Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Wednesday, March 11, 2020

Sultan Yang DiPertuan Besar Dan Sultan Yang DiPertuan Muda Kerajaan Riau - Lingga



Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah

Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah menaiki tahta Kerajaan Riau Lingga sebagai Sultan & Yang DiPertuan Besar pada tahun 1857 setelah Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) menurunkan anakanda saudaranya iaitu Sultan Mahmud Muzafar Syah Ibni Sultan Muhammad Muazam Syah daripada tahta Kerajaan Riau Lingga kerana tidak menjalankan tugasnya serta tidak mahu menuruti nasihat Pemerintah Belanda dan juga tidak menjalankan tugasnya untuk menabalkan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan & Yang DiPertuan Muda setelah kemangkatan kekandanya Yang DiPertuan Muda Raja Ali Ibni Raja Jaafar.

Setelah Sultan Sulaiman badrul Alam Syah ditabalkan sebagai Sultan &Yang DiPertuan Besar Kerajaan Riau Lingga, Baginda pun menabalkan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan & Yang DiPertuan Muda in 1857

Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar memegang jawatan Sultan & Yang DiPertuan Muda sekitar setahun sahaja. Pada tahun 1858, Baginda membuat Surat Wasiat dan menamakan anakanda saudaranya, Raja Muhammad Yusuf Ibni Raja Ali untuk mengambil alih jawatan Sultan & Yang DiPertuan Muda sekiranya apa apa terjadi pada dirinya. Pada masa itu anakanda Baginda, Raja Muhammad Ibni Raja Abdullah sedang belajar di Mekkah. Tidak lama setelah itu Baginda pun mangkat di Istana Baginda di Pulau Penyengat.

Sultan Muhammad Yusuf

Sultan Muhammad Yusuf ibni Raja Ali ibni Raja Jaafar menaiki tahta Kerajaan sebagai Sultan & Yang DiPertuan Muda setelah kemangkatan ayahanda saudaranya, Yang DiPertuan Muda Raja Abdullah ibni Raja Jaafar pada tahun 1858. Sultan Muhammad Yusuf merupakan salah seorang ulama sufi Thariqat Naqsyabandiyah, yang telah pergi ke Mekkah dan mendapatkan Ijazah daripada Mazhari Shaykh, Syed Muhammad Salih al-Zawawi. 

Walaupun Sultan Sulaiman badrul Alam Syah dan Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga pada waktu yang sama tetapi tugas dan tanggungjawab kedua duanya adalah tidak sama. Sultan Muhammad Yusuf selaku Yang DiPertuan Muda memegang penuh tanggungjawab melaksana tugas tugas pentadbiran Kerajaan Riau Lingga daripada tanggungjawab Ketenteraan, Keselamatan, Undang Undang, Ekonomi, Hubungan Luar dan Dalam Negeri, hinggalah tanggungjawab pada urusan Kemasyarakatan, Hal Ehwal Islam dan Keluarga. Manakala Sultan Sulaiman selaku Yang DiPertuan Besar cuma bertanggungjawab terhadap upacara tradisional sahaja yang diaturkan oleh Sultan Yang DiPertuan Muda. 

Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga daripada pusat Pentadbiran Kerajaan yang terletak di Pulau Penyengat di Riau. Disana juga merupakan tempat kediaman Keluarga DiRaja Bugis/Malay kerabat Yang DiPertuan Muda dan kerabat yang rapat dengan mereka. Sultan Muhammad Yusuf juga telah beristerikan Tengku Embung Fatimah Binti Sultan Mahmud Syah, yang merupakan cucuanda saudara kepada Sultan Sulaiman badrul Alam Syah, Yang DiPertuan Besar daripada pehak Keluarga DiRaja Melayu yang menetap di Daik –Lingga.

Sultan Muhammad Yusuf kerap berulang alik antara Pulau Penyengat di Riau dan Daik-Lingga didalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku Yang DiPertuan Muda dan dalam masa yang sama, Baginda juga mempunyai Istana di Daik – Lingga untuk Baginda serta isteri, Tengku Embung Fatimah dan anakanda anakanda mereka, Raja Abdurrahman, Raja Abdullah and Raja Halimah (Tengku Bilik).

