Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Thursday, September 17, 2020

Raja Haji Abdullah - Yang Dipertuan Muda Riau Ke-9

Raja Haji Abdullah - Yang Dipertuan Muda Riau Ke-9 RAJA Haji Abdullah adalah putera Raja Ja'afar Yamtuan Muda Riau VI. Raja Haji Abdullah termasuk seorang ulama sufi, seorang mursyid dalam Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. Mula-mula beliau belajar kepada saudara sepupunya Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad. Setelah itu ke Mekah belajar kepada Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minankabawi, Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Ahmad al-Jabarti, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan lain-lain. Sewaktu beliau pulang ke Riau, dialah yang membawa Syeikh Syihabuddin al-Banjari dan Syeikh Ahmad al-Jabarti datang ke Riau untuk dijadikan guru. Kemudian setelah dia menetap di Riau, Syeikh Ismail Minangkabau datang ke Riau. Raja Haji Abdullah sungguh pun seorang raja, namun menyediakan dirinya sebagai khadam Syeikh Ismail al-Minankabawi, ulama besar yang sudah terkenal di Mekah itu. Sewaktu Syeikh Ismail al-Minankabawi berangkat ke Singapura, dan mungkin ke mana saja Syeikh Ismail pergi, termasuk ke Kedah, Raja Haji Abullah ikut serta kerana mengharapkan limpah barakah pancaran ilmu sufi yang demikian tinggi yang ada pada peribadi Syeikh Ismail al-Minankabawi itu. Raja Haji Abdullah digelar juga dengan Haji Muda. Selain itu sebagai gelar tertinggi bagi penganut thariqat beliau disebut sebagai Marhum Mursyid. Gelar ini setelah baginda mangkat. Sebenarnya gelar itu memang sesuai untuknya kerana baginda adalah putera Riau yang diakui oleh gurunya Syeikh Ismail Minangkabau sebagai Khalifah Mursyid yang boleh mentawajjuh dan membai'ah para ikhwan Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah itu, apabila Syeikh Ismail Minangkabau tidak berada di Riau. Setelah saudaranya Raja Ali bin Raja Ja'afar mangkat, Raja Haji Abdullah menggantikan saudaranya sebagai Yamtuan Muda Riau-Lingga ke IX. Walaupun Raja Haji Abdullah sebagai penguasa tertinggi kerajaan Riau-Lingga, namun baginda tetap sebagai seorang tokoh ahli sufi yang melakukan ibadah dengan rutin sebagaimana disebut oleh Raja Ali Haji, ``Maka di dalam hal itu, maka ia pun duduk di dalam berbuat ibadat juga dengan segala sanak-sanak saudaranya serta menjalankan ibadat Thariqat Naqsyabandiyah itu. Maka tiadalah berhenti khatam dan tawajjuhnya pada tiap-tiap malam Selasa dan hari Jumaat serta menderas ilmu di balainya, iaitu Raja Haji Ali mengajar-ngajar serta membaca kitab-kitab akan segala sanak-sanak saudaranya serta pegawai-pegawai negeri. Ada pun kitab yang dibacanya itu kitab fikah: sah, batal, halal, haram ...'' Berambisi Raja Haji Abdullah bukanlah seorang yang berambisi atau hubbud dun-ya atau hubbul jah, bahawa baginda berkehendak jadi Yamtuan Muda Riau-Lingga itu, tetapi adalah sebaliknya, pangkat yang disandangnya hanyalah berupa anugerah Allah jua adanya. Ini dapat dibuktikan daripada kata-katanya, ``Saya ini, apabila setahun di dalam pekerjaan raja ini, saya hendak berhenti, jika dikehendaki oleh goverment, adalah ganti saya anak saya Muhammad Yusuf.'' Perkataan tersebut seakan-akan sindiran bahawa seolah-olah baginda tahu daripada pandangan kasyaf, umurnya tidak akan berapa lama lagi, baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini. Selanjutnya baginda mengatakan, ``Ada pun anak-anak sulbi saya tiadalah yang kebetulan kepada hati saya, yang saya hendak pindah ke Bentan, atau mana-mana tempat yang sunyi membuat ibadat.'' Adapun Raja Muhammad Yusuf di atas bukan puteranya tetapi adalah anak saudaranya. Puteranya ketika itu sedang belajar di Mekah namanya Raja Haji Muhammad atau digelar juga dengan Tengku Nong. Raja Haji Muhammad/Tengku Nong itu merupakan orang ketiga mengadakan konteks dengan alim-ulama di Mekah sesudah Raja Haji Ahmad bin Raja Haji dan Raja Haji Abdullah. Raja Haji Abdullah Yamtuan Muda Riau ke IX jatuh sakit tumbuh bisul di belakangnya. Penyakit itu mengakibatkan ajalnya. Sebagaimana saudaranya Raja Ali ketika akan mangkat dulu sempat berwasiat dan wafat dalam kalimah zikrullah, maka Raja Haji Abdullah yang tinggi pengetahuan sufiyahnya tentu lebih daripada itu adanya. Baginda juga memanggil sanak saudaranya terutama Raja Ali Haji. Baginda juga sempat meninggalkan wasiat. Raja Ali Haji menulis, ``Maka hampirlah wafatnya, maka ia pun memanggil kekandanya Raja Ali Haji dekat-dekat dia, ia minta riba (pangku, pen:) kepalanya. Maka ia pun bercakap perlahan-lahan pada pekerjaan barzakh, iaitu ba'dal maut, serta beringat-ingatan ilmu, fatwa segala Masyaikh Ahli Thariqat...'' Kemudian ia pun minta tasbihnya diunjukkan isterinya sambil menangis, kemudian bertanya pula ia kepada Raja Ali, ``Pukul berapa ini?''. Kata Raja Ali, ``Hampir pukul sebelas!'' Katanya, ``Uzurkah tuan hari ini? Tiada usahlah sembahyang Jumaat dahulu, ditinggalkan saja!''