Pada tahun 1722 itu juga, tidak
berapa lama setelah habis perang kedua untuk mengambil Riau, Opu Daeng
Perani berserta saudara saudaranya pun bermesyuarat lah dengan Raja
Sulaiman, Tun Abbas, Temenggung dan Raja Indera Bungsu sekelian. Adapun
maksud Opu Daeng Perani berserta saudara saudaranya ialah untuk
menabalkan Raja Sulaiman menjadi Sultan Kerajaan Johor dengan seluruh
takluk daerahnya menggantikan almarhum ayahandanya, Sultan Abdul jalil
yang mangkat di Kuala Pahang. Bagaimanapun tersangkut pula aral kerana
semua alat alat kebesaran Kerajaan Johor seperti cogan sireh besar,
semberab (kelengkapan sirih DiRaja), pedang kerajaan dan lainnya seperti
Lela Majnun dan keris panjang serta lain nya berada didalam simpanan
Raja Kecik tatkala ia bernobat didalam Riau dahulu. Raja Sulaiman pun
memintalah bantuan kepada Opu Daeng Perani berserta saudara saudaranya
untuk membantu mengambil kembali alat alat kebesaran Kerajaan Johor
daripada Raja Kecik di Siak. Lalu dibuat lah perjanjian seperti yang di
sebut didalam kitab Salasilah Melayu dan Bugis tulisan Raja Ali Haji
seperti berikut:-
Opu Daeng Perani pun berkata, “Adapun yang
seperti permintaan Raja Sulaiman kepada sahaya semua itu sahaya
terimalah. Akan tetapi, hendaklah kita semua ini berjanji dahulu betul
betul”. Maka jawab Raja Sulaiman, “Baiklah dan khabarkanlah oleh Opu Opu
boleh sahaya dengar”. Syahadan berkata pula Opu Daeng Parani, “Adapun
jika jaya pekerjaan sahaya semua ini sekali lagi pergi melanggar Siak
itu maka sebelah Raja Sulaiman menjadi Yamtuan Besar sampailah kepada
turun temurunnya dan sebelah sahaya semua menjadi Yamtuan Muda sampailah
kepada turun temurunnya juga, tiada boleh yang lain. Maka boleh dipileh
sahaja sahaya yang lima beradek ini mana mana jua yang disukai orang
banyak maka dianya itulah yang jadi Yamtuan Muda, tiada boleh tiada. Dan
lagi pula Yamtuan Besar jadi seperti perempuan sahaja, jika diberinya
makan baharu makan ia. Dan Yamtuan Muda jadi seperti laki laki, dan jika
ada satu satu hal atau apa apa juga bicara melainkan apa kata Yamtuan
Muda. Syahadan sekelian perjanjian kita mana mana yang tersebut itu
tiada boleh diubah lagi, maka boleh kita semua pakai sampai kepada anak
cucu cicit turun temurun kita kekal selama lamanya”. Maka jawab Raja
Sulaiman, “Baiklah”.
Apabila telah selesai daripada mesyuarat
itu, Opu Daeng Perani berserta saudara saudaranya pun menyiapkan
kelengkapan perangnya untuk pergi mengambil alat alat kebesaran Kerajaan
Johor daripada Raja Kecik di Siak, seperti yang di sebut didalam kitab
Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Maka Kelana Jaya Putera serta
saudaranya pun berangkatlah dengan beberapa kelengkapan pergi ke Siak.
Maka apabila sampai ke Siak, lalu mudik ke Buantan. Maka apabila sampai
ke Buantan itu lalu Opu Opu itu menyuruh kepada Raja Kecik minta alat
kebesaran itu. Maka tiadalah Raja Kecik mau memulangkan. Maka marahlah
Kelana Jaya Putera, maka lalu disuruhnya langgar negeri Siak itu. Maka
berperang besarlah Minangkabau dengan Bugis.