Sultan Abdurrahman Muazam Syah


Pada tahun 1885, anakanda Sultan Muhammad Yusuf iaitu Raja Abdurrahman telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Besar Kerajaan Riau Lingga. Baginda menaiki tahta Kerajaan menggantikan ninda saudara baginda, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibni Sultan Muhammad Syah yang mangkat pada tahun 1883. Dua tahun sebelum Sultan Abdurrahman Muazam Syah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Besar, bonda baginda, Tengku Embung Fatimah Binti Sultan Mahmud Syah, yang merupakan cucunda saudara Sultan Sulaiman badrul Alam Syah, telah memegang jawatan tersebut buat sementara sebelum menyerahkan kepada anakanda nya. Sultan Abdurrahman menetap di Istana Baginda di Daik –Lingga dan sama seperti Yang DiPertuan Besar sebelumnya, tanggungjawab Baginda hanyalah menjalankan upacara tradisional apabila diperlukan. Sementara tanggungjawab harian Pentadbiran Kerajaan Riau Lingga dilaksanakan oleh ayahanda Baginda,
Raja Ali Kelana
Sultan Muhammad Yusuf, Yang DiPertuan Muda. Pada masa itu juga, seorang lagi anakanda Sultan Muhammad Yusuf yang bernama Raja Ali telah dilantik sebagai Kelana iaitu jawatan Penolong Yang DiPertuan Muda, beliau mengambil alih jawatan Kelana setelah mengkatnya Raja Muhammad Ibni Raja Abdullah yang merupakan sepupu Sultan Muhhamad Yusuf.

Tugas Raja Ali Kelana sama penting nya dengan tugas Yang DiPertuan Muda dimana beliau dikehandaki untuk berkeliling sekitar Kerajaan Riau Lingga dan jajahan takluknya untuk memastikan undang undang dan peraturan dilaksanakan. Raja Ali memegang jawatan Kelana (Penolong Yang DiPertuan Muda) sekitar 15 tahun dan sepatutnay mengambil alih jawatan Yang DiPertuan Muda pada masa akan datang. 


Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga selama sekitar 40 tahun, pada tahun 1858 hingga tahun 1899. Baginda telah memainkan peranan penting didalam membangunkan dan mengekalkan kestabilan Kerajaan Riau Lingga, Sultan Muhammad Yusuf kekal menjalankan tugas mentadbir Kerajaan Riau Lingga daripada pusat Pentadbiran Kerajaan di Pulau Penyengat- Riau. Pada tahun 1899 Sultan Muhammad Yusuf mangkat diIstana Baginda di Daik- Lingga.  

Wednesday, November 20, 2019

Kenyataan Akhbar Sultan Abdur Rahman, Sultan Riau Lingga Terakhir pada 15hb Februari 1911...

Kenyataan Akhbar Sultan Abdur Rahman, Sultan Riau Lingga Terakhir yang diterbitkan didalam akhbar The Straits Times Singapore pada 15hb Februari 1911...



Raja Terakhir Kerajaan Riau - Lingga : Berita Harian Singapura, Sabtu 10 Disember 2011

KERAJAAN Riau-Lingga telah lama pupus ditelan sejarah tetapi darah keturunan raja masih pekat dalam jiwa Tengku Abdul Rahman Tengku Mohamed Yusoff.

Namun, pesara tentera berpangkat staf sarjan dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu tidak pernah menggembar-gemburkan.

Bukan saja sahabat handai, malah ramai jiran tetangganya di estet perumahan Jurong West, tidak menyedari Tengku Abdul Rahman, 76 tahun, sepatutnya ditabalkan sebagai raja jika kesultanan Riau-Lingga masih wujud.
Ini kerana berdasarkan salasilah, beliau adalah raja terakhir kerajaan yang telah lama tinggal nama dan digulung dalam lipatan sejarah.

Kerajaan Riau-Lingga merupakan serpihan kerajaan Melayu Melaka yang berpindah-randah ke Johor dan akhirnya ke Kepulauan Riau selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam 1511.

Kerajaan tersebut merangkumi Johor, Singapura dan Pahang sekitar abad ke-16 hingga ke-19.

Namun, percaturan politik antara dua kuasa penjajah - Inggeris dan Belanda - berakhir dengan satu perjanjian yang ditandatangani di London dalam 1824.

Perjanjian itu menetapkan kawasan selatan laluan Selat Melaka diserahkan kepada Belanda dan bahagian utaranya termasuk Singapura dikuasai Inggeris.