. Jawab Raja Ali, ``Baiklah !'' Seketika lagi ia pun berkata, ``Sesak dada!'' Sekira-kira sampai pukul dua setengah istighfarlah ia di dalam zikir nafi itsbat zal Haq, zikir ismuz Zat. Seketika, rohnya pun berpindah dari negeri fana' ke negeri yang baqa'. Surat wasiatnya diserahkan kepada Raja Ali Haji sementara menunggu puteranya Raja Muhammad/Tengku Nong pulang dari Mekah. Ada pun wasiat itu tulisan tangan dengan huruf Melayu/ Jawi atas kertas lebar dengan khat indah sebagai yang berikut, ``Tarikh as-Sanah 1276, kepada 26 hari bulan Zulhijjah, hari Sabtu, bahawasanya kita Raja al-Haji Abdullah Yang Di Pertuan Muda membuat suatu surat wasiat ini bagi anak-anaknya. Dan pada ketika tarikh ini juga yang aku telah memberikan kepada anakku Maimunah, dan Puteri, dan Muhammad bin Abdullah dan Muhammad Thahir, daripada segala harta bendaku, yang aku tiada mempunyai sesuatu jua, tetapi selagi aku hidup ini seperti orang meminjam jua kepada anakku yang empat orang itu. Dan tiadalah boleh seseorang saudaranya mendakwakan dia adanya. Fasal Yang Pertama: Adapun rumah dengan sampah sarapnya hak bagi Maimunah dan si Puteri. Adapun segala senjata besar-kecil hak bagi Muhammad. Syahdan dari kebun seperti Pulau Soreh pulang kepada Muhammad bin Abdullah. Dan perahu, sampan, jongkong mana-mana yang ada itu pulang kepada Muhammad bin Abdullah juga. Sebermula jika aku pulang ke rahmatullah Ta'ala, Muhammad bin Abdullah itulah jadi kuasa, dan memerintah, dan memeliharakan segala saudaranya tiada boleh anak-anakku yang lainnya, melainkan dia yang terlebih kuasa daripadanya. Fasal Yang Kedua: Apabila sudah sampai ajalku, segala hutang aku Muhammad bin Abdullah membayarnya serta mufakat ia dengan ibunya Raja Hawi. Maka jika sudah sampai akil baligh Muhammad Thahir, jika tiada ibunya hendaklah ia mufakat dengan dia pada menyelesaikan hutang-hutang aku itu. Jikalau aku tiada terikhtiarkan yang demikian itu mufakatlah engkau kepada siapa yang menggantikan aku adanya. Fasal Yang Ketiga: Mana-mana hutangku yang kena kepada pekerjaan kerajaan, maka iaitu Raja Mudalah yang membayarnya, seperti hutang perang atau kerana sesuatu yang lain yang hendak membaiki negeri dan belanja ``mashalihul muslimin''. Jika dengan sebab itu lazimlah Raja Muda itu membayarnya. Demikianlah adatnya selama-lamanya pusaka kita Upu Bugis. Sathar Fasal Yang Keempat: Jangan aku ditanam seperti raja-raja, tanamlah aku seperti menanam seorang fakir. Dan jangan aku dimandikan ramai-ramai. Taruh aku di dalam satu sathar dengan dua tiga orang yang saleh. Hawilah memandikan aku, dan janganlah aku diriba. Letakkan sahaja aku di atas suatu tempat yang suci atau di atas sarir yang terus airnya. Mandikanlah aku seperti barang yang telah disebutkan kaifiatnya di dalam kitab fikah. Dan lagi jangan engkau semua yang hidup sepeninggalan aku bersusah-susah belanja tajhiz aku. Jikalau hendak juga engkau semua mentahlilkan aku suruhlah tahlilkan dengan khalifah syeikh kita. Dan boleh engkau beri sedekah ala kadar kifayahnya. Dan jangan sekali-kali menyakit diri yang di luar syariat Rasulullah s.a.w. Hendak engkau semua turut akan jalan yang sebenarnya. Dan haji dan umrah semua selesai tiada lagi menyusahkan adanya. Adapun senjata besar kecil pulang kepada Muhammad Thahir semuanya. Fasal Yang Kelima: Sesiapa yang menggantikan aku hendaklah engkau semua turut perintahnya. Dan jangan engkau dengki hasad kepadanya, tiada selamat. Dan engkau semua kerjakanlah dia dengan cuci putih hati kepadanya, inilah jalan orang yang baik-baik. Apa yang ada sampah sarap yang aku tinggalkan kepada kamu, jikalau Raja Muda itu berkehendak jangan sekali-kali ditahan adanya. Fasal Yang Keenam: Engkau semua adik beradik jangan sekali menaruh hasad dan dengki sesama sendiri. Dan jangan bercerai engkau semua dari jalan mufakat dengan saudara-saudaramu yang lain seperti anak Marhum Abdur Rahman, dan anak marhum Raja Ali kerana adalah Marhum kedua itu saudara syaqiqah, yakni saudaraku seibu sebapa adanya. Fasal Yang Ketujuh: Jangan engkau semua tiada mendengar nasihat ajaran ulama dan shulaha' jika engkau tiada kuasa menuntut kepadanya. Maka jika engkau kuasa menuntut, maka inilah yang sangat gemar dan tuntutku. Kerana tersebut di dalam hadis Nabi s.a.w. Ertinya: ``Menuntut ilmu fardu atas tiap-tiap Islam laki-laki dan Islam perempuan''. Tiada aku panjangkan pada fadilat menuntut ilmu itu melainkan jikalau Allah bukakan hatimu pada menuntut itu ialah yang sebaik-baik jalan dan nikmat yang tiada dapat dibagaikan fid dun-ya wal akhirah. Fasal Yang Kelapan: Sayugianya engkau merendahkan diri kepada pangkat saudara tua atau pangkat bapa kepadamu. Hendaklah engkau ber''patik'' jikalau serupa gara sekalipun umpamanya. Dan engkau dengar juga akan nasihatnya dan segala ajarannya yang patut pada syarak dan adat. Fasal Yang Kesembilan: Pesanku kepada kamu sekalian, hendaklah kamu memuliakan anak cucu Rasulullah s.a.w. apa lagi yang sudah jadi kaum kerabat kita; jangan sekali-kali hasad dengki akan dia, seperti abang ``Embong'' dan abang ``Syeikh Engku'' hendaklah engkau jadikan ia seperti saudaramu yang betul adanya. Fasal yang kesepuluh: Jangan membangsat dan serta rapik pinta meminta kepada segala rakyat raja, inilah pesan datuk nenek moyangku, pantang yang tiada boleh dilalui juga, tiada selamat dunia akhirat kerana banyak daripada beberapa kebinasaan mendatangkan murka Allah Taala Yang Maha Besar. Inilah wasiat yang aku tahshishkan kepada Muhammad Abdullah al-Khalidi. Bermula hendaklah kiranya engkau ingatkan baik-baik sepeninggal aku mati''.

