shalar), Sandam, dan Durai serta Kateman.
Memasuki tahun 1895, perkembangan system pemerintahan lokal di Batam memasuki sebuah babak baru lagi, ketika Yang Dipertuan Muda Riau X Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi melakukan “resuffel” besar-besaran terhadap jabatan wakil-wakilnya yang berada di sejumlah daerah dalam wilayah kerajaan Riau-Lingga. Reorganisasi ini dilakukan menyusul dikeluarkannya Undang-Undang Qanun yang terpakai oleh Kepala-Kepala yang Besar Pangkat Kecil dan Besar yang Menjaga Negeri dalam Kerajaan Lingga-Riau dan takluknya pada taun 1313 hijriyah yang bersamaan dengan 1895 miladiyah.
Sebagai daerah tempat kedudukan wakil kerajaan Riau-Lingga, maka Batam yang sebelumnya dibagi kedalam 3 daerah Wakilschap ditata menjadi dua wilayah pemerintahan yang dipimpin oleh seorang yang berpangkat atau bergelar Amir dan seorang berpangkat Kepala dalam sistem pemerintahan kerajaan Riau-Lingga.
Sebagai Amir pertama untuk pulau Batam diangkatlah Tengku Umar bin Tengku Mahmud berkedudukan di Batam (Pulau Buluh) berdasarkan besluit (surat keputusan) kerajaan Riau-Lingga No. 12, hari Selasa tanggal 12 Rabi’ul-akhir 1313 Hijriyah yang bersamaan dengan hari Selasa tanggal 1 Oktober 1895. Sedangkan untuk daerah Nongsa diangkat pula Raja Mahmud bin Raja Yakup sebagai wakil kerajaan berpangkat Kepala berdasarkan besluit kerajaan Riau-Lingga No. 9 tanggal 11 Rabi’ul-akhir 1313 Hijriyah yang bersamaan dengan hari Senin tanggal 30 September 1895 Miladiyah. Jabatan dan kedudukan Amir Batam di Pulau Buluh yang berada dalam lingkup Kerajaan Riau-Lingga dan daerah Takluknya terus belanjut dan dipegang oleh Raja Jaafar hingga menjelang penghapusan kerajaan Riau-Lingga oleh pemerintah Hindia Belanda pada tahun 1913.
Jika dilihat dari proses perjalanan sejarahnya, perkembangan sistem pemerintahan lokal @ Inlandsche Bestuur kerajaan Riau-Lingga di wilayah Batam dan sekitar lebih dahulu terbentuk dan jauh sebelum pemerintah Hindia Belanda menempatkan wakil Resident Riouw @ Europesche Bestuur di wilayah Batam. Karena, secara resmi pemerintah Hindia Belanda baru menempatkan pegawai pemerintahan bangsa Eropa ( plaatsing van Europeesche bestuur amtenaren ) di Batam, Karimun, Daik, dan Bintan Utara pada tahun 1868, berdasarkan Stadblad (Lembaran Negara) No. 70. Sejak saat itu, sebagai bagian dari wilayah administrasi pemerintahan Hindia Belanda dalam Residetie Riouw, Batam menjadi sebuah Onderaffdeeling @ Plaatselijk Bestuur yang dikepalai aleh seorang Controleur berkedudukan di Pulau Bojan, dan diletakkan dibawah Afdeeling yang bepusat di Tanjungpinang (Afdeeling Tandjongpinang).
***
Sampai batas tertentu, perkembangan tata pemerintah di Batam diikuti pula dengan perkembangan dan pembangunan infrastruktur. Sebagai ilustrasi, dalam tahun 1882, J.G. Schot melaporkan telah ada jaringan jalan yang dibangun membentang dari Sungai Lekop ke Batoe Hadji, Tiban, Kranji, dan Senimba. Begitu juga jaringan jalan dari Tiban ke Sungai Panas, dan Kampung Blian. Demikian pula jaringan jalan dari Senggoenoeng menuju arah Tring serta Asiamkang. Bahkan bentangan jaringan jalan dari Sungai Panas ke arah Kangboi melewati bagian Selatan Bukit Ladi arah Batu Haji, yang diikuti dengan jaringan jalan dari Duriangkang ke arah Tiban.
Sejalan dengan perkembangan tata pemerintahan dan insfrastruktur, Yang Dipertuan Muda Riau di Pulau Penyengat juga mulai melirik Batam sebagai kawasan “masa depan”. Kecendrungan ini telah mulai terlihat sejak pertengahan abad ke – 19. Sebagai ilustrasi, dalam kasus ladang gambir umpamanya, sekitar awal tahun 1880-an, Yang Dipertuan Muda Riau mengeluar sejumlah surat kurnia kepada seorang Cina bernama Lau A Kong, dan mengizinkannya untuk membuka ladang ladang gambir di Batam.
Perkembangan ini antara lain juga dipicu oleh semakin menipisnya cadangan bahan bakar kayu pada kawasan-kawasan ladang gambir yang ketika itu masih terkonsentrasi di pulau Bintan. Akibatnya, pulau Batam yang pada masa itu masih relatif kosong dan belum digarap menjadi kawasan “yang diperebutkan” secara ekonomis. Persaingan ni ada kalanya memicu pertelagahan bersenjata dan pembakaran bangsal gambir. Sebagai ilustrasi, pada tanggal 1 April 1856, sempat terjadi pertelagahan bersenjata antara dua kempok orang Cina Muka Merah dan Muka Hitam dari singapura dan Batam ketika memperebutkan kawasan ladang gambir di sekitar Teluk Tering, Nongsa, dan Batu Besar.