Perjanjian itu disifatkan seperti pedang yang memutuskan kekuasaan orang Melayu. Riau menjadi daerah kekuasaan Belanda. Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu dikuasai Inggeris.

Di sebalik darah raja yang mengalir dalam tubuh dan jiwanya, Tengku Abdul Rahman kelihatan seperti warga emas yang lain dan meniti kehidupan seperti orang biasa.

Flat HDB empat bilik yang didiami di Blok 425 Jurong West Avenue 1 juga sama seperti flat-flat warga biasa.

'Tiada apa yang nak saya banggakan. Arwah ayah saya pernah menyatakan bahawa kalau kerajaan Riau-Lingga masih wujud, ikut urutannya saya yang berhak memegang takhtanya.

'Tetapi, kesultanan keturunan saya telah luput dan hanya tinggal sejarah. Saya sendiri pun tak simpan dokumen turun-temurun kesultanan dan tidak tahu mana nak cari. Saya tak kisah sangat dan tak ada apa yang nak dibanggakan. Tetapi, dari segi salasilah, nama saya tetap ada dalam urutan kesultanan,' tambah ayah tujuh anak, 13 cucu dan tiga cicit itu.

Beliau adalah cicit Yang Dipertuan Muda ke-10 Riau- Lingga, Raja Mohamed Yusoff Ibni Raja Ali. Kesultanan Riau- Lingga adalah kerajaan Islam yang berpusat di Kepulauan Lingga yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor.

Kesultanan itu dibentuk berdasarkan perjanjian antara kerajaan Britain dengan Belanda pada 1824 dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah sebagai sultan pertamanya.

Namun, Kesultanan tersebut dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.

Dalam zaman kegemilangannya, Kesultanan tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa Melayu.

Tokoh besar di balik perkembangan pesat bahasa Melayu ketika itu ialah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan sejarawan keturunan Melayu- Bugis.

Tengku Abdul Rahman berkata beliau hanya ada sekeping pinggan yang pernah digunakan di Istana sebagai kenangan.

'Saya dah tak ada apa-apa harta dan simpan sebarang peninggalan sejarah. Datuk saya dan ramai keluarga lari dari Pulau Penyengat tanpa membawa apa-apa apabila Belanda mengambil alih kuasa,' katanya.

Bagi beliau, rentetan sejarah itu kini hanya tinggal dalam kenangan dan zaman kegemilangan kerajaan itu tidak mungkin kembali lagi.
Sumber: Berita Harian Singapura - oleh Saini Salleh

Monday, November 18, 2019

Majlis silaturrahmi sempena Hari Raya Idul Adha anjuran bersama Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam

Majlis silaturrahmi sempena Hari Raya Idul Adha anjuran bersama Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam dengan Masparimbunis (Keturunan Raja Ali Dan Raja Chik) dari Melaka, yang diadakan di Tanjung Bemban, Batu Besar - Batam, pada 05 Oktober 2014.

Raja Muda, Raja Abdul Ghani SE Ibni Raja Mualim dari Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam sedang memberikan ucapan...

Persembahan syair

Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu, Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka sedang memberikan ucapan...

Wakil WaliKota Batam (Datuk Lela Bahari) Bapak Rudy, SE. MM. sedang memberikan ucapan...

Acara bertukar tukar cenderahati: Dari Kiri: Raja Muhamad Amin(berbaju biru) selaku pengerusi majlis, Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka, Tengku Shawal Tengku Aziz (berbaju coklat) dari Singapura, Raja Muda - Raja Ghani (berbaju putih) dan Perdana Dalam- Raja Kamarulzaman (berbaju Biru gelap) dari Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam, berserta pembantu2 (penari penari Tari Persembahan)..
Penyerahan cenderahati daripada Raja Muda - Raja Ghani (berbaju putih) kepada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka.

Penyerahan cenderahati daripada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka kepada Wakil Walikota Batam Bapak Rudy

Penyerahan cenderahati daripada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka kepada Anggota Dewan Kota Batam

Penyerahan cenderahati daripada Datuk Hj Abd Rahim B. Hj Abu (berbaju ungu) Timbalan YDP Masparimbunis dari Melaka kepada Tengku Shawal Tengku Aziz dari Singapura..

Majlis di teruskan dengan persembahan nyanyian dan hiburkan selepas sholat Zuhur dan santap siang bersama...