Ditulis oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah - Di Artikle Ulama Nusantara

Sunday, September 6, 2020

Surat Kurnia dan Pemilikan Pulau Batam

WELCOME TO BATAM (SELAMAT DATANG KE BATAM)
Surat Kurnia dan Pemilikan Pulau Batam telah dikeluarkan oleh Seri Paduka Yang DiPertuan Muda Riau dan Lingga, Raja Muhammad Yusuf Ibni Raja Ali pada 29 Rabiul Awal 1308 hijrah bersamaan 11 December 1890 Masihi dan di kurniakan kepada putera putera baginda, Raja Abdullah (Tengku Besar) dan Raja Ali Kelana dan juga kepada saudara pupuan baginda, Raja Muhammad Tahir Bin Raja Haji Abdullah, seperti berikut:-

“Bahawa kita Seri Paduka Yang DiPertuan Muda Riau Dan Lingga serta daerah takluknya, sekelian menyatakan perihal tanah tanah yang di Pulau Batam yang telah jadi kurniaku kepada putera kita Raja Abdullah (Tengku Besar) dan kepada putera kita Raja Ali Kelana dan saudara kita Raja Muhammad Tahir Bin Al Marhum Yang DiPertuan Muda Riau Raja Haji Abdullah Al-Khalid. Dengan surat kita yang termaktub pada 29 haribulan Rabiul Akhir pada hari Rabu 1308 Hijrah, dan pada tanah itu telah semua di ________ Raja Ali dan Raja Muhammad Tahir yang tersebut itu dengan belanjanya dan ketetapan keduanya. Maka pada tarikh daripada ini, kita telah _____ haruslah ia melakukan sebagaimana yang telah kita izinkan itu. Kita kehendaki jika ada orang yang bukan bangsa anak negeri yang hendak ______ berusaha atau menyewa didalam kawasan tanah itu, hendaklah mereka itu dibawa kepada Pemerintah dan berjanji kepada kita sendiri. Adapun daripada segala faedahnya yang masih daripada perjanjian itu dan tiadalah Kerajaan mengambil akan dia hanya tetap jua kurnia dimiliki oleh tiga orang yang tersebut itu atau ahli waris nya adanya.”

Yang DiPertuan Muda Raja Muhammad Yusuf Ibni Raja Ali

Amir Pulau Batam, Tengku Usman Ibni Sultan Abdurrahman.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Petikan daripada Tulisan : Aswandi Syahri
Sumber: Website Pemerintah Kota Batam

“Mengimbangi perkembangan Singapura yang pesat sejak dibuka Inggris pada tahun 1819, pihak kerajaan Riau-Lingga juga mulai membukan pulau Batam dan pulau-pulau sekitarnya untuk berbagai kontrak dan konsesi. Perkembangan ini berhasil memancing sejumlah “penanaman modal asing” dan pengusaha-pengusaha kaya dari Singapura untuk membuka dan melebarkan usahanya ke Pulau Batam dan pulau-pulau sekitarnya.

Disamping membuat kontrak dan membuka konsesi untuk pengusaha dan pemodal asing, Yang Dipertuan Muda Riau Raja Muhammad Yusuf juga memberikan kurnia bagian tanah tanah Batam kepada “pengusaha” tempatan yang berasal dari kaum kerabatnya. Sebuah contoh yang amat terkenal adalah kurnia tanah tanah di pulau Batam yang diberikan oleh Yang Dipertuan Muda Riau Raja Muhammad Yusuf kepada Raja Abdullah (Tengku Besar), Raja Muhamad Tahir, dan putranya yang bernama Raja Ali Kelana berdasarkan surat kurnia dari Yang Dipertuan Muda Riau Raja Muhammad Yusuf tanggal 29 Rabul Akhir 1308 Hijriah yang bersamaan dengan tanggan tanggal 11 atau 12 Desember 1890 Miladiah.
Raja Ali Kelana


Cap Mohor Raja Muhammad Tahir Ibni Almarhum Raja Abdullah, dan tandatangannya selaku Hakim yang tertera didalam surat Mahkamah Riau Pulau Penyengat bertarikh 1hb Jumada Al-Awal 1313 Hijrah (20hb Oktober 1895)

Surat Kurnia dan Pemilikan Pulau Batam yang telah di alih bahasa kepada bahasa Inggris oleh Mahkamah di Singapura pada tahun 1987. Surat asli nya di tulis didalam bahasa Melayu tulisan jawi.
 Dalam sebuah surat tanggal 8 Rabiul Awal 1316 Hijriah, bersamaan dengan 26 Juli 1898 Miladiah, “ditegaskan” kembali oleh Raja Muhammad Yusuf bahwasanya diatas tanah tersebut Raja Ali Kelana dan Raja Muhammad Tahir telah membuka usaha dengan menggunakan modal dan usahanya sendiri.
Usaha apa yang dibuat oleh Raja Ali kelana dan Raja Muhammad Tahir di atas tanah kurnia tersebut? Apakah pada tanah yang dijelaskan pada dua surat tersebut sebuah pabrik batu bata yang kemudian menjadi milik Raja Ali Kelana didirikan? Belum ada bahan sumber yang dapat menjelaskan hal ini. Satu hal yang pasti, Song Ong Siang dalam sebuah bukunya menyebut seorang pengusaha Cina dari Singapura bernama Sam Ong Leong sebagai pemilik sebuah pabrik batu bata di pulau Batam. Apakah pabrik ini didirikan diatas atas tanah yang disewa Sam Ong Leong dari Raja Ali Kelana dan Raja Muhammad Tahir? Satu hal yang pasti, terdapat sebuah pabrik batu bata dengan nama Batam Brick Works di Batu Haji pulau Batam, terkenal dengan merek BATAM dan mempunyai kantor pusat di Singapura.

Bahan sumber informasi terbaru tentang pabrik yang berlokasi di Batu Haji ini menyebutkan bahwa, “…pabrik batu bata Batam Brick Works telah lama berdiri, namun pendirinya tak mampu membuat sebarang keberhasilan. Setelah mengalami beberapa kali perubahan, akhirnya kepemilikan atas pabrik itu dibeli ole Raja Ali Kelana pada tahun 1896 [ “...The Batam Brick Works have been established for many years, but the founder was unable to make the business a sucess, and, after passing through many vicissitudes, the undertaking was purchased by Raja Alie the present owner, in 1896...”]
Dari siapa Raja Ali Kelana beli pabrik ini? Sulit untuk menjawab hal ini karena ketiadaan sumber yang dapat menerangkannya. Namun yang jelas, di tangan Raja Ali Kelana, pabrik penghasil batu bata dengan merek “BATAM” yang hampir bangkrut ini, berhasil bangkit sehingga mampu menghasilkan 30.000 batu bata dalam sehari dan bahkan mampu mengangkat nama Batam sebagai penghasil batu bata yang bermutu di kawasan Selat Melaka.