Mengimbangi perkembangan Singapura yang yang pesat sejak dibuka Inggris pada tahun 1819, pihak kerajaan Riau-Lingga juga mulai membukan pulau Batam dan pulau-pulau sekitarnya untuk berbagai kontrak dan konsesi. Perkembangan ini berhasil memancing sejumlah “penanaman modal asing” dan pengusaha-pengusaha kaya dari Singapura untuk membuka dan melebarkan usahanya ke Pulau Batam da pulau-pulau sekitarnya.
Disamping membuat kontrak dan membuka konsesi untuk pengusaha dan pemodal asing, Yang Dipertuan Muda Riau Raja Muhammad Yusuf juga memberikan kurnia bagian tertentu tanah Batam kepada “pengusaha” tempatan yang berasal dari kaum kerabatnya. Sebuah contoh yang amat terkenal adalah kurnia bagian tertentu dari pulau Batam yang diberikan oleh Yang Dipertuan Muda Riau Raja Muhammad Yusuf kepada Raja Abdullah (Tengku Besar), Raja Muhamad Tahir, dan putranya yang bernama Raja Ali Kelana berdasarkan surat kurnia dari Yang Dipertuan Muda Riau Raja Muhammad Yusuf tanggal 29 Rabul Akhir 1308 Hijriah yang bersamaan dengan tanggan tanggal 11 atau 12 Desember 1890 Miladiah.
Dalam sebuah surat tanggal 8 Rabiul Awal 1316 Hijriah, bersamaan dengan 26 Juli 1898 Miladiah, “ditegaskan” kembali oleh Raja Muhammad Yusuf bahwasanya diatas tanah tersebut Raja Ali Kelana dan Raja Muhammad Tahir telah membuka usaha dengan menggunakan modal dan usahanya sendiri.
Usaha apa yang dibuat oleh Raja Ali kelana dan Raja Muhammad Tahir di atas tanah kurnia tersebut? Apakah pada tanah yang dijelaskan pada dua surat tersebut sebuah pabrik batu bata yang kemudian menjadi milik Raja Ali Kelana didirikan? Belum ada bahan sumber yang dapat menjelaskan hal ini. Satu hal yang pasti, Song Ong Siang dalam sebuah bukunya menyebut seorang pengusaha Cina dari Singapura bernama Sam Ong Leong sebagai pemilik sebuah pabrik batu bata di pulau Batam. Apakah pabrik ini didirikan diatas atas tanah yang disewa Sam Ong Leong dari Raja Ali Kelana dan Raja Muhammad Tahir? Satu hal yang pasti, terdapat sebuah pabrik batu bata dengan nama Batam Brick Works di Batu Haji pulau Batam, terkenal dengan merek BATAM dan mempunyai kantor pusat di Singapura.
Bahan sumber informasi terbaru tentang pabrik yang berlokasi di Batu Haji ini menyebutkan bahwa, “…pabrik batu bata Batam Brick Works telah lama berdiri, namun pendirinya tak mampu membuat sebarang keberhasilan. Setelah mengalami beberapa kali perubahan, akhirnya kepemilikan atas pabrik itu dibeli ole Raja Ali Kelana pada tahun 1896 [ “...The Batam Brick Works have been established for many years, but the founder was unable to make the business a sucess, and, after passing through many vicissitudes, the undertaking was purchased by Raja Alie the present owner, in 1896...”]
Dari siapa Raja Ali Kelana beli pabrik ini? Sulit untuk menjawab hal ini karena ketiadaan sumber yang dapat menerangkannya. Namun yang jelas, di tangan Raja Ali Kelana, pabrik penghasil batu bata dengan merek “BATAM” yang hampir bangkrut ini, berhasil bangkit sehingga mampu menghasilkan 30.000 batu bata dalam sehari dan bahkan mampu mengangkat nama Batam sebagai penghasil batu bata yang bermutu di kawasan Selat Melaka.
Perkembangan pabrik batu bata Batam Brick Works semakin pesat setelah nama perusahaan yang berkantor pusat di Singapura ini muncul dalam Singapore Straits and Directory pada tahun 1901. Sejak saat itu nama Batam Brick Works semakin terkenal sebagai perusahaan penghasil batu bata bermutu yang terbesar di gugusan Kepulauan Riau-Lingga dan negeri-negeri Selat.
Mutu batu bata produksi Batam Brick Works selalu memenangkan sejumlah pertandingan kualitas dan mutu batu bata di Singapura, Semanjung Melayu, dan kawasan Timur Jauh. Bahkan karena mutu batu batanya, perusahaan ini pernah mendapatkan award (penghargaan) dalam sebuah pameran di Hanoi dan Pulau Pinang pada tahun 1907.
Aktivitas Batam Brick Works dibawah Raja Ali Kelana berakhir ketika ia memutuskan untuk menjual persahaan itu kepada seorang pengusaha Cina di Singapura pemilik Sam Bee Brick Works, satu tahun menjelang pemakzulan Sultan Abdulraman dan Tengku besar kerajaan Riau-Lingga pada tanggal 10 Februari 1911.
Sumber: Website Pemerintah Kota BatamTulisan : Aswandi Syahri