Adapun Bugis
berniaga didalam Siak itu masuklah ia menyebelah Kelana Jaya Putera,
mangkin ramailah perangnya sebelah menyebelah. Maka tiada beberapa
lamanya perang itu, maka Buantan pun alahlah. Maka Raja Kecik lari ke
hulu dengan orang orangnya. Maka diikuti oleh Bugis hingga pada suatu
tempat yang bernama Sinapalan. Maka naiklah Raja Kecik kedarat dan Bugis
pun naik pula. Maka berperanglah pula disitu beramuk amukan. Maka
terkepunglah Raja Kecik hampir hampir tewas. Maka tatkala itu minta
amanlah ia serta memulangkan segala semberab Kerajaan Raja Sulaiman itu.
Syahadan kata sahibul hikayat apabila sudah dipulangkan oleh Raja Kecik
akan segala semberab alat Kerajaan Johor itu, maka Kelana Jaya Putera
dengan segala saudaranya itu pun berangkatlah balik ke Riau. Apabila
sampai ke Riau, disambutlah oleh Raja Sulaiman dengan Tun Abbas,
Temenggung dan orang orang besarnya akan Opu Opu itu, dengan beberapa
kemuliaan, dan peti kerajaan itupun diarak orang oranglah dibawa naik
kebalairung seri, lalu disimpan didalam istana Raja Sulaiman.
Maka tiada berapa lamanya, maka Kelana Jaya Putera serta segala
saudaranya serta segala menteri hulubalangnya berkehendaklah
menggantikan Raja Sulaiman itu akan kerajaan paduka ayahanda baginda
Sultan Abdul Jalil, yang mangkat di Kuala Pahang itu. Maka dilantiknya
Raja Sulaiman bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Maka
berhimpunlah segala Bugis dan Melayu pada masa Opu Opu melantik Raja
Sulaiman itu, betapa adat Raja besar berlantik. Ada yang berteriak
mentauliahkan Kerajaan itu, iaitu Kelana Jaya Putera, padahal ialah
berteriak sambil berdiri serta menghunus halamangnya katanya, “Barang
tahu kiranya segala anak Bugis dan Melayu, maka adalah hari ini Raja
Sulaiman bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah menjadi Raja Yang
DiPertuan Besar memerintahkan negeri Johor dan Riau dan Pahang dengan
segala takluk daerahnya!”. Maka menjawablah segala khayalak daripada
orang besar besar dan kecil kecil katanya, “Daulat, bertambah daulat”.
Kemudian baharulah disuruh bentara memanggil segala Raja Raja dan orang
besar besar menjunjung duli seperti adat istiadat Raja Raja dan orang
besar besar menjunjung duli pada hari bertabal adanya. Setelah
selesailah maka baharulah berjamu sekelian orang yang didalam negeri
Riau.
Maka apabila selesai Opu Opu itu daripada melantik Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah itu, maka bermuafakatlah pula Sultan Sulaiman
dengan Tun Abbas akan membalas jasa Opu Opu Raja Bugis itu. Maka minta
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah akan Opu Opu itu, “Janganlah balik ke
Bugis dahulu mintanyalah salah seorang daripada Opu Opu yang lima
beradik itu menjadi Yang DIpertuan Muda memerintahkan Kerajaan Riau dan
Johor dan Pahang dengan segala takluk daerahnya”.
Maka
menjawablah Opu Daeng Parani, “Seperti saya semua adik beradik sama saja
siapa siapa saja yang patut kepada hati baginda Sultan Sulaiman saya
terimalah, akan tetapi yang saya seorang, tiada saya mau menjadi Raja
kerana saya ini yang tua sekali, tiada lain hanyalah mencari ketetapan
saudara saya yang berempat ini”. Maka menjawab pula Opu Daeng Menambun,
“Saya ini tiada sanggup menjadi Yang DiPertuan Muda di tanah barat ini,
kerana saya sudah berjanji dengan Sultan Matan akan memeliharakan negeri
Mempawah, tiadalah saya mau mengecilkan hati mertua saya itu”. Maka
menjawablah Opu Daeng Cellak, “Saya ini selagi ada abang saya ini, iaitu
Kelana Jaya Putera, tiada saya mau menjadi Yang DiPertuan Muda”. Maka
menjawab Opu Daeng Kemasi, “Adapun saya ini tiada berhajat menjadi Yang
DiPertuan Muda di tanah barat kerana jauh amat dengan Bugis, bersalahan
jikalau seperti di Matan dan Sambas itu mana mana kemuafakatan abang
abang saya lah”. Menjawab pula Kelana Jaya Putera, “Adapun saya jikalau
bercerai dengan saudara saudara saya, tiada saya mau menjadi Yang
DiPertuan Muda ditanah barat ini”. Demikianlah kata sekelian Opu Opu
itu.