Perkembangan pabrik batu bata Batam Brick Works semakin pesat setelah nama perusahaan yang berkantor pusat di Singapura ini muncul dalam Singapore Straits and Directory pada tahun 1901. Sejak saat itu nama Batam Brick Works semakin terkenal sebagai perusahaan penghasil batu bata bermutu yang terbesar di gugusan Kepulauan Riau-Lingga dan negeri-negeri Selat.
Mutu batu bata produksi Batam Brick Works selalu memenangkan sejumlah pertandingan kualitas dan mutu batu bata di Singapura, Semanjung Melayu, dan kawasan Timur Jauh. Bahkan karena mutu batu batanya, perusahaan ini pernah mendapatkan award (penghargaan) dalam sebuah pameran di Hanoi dan Pulau Pinang pada tahun 1907.

Aktivitas Batam Brick Works dibawah Raja Ali Kelana berakhir ketika ia memutuskan untuk menjual persahaan itu kepada seorang pengusaha Cina di Singapura pemilik Sam Bee Brick Works, satu tahun menjelang pemakzulan Sultan Abdulraman dan Tengku besar kerajaan Riau-Lingga pada tanggal 10 Februari 1911.

Sumber: Website Pemerintah Kota Batam
Tulisan : Aswandi Syahri

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Setelah pemakzulan Sultan Abdulraman dan Tengku besar Umar daripada Kerajaan Riau-Lingga pada 10 Februari 1911, Sultan Abdurrahman, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam, Raja Muhammad Tahir serta lainnya bersama sama keluarga masing masing telah meninggalkan Riau dan belayar ke Singapura. Sultan Abdurrahman bersama keluarga dan kerabat terdekat Baginda belayar dari Pulau Penyengat keSingapura dengan menaiki kapal Baginda yang bernama ‘Seri Daik’.

Sultan Abdurrahman Muazam Syah, Sultan Riau Lingga terakhir.

Tengku Besar Umar Ibni Sultan Abdurrahman Muazam Syah Riau Lingga
 Semasa Sultan Abdurrahman yang berada di Singapura, baginda telah membuat Kenyataan Akhbar di akhbar Singapura, The Straits Times pada 15 February 1911 mengenai perlucutan jawatan Baginda sebagai Sultan Kerajaan Riau Lingga, yang lakukan secara tidak adil kerana tuduhan yang dibuat oleh pehak Pemerintah Belanda mengenai pakatan Baginda dengan pehak lain yang mahu membangkan serta memerangi Pemerintah Belanda adalah tidak benar. Sultan Abdurrahman juga menyatakan bahawa helah pehak Belanda mahu mencalon cucunda Baginda yang berusia 10 tahun (Tengku Mahmud Bin Tengku Umar) sebagai Sultan, hanyalah satu muslihat untuk membolehkan pihak Pemerintah Belanda menguasai dan memindahkan seluruh kuasa keatas mereka bagi membolehkan mereka menguasi sepenuh nya pendapatan dan keuntungan yang diperolehi daripada cukai, perlombongan dan lain nya milik Kerajaan Riau Lingga.

Sultan Abdurrahman dan para Menteri Baginda seperti Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam dan lainnya juga merancang di Singapura untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun untuk mengambil Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda. Usaha usaha mengumpul dana pun dilakukan bagi menjayakan rancangan tersebut. Dalam pada itu, Pemerintah Belanda di Riau Lingga Kingdom telah membuat pengumuman untuk memberitahu Sultan Abdurrahman serta kerabat kerabat DiRaja yang berada di Singapura bahawa Pemerintah Belanda akan merampas segala harta harta mereka di Pulau Penyengat dan di Riau Lingga sekiranya mereka tidak kembali dan menguruskan harta harta mereka. Apabila Sultan Abdurrahman mendengar perkara ini, Baginda pun mengarahkan orang orang yang berada di Pulau Penyengat untuk membuka dan memusnahkan Istana Istana dan bangunan bangunan yang lain yang dimiliki oleh Sultan dan keluarga Binda serta kerabat kerabat DiRaja lain nya. Baginda juga mengarahkan menanam tanah tanah yang kosong di Pulau Penyengat – Riau dan di Daik - Lingga, yang mungkin akan dirampas oleh Pemerintah Belanda.

Apabila usaha Sultan Abdurrahman dan lain lain nya untuk mengumpul dana yang mencukupi, mereka pun menghantar Raja Khalid Hitam ke Jepun pada tahun 1911 untuk mendapatkan bantuan daripada Maharaja Jepun. Mereka juga menghantar Raja Ali Kelana ke Turki untuk mendapatkan bantuan daripada Sultan Empayer Othmania. Malangnya kedua dua usaha untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun itu tidak berjaya. Raja Khalid Hitam yang dihantar ke Jepun pada keli kedua pada tahun 1913, telah mangkat di Jepun sebelum berjaya bertemu dengan Maharaja Jepun. Dipercayai bahawa Raja Khalid Hitam telah mati diracun semasa berada di Jepun. Dengan itu harapan untuk pulang dan mengambil kembali Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda menjadi musnah.

Kemudian pada tahun 1913 itu juga, Pemerintah Belanda pun membubarkan Kerajaan Riau Lingga serta sistem pemerintahnya dan menggantikan dengan sistem Pentadbiran Pemerintah Belanda dan mengangkat orang orang Riau yang setia kepada mereka untuk menjadi pegawai pegawai mereka.
Sultan Abdurrahman bersama keluarga serta kerabat kerabat terdekat Baginda terus tinggal di Singapura.

Raja Muhammad Tahir Bin Raja Abdullah mangkat pada tahun 1918.

Raja Ali Kelana dan keluarga nya telah berpindah ke Johor dan telah dilantik sebagai Syaikhul Islam Johor oleh Sultan Ibrahim dan memegang jawatan tersebut selama sekitar 13 years. Raja Ali Kelana mangkat dirumah nya Johor Bahru pada 4 December 1927.

Sultan Abdurrahman yang menetap di Singapura selama sekitar 29 tahun sejak datang dari Riau pada tahun 1911, telah mangkat dirumahnya di Singapura pada 28 December 1930.