Bergambar bersama diantara zuriat dan kerabat daripada Batam / Indonesia, Melaka / Malaysia dan Singapura pada Majlis silaturrahmi sempena Hari Raya Idul Adha anjuran bersama Perhimpunan Agung Zuriat dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Kota Batam dengan Masparimbunis (Keturunan Raja Ali Dan Raja Chik) dari Melaka, yang diadakan di Tanjung Bemban, Batu Besar - Batam, pada 05 Oktober 2014.

Sunday, December 23, 2018

Pelancaran Tiga Buku Karya Agung Raja Ali Haji Hasil Usaha Pemerintah Kota Batam Dengan Yayasan Karyawan Malaysia

Pelancaran tiga buku karya agung Raja Ali Haji iaitu Tuhfat Al Nafis, Bustanul Katibin dan Kitab Pengatahuan Bahasa telah diadakan di Planet Holiday Hotel & Residence Batam pada 16 Disember 2013 oleh Walikota Batam, Drs. H. Ahmad Dahlan bersama Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia, Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Gambar dari kiri ke kanan: Megat Nazri- Pengerusi Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia, Walikota Batam- Drs. H. Ahmad Dahlan, Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia- Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Ketua Lembaga Adat Melayu Batam- Drs. Nyat Kadir dan Pengubah Lagu Terkenal dari Malaysia- Pak Ngah.

Dalam sambutanya, Walikota Batam, Drs. H. Ahmad Dahlan mengatakan bahawa pelancaran tiga buku karya agung Raja Ali Haji tersebut merupakan hasil usaha diantara Pemerintah Kota Batam dengan Yayasan Karyawan Malaysia. Tujuannya agar karya karya Raja Ali Haji tidak saja dikenal diMalaysia, tetapi juga dapat dikenali oleh Masyarakat Batam dan Indonesia seluruhnya. Ini kerana jasa besar Raja Ali Haji didalam mertabatkan Bahasa Melayu di Asia Tenggara ini, khususnya di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam sudah banyak dilupakan orang, khususnya Masyarakat Melayu yang hidup di Indonesia. Semoga dengan pelancaran kembali tiga buku karya agung Raja Ali Haji tersebut dapat membangkitkan kembali kesedaran mengenai jasa besar beliau disamping menjadikan teladan didalam membangun Indonesia yang lebih baik.


Dalam ucapanya, Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengatakan bahawa penerbitan semula karya agung Raja Ali Haji tersebut adalah salah satu upaya untuk menghimpunkan kembali karya karya Raja Ali Haji dan menyajikan kepada generasi muda Melayu. Ini kerana ramai sekali genarasi muda Melayu yang tidak kenal lagi dengan Raja Ali Haji. Selain usaha penerbitan semula karya karya Raja Ali Haji, pihak Yayasan Karyawan Malaysia juga bertekad untuk terus menerbit semula naskah nsakah Melayu Kuno yang kini ada ribuan naskah yang tersimpan di museum museum luar negeri, seperti di Belanda dan Inggris.



 


Thursday, December 20, 2018

Sambutan Hari Jadi Batam Ke-184 Tahun Pada 18 Disember 2013

Sambutan Hari Jadi Batam ke 184 tahun telah diadakan pada hari Rabu 18 Disember 2013. Ini merupakan sambutan Hari Jadi Batam yang ke lima kali dibuat sejak julung julung kalinya diadakan pada hari Jumat 18hb Disember 2009. Majlis sambutan Peringatan Hari Jadi Batam dimulai dengan Sidang Pripurna Istimewa di DPRD Kota Batam bermula pada sekitar jam 10 pagi dan selesai sekitar jam 11 pagi. Semua yang hadir mengenakan pakaian Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok bagi lelaki dan wanita memakai Baju Kurung. Pada acara Sambutan Hari Jadi Batam siang hari ini dipimpin oleh Wali Kota Batam, Rudi,SE,MM mewakili Wali Kota Batam, Ahmad Dahlan yang berada diJakarta untuk menerima pingat daripada Presiden pada siang hari. Pada persidangan tersebut, turut diadakan upacara memotong Pulut Kuning.
Wakil Walikota, Rudi sedang memotong Pulut Kunung dengan diperhatikan olehKetua DPRD Kota Batam, Surya Sardi (ditengah)
ketua DPRD Kota BAtam, Surya Sardi
 Majlis kemuadian dilanjut sekitar jam 12 tengahari di Masjid baru At Taqwa Nongsa untuk shalat Zohor berjemaah dan pembacaan Tahlil serta doa bersama. 
Masjid baru At Taqwa Nongsa
Raja Muhammad Amin selaku pengacara Majlis sedang memberi kata kata sambutan