Syahadan kata sahibul hikayat apabila Sultan Sulaiman
mendengar perkataan segala Opu Opu itu, maka diamlah ia sejurus dan
segala orang besar besar pun diamlah semuanya senyap sepi, tiada berkata
kata dan berpandang pandangan sama sendirinya serta susah memikirkannya
seolah oleh tiada berjalan maksud Sultan Sulaiman itu.
Syahadan
berkata pula Daeng Menampuk dengan bahasa Bugis, “Janganlah kiranya
paduka anakanda sekelian hampakan maksud Sultan Sulaiman itu, tiadalah
sedap dihampakan, kerana yang kita pun mengangkat serta membesarkan akan
dia, adapun titahnya atas paduka anakanda sekelian pastilah berlaku”.
Maka berkata pula Opu Daeng Parani, “Seperti maksud paduka adinda itu
tiada mau bercerai dengan kekanda dan adinda sekelian, maka iaitu
pekerjaan mudah juga. Apabila paduka adinda memegang pekerjaan ditanah
barat ini, tiadalah kekanda semua tinggalkan sebelum lagi ketetapan dan
keteguhan jabatan paduka adinda, istimewa pula masa ini kita di dalam
pergaduhan sehari hari. Di manakan dapat kekanda sekelian dapat bercerai
dengan adinda?” Maka bertitah pula Sultan Sulaiman, “Adapun seperti
adinda ini jikalau ditinggalkan sewaktu ini, adinda pun tiada sanggup
menjadi Raja. Adapun kekanda sekelian sebagaimana kedudukan kekanda dan
adinda semua di Bugis, begitu jugalah kedudukan disini”. Maka Daeng
Menampuk pun berkata, “Anakanda Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi
ini, kemudian kelak apabila selesai daripada pekerjaan kita, bolehlah
balik ke Matan dan ke Sambas, kerana ketetapan disana ada dan seperti
Opu Daeng Cellak janganlah bercerai cerai dengan anakanda Kelana Jaya
Putera”. Maka bertitah pula Sultan Sulaiman, “Adapun seperti anakanda
Opu Daeng Cellak ini, adalah niat anakanda hendak sudahkan saudara
anakanda hendak dijadikan dengan saudara anakanda yang bernama Tengku
Mandak”.
Syahadan kata sahibul hikayat apabila sudahlah selesai
bermusyawarah Sultan Sulaiman dengan Kelana Jaya Putera serta Opu Opu
sekelian, maka putuslah Kelana Jaya Putera menjadi Yang DiPertuan Muda
dan Opu Daeng Cellak pun telah tentulah didudukkan dengan Tengku Mandak.
Syahadan apabila sudah bersatulah faham segala Raja Raja itu, maka
Sultan Sulaiman pun memulai pekerjaan melantik Yang DiPertuan Muda serta
menikahkan Opu Daeng Cellak.
Syahadan apabila sampai waktu yang
baik maka Sultan Sulaiman pun melantiklah Kelana Jaya Putera menjadi
Yang DiPertuan Muda, memerintahkan Kerajaan Johor dan Pahang dan Riau
dengan segala takluk daerahnya atas perintahan yang mutlak. Maka
kelakuan melantik itu betapa adat istiadat melantik Yang DiPertuan Muda
iaitu dipakaikan pakaian Kerajaan, diarak berkeliling negeri.