Tengku Besar Umar dan keluarga nya telah berpindah ke Terengganu dan telah mangkat di Kuala Terengganu pada tahun 1939.

Friday, May 22, 2020

Pending Emas kurun ke-19 milik Yang DiPertuan Muda Riau, Sultan Muhammad Yusof

Pending Emas kurun ke-19 milik Yang DiPertuan Muda Riau, Sultan Muhammad Yusof, kini menjadi salah satu koleksi bahan sejarah Taman Warisan Melayu (TWM) Singapura. Pending tersebut diperolehi pada harga S$16,625 setiap satu dari salah seorang waris Sultan Hussain Shah, sultan terakhir Singapura. Dua pending itu, yang merupakan sejenis perhiasan emas berkerawang yang dipakai di dada atau pinggang itu direka khas dengan corak Melayu Johor-Riau-Lingga yang mempunyai unsur-unsur geometri Islam dan dihiasi dengan batu-batu permata, seperti berlian dan delima.

Pending emas diraja tersebut akan dijadikan bahan koleksi bernilai tinggi TWM kerana pending-pending tersebut mempunyai unsur-unsur warisan Melayu Singapura.

Kedua-duanya sekarang disimpan di TWM tetapi tidak dipamerkan buat masa ini kerana akan menjadi sebagian daripada koleksi baru TWM yang bakal berwajah baru kelak.

Menjelang November ini TWM akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja peningkatan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB).

Menurut kurator muzium TWM, Encik Khalid Shukur Bakri, TWM mengetahui tentang dua pending itu daripada seorang waris ketujuh Sultan Hussain, Tengku Mohammad Shawal Tengku Abdul Aziz.

'Kededua pending ini amat istimewa kerana ia merupakan satu-satunya artifak keluarga diraja Singapura yang ada di TWM dan artifak paling berharga milik TWM.

'Setahu saya masih ada beberapa barang berharga lain yang dimiliki keturunan kerabat Sultan Hussain, seperti mohor beliau.

'Mungkin barangan itu semua terlalu berharga bagi mereka oleh itu mereka keberatan memberinya kepada kami,' kata Encik Khalid, 47 tahun.

Bahkan, sejauh ini TWM tidak mempunyai sebarang gambar Sultan Hussain.

Kerabat tertua yang difotokan ialah cucu Sultan Hussain, Tengku Alauddin Mansur Shah, atau Tengku Alam, yang sekarang bermakam di pekarangan Masjid Sultan.

Menurut Encik Khalid, satu daripada pending itu dimiliki Tengku Daik, iaitu daripada keturunan ketiga Sultan Hussain, manakala satu lagi milik Raja Mohammed Yusuf daripada kesultanan Riau, yang mempunyai talian melalui perkahwinan dengan kerabat Sultan Hussain.

Encik Khalid berkata pending itu digunakan kerabat diraja semasa menghadiri majlis-majlis kebesaran.

'Ketika itu, penjajah British sering menggunakan kepala tali pinggang khas semasa menghadiri majlis untuk membezakan diri mereka.

'Kerabat diraja menggunakan pending-pending ini bagi tujuan serupa,' kata Encik Khalid.

sumber: Berita Harian Singapura.

Wednesday, April 1, 2020

Pulau Penyengat Dideklarasikan sebagai Warisan Budaya Dunia Jumat, 06 Februari 2015



Batam (Antara Kepri) - Lembaga Adat Melayu (LAM) mendeklarasikan Pulau Penyengat yang berada di Kota Tanjungpinang, Provinsi Kepulauan Riau (Kepri) sebagai warisan budaya dunia.

Pendeklarasian dilaksanakan bertepatan dengan Konvensi Bahasa yang digelar rangka memperingari Hari Pers Nasional (HPN) 2015 di Pulau Penyengat, Jumat.

"Pulau Penyengat menyimpan sejarah kejayaan Kerajaan Riau-Lingga. Di sini salah satu pusat perkembangan budaya melayu," kata Ketua LAM Kepri Abdul Razak saat memberi kata sambutan.
Abdul Razak didampingi Sekda Kepri Robert Iwan Loriaux, Ketua PWI Pusat Margiono, Ketua Dewan Pers Bagir Manan serta perwakilan dari UNESCO dan pakar bahasa membacakan deklarasi Pulau Penyengat sebagai warisan budaya melayu.

Pendeklarasian Pulau Penyengat sebagai warisan dunia ini ditandai dengan tanda tangan oleh ketua PWI Pusat Margiono, Dewan Pers Bagir Manan, perwakilan UNESCO, Ketua LAM Kepri Abdul Razak.
Kemudian berkas yang telah ditandatangani tersebut diserahkan Abdul Razak kepada Ketua PWI Pusat untuk selanjutnya diserahkan kepada Gubernur Kepri HM Sani.

Gubernur Kepri HM Sani dalam beberapa kesempatan mengatakan Pulau Penyengat tidak hanya sebagai pusat sejarah melayu, melainkan Bahasa Melayu yang merupakan cikal bakal Bahasa Indonesia dilahirkan.
"Bung Hatta, Wakil Presiden RI yang pertama menyatakan Bahasa Indonesia berasal dari salah satu pulau kecil di Kepri yakni Pulau Penyengat," katanya.

Kepri juga memiliki dua pahlawan nasional yakni Raja Haji Fisabilillah dan Raja Ali Haji.
"Saya bangga menjadi orang Kepri. Masyarakat Kepri juga selayaknya bangga, dua pahlawan nasional lahir di Kepri," katanya.

Sekda Kepri Robert Iwan mengatakan Pulau Penyengat saat ini sudah menjadi salah satu destinasi budaya unggulan nasional. Berbagai situs sejarah ada di pulau mungil tersebut.
"Dan bahkan beberapa situs melayu di Pulau Penyengat ada yang tersimpan di berbagai belahan dunia. Mewujudkan pulau ini menjadi destinasi unggukan memang tidak mudah," katanya.
Robert mengatakan sekarang pulau ini telah menjadi destinasi religius unggulan. Selain mensyukurinya, masyarakat perlu menjaga dan melestarikan situs sejarah yang masih ada di Pulau Penyengat.
"Apalagi sejak hari ini Penyengat telah resmi dideklarasikan sebagai salah satu warisan budaya Dunia. Semoga membawa dampak yang lebih baik bagi Indonesia dan Kepri khususnya," kata Robert.
Robert juga menyebutkan jika Penyengat dan dua negara tetangga, Singapura dan Malaysia masih memiliki hubungan sejarah kemelayuan. Bahkan ada sebuah peninggalan sejarah Melayu di Singapura yang kemudian diberi nama Malay Heritage.