Wakil Walikota Batam, Rudi,SE.MM, sedang memberikan ucapan

Raja Abdul Ghani, zuriat Nong Isa dan juga merupakan Raja Muda bagi Perhimpunan Agung Zuriat Dan Kerabat Kerajaan Riau Lingga - Batam, sedang memberikan ucapan
 Setelah jamuan makan tengahari di perkarangan masjid, majlis dilanjutkan dengan ziarah ke makan Zuriat Nong Isa atau nama sebenar nya Raja Isa Ibni Raja Ali, Yang DiPertuan Muda Riau ke5. Komplek Makam Zuriat Nong Isa terletak lebih kurang 150 metre daripada Masjid At Taqwa, komplek makam tersebut terletak diatas bukit yang mempunyai sekitar 58 anak tangga. Di makam Zuriat Nong Isa tersebut, Wakil Wali Kota Batam, H.Rudi,SE,MM memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar, kemudiannya diikuti pula oleh Ketua Lembaga Adat Melayu (LAM) Batam, H. Nyat Kadir yang merupaka mantan Walikota Batam, kemudian nya di lanjutkan oleh Raja Abdul Ghani, zuriat Nong Isa dan akhir sekali oleh kerabat dari Singapura, Raja Muhammad Khalid. Acara Ziarah makam selesai sekitar 3.00 petang.
Wakil Wali Kota Batam, H.Rudi,SE,MM memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar

Ketua Lembaga Adat Melayu (LAM) Batam, H. Nyat Kadir  memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar
Raja Abdul Ghani, zuriat Nong Isa  memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar
Raja Muhammad Khalid, kerabat dari Singapura sedang  memasangkan kain pengikat batu nisan serta menabur bunga dan ayer mawar

Anugerah Batam Madani

Para Penerima Anugrah Batam Madani bergambar bersama dengan Walikota Batam, Ahmad Dahlan, Wakil Walikota, Rudi dan Ketua DPRD Kota Batam, Surya Sardi
 Pada malam harinya, Majlis makan malam dan Anugerah Batam Madani diadakan di Ballroom Hotel Harmoni One pada jam 7 malam. Pada acara ini Pemerintah Kota (Pemko) Batam memberikan piagam Anugerah Batam Madani kepada sejumlah sembilan orang tokoh yang berjasa membangunkan  Batam dari dulu hinggalah sekarang ini. Diantara tokoh pemimpin di zaman Kerajaan Riau Lingga yang mendapat anugrah kali ini ialah Temengung Abdul Jamal. Salah seorang zuriat Nong Isa iaity Raja Zahar juga turut menerima pingat Anugerah Batam Madani pada malam itu atas usahanya selama ini melestarikan sejarah diBatam. Sebelum ini tokoh pemimpin di zaman Kerajaan Riau Lingga yang mendapat anugrah Anugerah Batam Madani tahun 2012 ia lah Raja Ali Kelana. Kesemua penerima Anugrah ini masing-masing menerima selempang dan pin emas serta piagam Anugrah.


Penyanyi Ashyanti dari Jakarta sedang buat persembahan

Penyanyi Ashyanti sedang menyanyi bersama isteri Walikota Batam.

Bergambar bersama dari kiri kekanan: Raja Muhammad Amin dari Batam, Raja Muhammad Khalid, Raja Mohamed Said dari Singapura dan Megat Nazri dari Malaysia.

Bergambar bersama dari kiri kekanan: Isteri Ketua DPRD, Isteri Wakil Walikota, Isteri Walikota, Isteri Raja Mohamed Said, Raja Mohamed Said, Walikota Batam, Ahmad Dahlan, Megat Nazri dan Raja Muhammad Khalid.

Pada Acara Malam Anugrah Batam Madani ini, majlis diserikan dengan persembahan Budaya Melayu dari Batam dan juga yang didatang kan dari Malaysia, Singapura, Brunei dan juga dari Selatan Thailand. Selain itu juga, seorang penyanyi terkenal dari Jakarta, Ashyanti juga turut diundang untuk membuat persembahan bagi menyerikan lagi majlis tersebut.

Majlis Anugerah Batam Madani selesai sekitar jam 11 malam.