"Di sana terdapat banyak peninggalan sejarah melayu, dan uniknya semua yang ada di sana, juga ada di Pulau Penyengat," katanya.

Sememtara itu, Ketua PWI Pusat Margiono sendiri dalam sambutannya merasa bangga bisa hadir di Pulau Penyengat. Apalagi kehadirannya disambut dengan meriah dan luar biasa dari tuan rumah.
"Saya berterima kasih atas sambutan yang luar biasa ini. Saya hanya berharap, semoga acara yang luar biasa ini akan membawa berkah bagi kita semua dan bagi tuan rumah tentunya," kata Margiono.

Sebelum pendeklarasian Penyengat sebagai warisan budaya dunia, terlebih dahulu dilakukan rangkaian kegiatan seperti Konvensi Bahasa di Gedung Daerah dan meninjau warisan budaya yang berada di Sungai Carang. (Antara)

Oleh: Niko Panama

Friday, March 13, 2020

Sultan Yang DiPertuan Besar Dan Sultan Yang DiPertuan Muda Kerajaan Riau - Lingga Kingdom (Bahagian Ke 2)

Sultan Abdurrahman Muazam Syah
Sultan Abdurrahman Muazam Syah Ibni Sultan Muhammad Yusuf ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar Kerajaan Riau Lingga pada tahun 1885. Baginda mewarisi tahta Kerajaan daripada moyang saudara Baginda, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibni Sultan Muhammad Syah yang mangkat pada tahun 1883. Sekitar 2 tahun sebelum Sultan Abdurrahman Muazam Syah mengambil alih jawatan Sultan dan Yang DiPertuan Besar, bonda Baginda iaitu Tengku Embung Fatimah Binti Sultan Mahmud Syah yang merupakan cucunda saudara Sultan Sulaiman badrul Alam Syah, memegang jawatan tersebut untuk sementara, sebelum menyerahkan nya kepada anakanda nya. Sultan Abdurrahman kekal menetap di Istana Baginda di Daik –Lingga dan sama seperti Yang DiPertuan Besar sebelumnya, tugas Baginda hanyalah melaksanakan upacara adat istiadat bila diperlukan. Sementara tugas pentadbiran harian Kerajaan Riau Lingga dilaksanakan oleh ayahanda Baginda, Sultan Muhammad Yusuf, Yang DiPertuan Muda.
Raja Ali Kelana
Dalam pada masa itu juga, seorang anakanda Sultan Muhammad Yusuf iaitu Raja Ali, telah dilantik menjadi Kelana, yang merupakan jawatan Penolong Yang DiPertuan Muda, yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Almarhun Raja Muhammad Ibni Almarhum Raja Abdullah, sepupu Sultan Muhammad Yusuf.
Jawatan Raja Ali Kelana sama penting nya dengan jawatan Yang DiPertuan Muda, dimana beliau di kehendaki untuk pergi kemerata tempat di daerah Kerajaan Riau Lingga serta jajahan takluknya untuk memastikan undang undang dan peraturan dilaksanakan. Raja Ali memegang jawatan Kelana (Penolong Yang DiPertuan Muda) selama sekitar 15 dan sepatutnya akan mengambil alih jawatan Yang DiPertuan Muda pada masa akan datang. 

Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga selama sekitar 40 tahun dari tahun 1858 hingga tahun 1899. Baginda memainkan peranan penting didalam membangunkan dan mententeramkan Kerajaan Riau Lingga.Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga Kingdom daripada pusat pemerintah Kerajaan yang terletak di Pulau Penyengat di Riau. Pada tahun 1899 Sultan Muhammad Yusuf mangkat di Istana Baginda di Daik - Lingga,
 

Setelah kemangkatan Sultan Muhammad Yusuf, anakanda Baginda, Raja Ali Kelana yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Muda yang baru, tidak ditabalkan kerana dihalang oleh Pemerintah Belanda (Netherlands India Government). Sebaliknya mereka memaksa dan mengarahkan Sultan Abdurrahman untuk sekali gus memegang jawatan tersebut agar Baginda mempunyai kuasa penuh untuk memerintah Kerajaan Riau Lingga dan tidak hanya menjalankan tugas upacara adat istiadat sahaja seperti sebelumnya. Pada waktu itu, segala penabalan bagi jawatan Sultan dan Yang DiPertuan Besar atau Sultan dan Yang DiPertuan Muda mestilah dipersetujui oleh wakil Pemerintah Belanda iaitu Resident Riau yang ditempatkan diTanjung Pinang – Riau. Sultan Abdurrahman tidak mempunyai pilihan kecuali menyetujui kehendak Pemerintah Belanda tersebut dan memegang kedua dua jawatan Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda. Baginda kemudian melantik Raja Ali Kelana sebagai salah seorang Menteri dan Penasihat Kerajaan.   

Setelah Sultan Abdurrahman memegang kedua dua jawatan Sultan Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda pada tahun, Baginda pun pindah dan menetap di Istana di Pulau Penyengat - Riau dan memerintah Kerajaan Riau Lingga dari Pulau Penyengat mulai tahun 1900. Setelag itu Baginda jarang pergi ke Daik-Lingga kecuali apabila menghadiri upacara adat istiadat seperti ‘mandi safar’ dan sebagainya.

Pada tahun 1900 dan seterusnya, Resident Riau yang mewakili Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) menekan Sultan Abdurrahman untuk mengikuti arahan mereka mengenai cara memerintah Kerajaan Riau Lingga untuk kepentingan mereka dengan menekan dan menyuruh Sultan Abdurrahman untuk menandatangani surat perjanjian yang dikenali sebagai political contracts. Pada 18 May 1905, sekali lagi Resident Riau menekan dan menyuruh Sultan Abdurrahman untuk menandatangani lagi surat perjanjian political contracts yang mana ianya sangat merugikan pihak Sultan, didalam surat perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa ianya menjadi kewajiban Kerajaan the Riau Lingga untuk menggantung bendera Pemerintah Belanda lebih tinggi daripada bendera Kerajaan Riau Lingga. Didalam surat perjanjian tersebut juga menyatakan bahawa jika suatu masa tiada Sultan, maka Resident Riau yang di Tanjung Pinang akan mengambil alih kuasa Sultan untuk memerintah Kerajaan Riau Lingga. Sultan Abdurrahman yang tiada pilihan lain terpaksa menandatangani surat perjanjian political contract tersebut. 

Tengku Umar Ibni Sultan Abdurrahman
Walaupun Sultan Abdurrahman telah menandatangani surat perjanjian political contract tersebut tetapi Baginda tidak lah menuruti sepenuhnya perkara perkara yang tersebut itu, terutamanya mengenai posisi pengantungan bendera Pemerintah Belanda. Selain tidak menuriti peraturan mengenai perkara bendera tersebut selama beberapa tahun,  Sultan Abdurrahman juga telah membenarkan anakanda Baginda, Tengku Besar Umar (Putera Mahkota) untuk memulakan pasukan sukarela keselamatan, iaitu seperti Askar DiRaja Kerajaan Riau Lingga di Pulau Penyengat. Perkara tersebut dilihat oleh pihak Pemerintah Belanda sebagai satu ancaman yang dibuat oleh Sultan dan Tengku Besar Umar terhadap kuasa Penjajah mereka. Mereka mula memberi amaran kepada Sultan untuk menuruti arahan seperti yang telah ditetapkan didalam surat perjanjian political contract iaitu mengenai arahan mengenai bendera dan juga larangan untuk menubuhkan pasukan sukarela keselamatan yang tidak dibenarkan oleh Resident Riau, tapi perkara tersebut tidak di indahkan oleh Sultan Abdurrahman.

Residen Riau yang marah dengan ke enganan Sultan untuk menuruti arahan mereka, telah membuat lagi satu surat perjanjian political contract dan kemudian nya menekan dan menyuruh Sultan Abdurrahman untuk menandatangani surat perjanjian tersebut pada 1910. Dinyatakan bahawa, pada mulanya Resident Riau telah datang ke Istana Sultan Abdurrahman dan membacakan cadangan surat perjanjian Political Contract itu kepada Sultan Abdurrahman dan jemaah Menteri Baginda, yang mana mereka semua setuju dengan cadangan surat perjanjian yang dibacakan itu. Walau bagaimanapun sewaktu Resident Riau menjemput Sultan Abdurrahman untuk datang ke Tanjung Pinang untuk menandatangani surat perjanjian Political Contract tersebut, Sultan Abdurrahman dapati bahawa Resident Riau telah menyerahkan pada Baginda surat perjanjian Political Contract yang lain daripada apa yang pertama kali yang dibacakan kepada Baginda dan para jemaah Menteri dan Penasihat Kerajaan Baginda dahulu. Sultan Abdurrahman pun pulang tanpa menandatangani surat perjanjian Political Contract itu dan meminta Resident Riau untuk mengirimkan surat perjanjian tersebut ke Istana Baginda supaya dapat bermesyuarat dahulu dengan jemaah Menteri dan Penasihat Kerajaan Baginda.  

Resident Riau bagaimanapun tidak mengirimkan surat perjanjian Political Contract seperti yang diminta oleh Sultan Abdurrahman, sebalik nya ia menjadikan perkara itu sebagai masalah serius yang ditimbulkan oleh Sultan Abdurrahman. Pada 9 February 2011Resident Riau menghantar tiga kapal perang dengan membawa ratusan askar Belanda ke Pulau Penyengat. Setibanya di Pulau Penyengat Island, askar askar Belanda tersebut mengepung Istana Sultan, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana dan lain nya dan juga mengepung tempat tempat penting lain nya di Pulau Penyengat. Pada masa itu, Sultan Abdurrahman, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana dan keluarga mereka serta kerabat yang lain berada di Daik -Lingga bagi menghadari upacara adat ‘mandi Safar’ at Daik – Lingga. Pada waktu juga, Sultan Abdurrahman turut bertugas untuk menyiasat satu kes bunuh in Daik, Askar askar Belanda telah memecahkan gudang benzine Sultan serta dua bangunan yang lain untuk mencari senjata api dan peluru tapi tidak menjumpai nya. Kemudian nya datang pula Resident Riau yang bernama C. F. De Bruinkops ke Pulau Penyengat dan mengumumkan bahawa Sultan Abdurrahman telah diturunkan daripada jawatan nya sebagai Sultan dan begitu juga dengan Tengku Besar Umar yang diturunkan dari jawatan nya sebagai Tengku Besar Kerajaan Riau Lingga berkuat kuasa serta merta. Alasan yang diberikan oleh Resident Riau ialah kerana Sultan Abdurrahman dan Tengku Besar Umar tidak menuruti arahan arahan yang telah dipersetujui didalan surat perjanjian Political Contract yang telah dipersetujui bertarikh 18 May 1905, walaupun telah diberi amaran beberapa kali. 

Pekerjaan pihak Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) menurunkan Sultan dari jawatan nya dalam Kerajaan Riau Lingga ini bukanlah pertama kali dilakukan, sebabnya pada 1857 Pemerintah Belanda juga telah menurunkan Sultan Mahmud Syah ibni Sultan Muhammad Syah dari jawatan nya sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Besar Kerajaan Riau Lingga. Baginda ini adalah merupakan moyang kepada Sultan Abdurrahman. Alasan Baginda diturunkan daripada jawatan nya adalah kerana Pemerintah Belanda menganggap bahawa Baginda tidak menjalankan tugas nya dengan betul serta tidak mahu melaksanakan penabalan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Muda yang baru setelah kemangkatan kekanda nya iaitu Yang DiPertuan Muda Raja Ali Ibni Raja Jaafar. Pada masa itu tiada perjanjian political contract sebegini, maka setelah diturunkan Sultan Mahmud Syah dari jawatan nya, Resident Riau pun menabalkan Sultan Sulaiman badrul Alam Syah Ibni Sultan Muhammad Muazam Syah (ayahanda saudara kepada Sultan Mahmud Syah) sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Besar yang baru setelah mendapat persetujuan daripada Kerabat DiRaja Kerajaan Riau Lingga. Setelah itu Sultan Sulaiman pun menabalkan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Muda of Riau Lingga. 

Malang nya keadaan pada masa itu sudah berlainan kerana adanya surat perjanjian Political Contract yang telah ditandatangani pada 18 May 1905, yang ada menyebutkan bahawa jika tiada Sultan, maka Resident Riau akan mengambil kuasa Sultan untuk memerintah Kerajaan Riau Lingga. Pada masa itu Resident Riau tidak memerintahkan untuk menangkap sesiapa, cuma beliau memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak mahu menurut perintah tersebut akan diberikan hukuman yang setimpal.  

  
Sultan Abdurrahman, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana dan lainnya yang dalam perjalan pulang ke Pulau Penyengat telah mendengar berita tersebut. Maka setibanya di Pulau Penyengat, Baginda dan lainnya pun mula berkemas untuk mengambil barang barang peribadi mereka semua dan kemudiannya belayar ke Singapura. Sultan Abdurrahman bersama keluarga dan kerabat terdekat Baginda belayar dari Pulau Penyengat keSingapura dengan menaiki kapal Baginda yang bernama ‘Seri Daik’. 
Raja Haji Ali Bin Raja Haji Muhammad
Beberapa hari setelah itu, Resident Riau itu pun memanggil kesemua ahli ahli majlis DiRaja Kerajaan Riau Lingga yang terdiri daripada para Amir, Datuk Kaya dan Mufti untuk bermesyuarat dan juga untuk bertanya mengenai kesetiaan mereka kepada Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) yang telah mengambil alih kuasa Kerajaan Riau Lingga itu, tetapi tidak semua yang hadir itu bersetuju dengan Pemerintah Balanda dan mahu bekerjasama dengan nya. Tidak lama selepas itu makin ramai lagi kerabat kerabat terdekat Sultan Abdurrahman serta lain nya pun berpindah dari Riau Lingga menuju ke Singapore. 

Salah seorang daripada sepupu Sultan Abdurrahman dan juga merupakan bekas Penasihat Kerajaannya iaitu Raja Ali Ibni Raja Muhammad Ibni Raja Abdullah, telah memaikan peranan penting untuk membantu kerabat kerabat DiRaja Riau Lingga untuk berpindah dari Riau ke Singapura. Raja Haji Ali merupakan seorang peniaga dan juga merupakan Ketua Syarikat Ahmadi & Co, Midai, yang telah ditubuhkan menerusi pemilikan saham kebanyakkan nya dimiliki oleh keluarga DiRaja Riau Lingga. Syarikat tersebut ditubuhkan di Pulau Midai - Riau pada tahun 1906 dengan mendapat kebenaran daripada Sultan Abdurrahman. Syarikat tersebut melakukan perniagaan dengan membawa barang barang jualan diantara Riau dan Singapore menggunakan kapalnya sendiri yang bernama ‘Karang’.  
Dala pada itu, Sultan Abdurrahman yang berada di Singapura telah membuat Kenyataan Akhbar di akhbar Singapura, The Straits Times pada 15 February 1911 mengenai perlucutan jawatan Baginda sebagai Sultan Kerajaan Riau Lingga, yang lakukan secara tidak adil kerana tuduhan yang dibuat oleh pehak Pemerintah Belanda mengenai pakatan Baginda dengan pehak lain yang mahu membangkan serta memerangi Pemerintah Belanda adalah tidak benar. Sultan Abdurrahman juga menyatakan bahawa pencalon cucunda Baginda (Tengku Ibrahim Ibni Tengku Umar) yang berusia 10 tahun sebagai Sultan, adalah satu muslihat untuk membolehkan pihak Pemerintah Belanda untuk menguasai dan memindahkan seluruh kuasa keatas mereka begi membolehkan mereka menguasi sepenuh nya pendapatan dan keuntungan yang diperolehi daripada cukai, perlombongan dan lain nya, yang merupakan sebab sebenar mengapa Baginda dilucutkan daripada jawatan Sultan Kerajaan Riau Lingga. 

Sultan Abdurrahman dan para Menteri Baginda seperti Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam dan lainnya juga merancang di Singapura untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun  untuk mengambil Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda. Usaha usaha mengumpul dana pun dilakukan bagi menjayakan rancangan tersebut. Dalam pada itu, Pemerintah Belanda di Riau Lingga Kingdom telah membuat pengumuman untuk memberitahu Sultan Abdurrahman serta kerabat kerabat DiRaja yang berada di Singapura bahawa Pemerintah Belanda akan merampas segala harta harta mereka di Pulau Penyengat dan di Riau Lingga sekiranya mereka tidak kembali dan menguruskan harta harta mereka. Apabila Sultan Abdurrahman mendengar perkara ini, Baginda pun mengarahkan orang orang yang berada di Pulau Penyengat untuk membuka dan memusnahkan Istana Istana dan bangunan bangunan yang lain yang dimiliki oleh Sultan  dan keluarga Binda serta kerabat kerabat DiRaja lain nya. Baginda juga mengarahkan menanam tanah tanah yang kosong di Pulau Penyengat – Riau dan di Daik - Lingga, yang mungkin akan dirampas oleh Pemerintah Belanda.
Apabila usaha Sultan Abdurrahman dan lain lain nya untuk mengumpul dana yang mencukupi, mereka pun menghantar Raja Khalid Hitam ke Jepun pada tahun 1911 untuk mendapatkan bantuan daripada Maharaja Jepun. Mereka juga menghantar Raja Ali Kelana ke Turki untuk mendapatkan bantuan daripada Sultan Empayer Othmania. Malangnya kedua dua usaha untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun itu tidak berjaya. Raja Khalid Hitam yang dihantar ke Jepun pada keli kedua pada tahun 1913, telah mangkat di Jepun sebelum berjaya bertemu dengan Maharaja Jepun. Dipercayai bahawa Raja Khalid Hitam telah mati diracun semasa berada di Jepun. Dengan itu harapan untuk pulang dan mengambil kembali Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda menjadi musnah.
Kemudian pada tahun 1913 itu juga, Pemerintah Belanda pun membubarkan Kerajaan Riau Lingga serta sistem pemerintahnya dan menggantikan dengan sistem Pentadbiran Pemerintah Belanda dan mengangkat orang orang Riau yang setia kepada mereka untuk menjadi pegawai pegawai mereka.
Sultan Abdurrahman bersama keluarga serta kerabat kerabat terdekat Baginda terus tinggal di Singapura. Raja Ali Kelana dan keluarga nya telah berpindah ke Johor dan telah dilantik sebagai Syaikhul Islam Johor oleh Sultan Ibrahim dan memegang jawatan tersebut selama sekitar 13 years. Raja Ali Kelana mangkat dirumah nya Johor Bahru pada 4 December 1927. 

Sultan Abdurrahman yang menetap di Singapura selama sekitar 29 tahun sejak datang dari Riau pada tahun 1911, telah mangkat dirumahnya di Singapura pada 28 December 1930.