Kemudian baharulah naik keatas balai. Maka mengaruklah Yang DiPertuan
Muda dihadapan, Yang DiPertuan Besar, demikian bunyi aruk itu jika
diMelayukan daripada bahasa Bugis, “Yakinlah Sultan Sulaiman Badrul Alam
Syah, akulah Yang DiPertuan Muda yang memerintahkan Kerajaan mu. Barang
yang tiada suka engkau membujur dihadapan mu aku lintangkan, dan barang
yang tiada suka melintang dihadapan mu aku bujurkan. Barang yang semak
berduri dihadapan mu, aku cucikan”. Demikianlah bunyi aruk itu. Maka
apabila selesai daripada mengaruk itu, maka baharulah orang orang ramai
mengaruk kepada Yang DiPertuan Muda. Kemudian baharulah naik ke istana
santap nasi hadap hadapan. Setelah selesai daripada itu maka habislah
pekerjaan Yang DiPertuan Muda itu.
Kemudian baharulah menikahkan
Opu Daeng Cellak itu dengan saudara Sultan Sulaiman yang bernama Tengku
Mandak betapa adat istiadat Raja besar besar bernikah kahwin, daripada
pekerjaan berletak hinainya dan beraraknya dan bersanding sandingnya dan
mandi mandinya. Kemudian baharulah berdamai ia laki isteri berkasih
kasihan adanya.
Syahadan kata sahibul hikayat Opu Daeng Cellak
inilah Raja Bugis yang baik parasnya dengan sikapnya dan pahlawan
rupanya. Syahadan apabila selesai nikah Tengku Mandak itu, maka Daeng
Menampuk pula dinikahkan oleh Sultan Sulaiman dengan bonda saudaranya
bernama Tun Tipah. Adapun Daeng Massuro dinikahkan dengan Tun Kecik
sepupu baginda Sultan Sulaiman. Adapun Daeng Mangngatuk dinikahkan
dengan Tun Inah sepupu baginda Sultan Sulaiman itu juga, iaitu puteri
Marhum Muda yang mangkat di Kayu Anak.
Sebermula adapun Yang
DiPertuan Muda Kelana Jaya Putera pergilah ia ke Perapat Seratus dengan
suruh Sultan Sulaiman mengambil Tun Encik Ayu janda Mahrum Mangkat
DiJulang yang belum setiduran dengan dia, kerana Tun Encik Ayu lagi
kecil dibuatnya isteri, jadi tiadalah sempat diperisterinya. Syahadan
apabila sampailah Yang DiPertuan Muda itu ke Perapat Seratus lalulah
dibuatnya isteri Tun Encik Ayu itu, maka dibawanya balik keRiau".
Jadilah ia isteri yang khas kepada Yang DiPertuan Muda Opu Daeng
Merewah, yang bergelar Sultan Alauddin Syah Ibni Upu, seperti yang
tertulis pada cap mohornya itu.
Tidak berapa lama kemudian Sultan
Sulaiman pun melantik kekanda baginda Tun Abbas menjadi Bendahara Johor
- Riau dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Manakala Daeng Menampuk
pula di gelar oleh Yang DiPertuan Muda dan Sultan Sulaiman dengan
gelaran Raja Tua iaitu jawatan dibawah Yang DiPertuan Muda.
Pada
masa bulan Oktober tahun 1722 ini jugalah, satu perjanjian sumpah setia
diantara pehak orang orang Bugis di Riau yang diketuai oleh Yang
DiPertuan Muda Opu Daeng Merewah dengan pehak orang orang Melayu yang
diketuai oleh Sultan Sulaiman telah dibuat, dengan bersumpah bersaksikan
Al Quran, mengakui bersaudara dan bertolong tolongan antara kedua belah
pehak serta syarat syarat dalam persetiaan seperti yang telah
dipersetujui oleh kedua belah pehak sebelum ini untuk mematuhinya.
(bersambung ke bahagian ke tujuh...)
Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU
Sunday, November 15, 2015
Tuesday, November 10, 2015
5. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 bahagian ke lima...
Pada masa Raja Raja Bugis lima
bersaudara berada di Selangor untuk menambah kelengkapan perang serta
tentera bugisnya, telah berlaku peristiwa penganiayaan Penghulu Linggi
terhadap nelayan nelayan Bugis yang memasang belat untuk menangkap ikan
di Kuala Linggi (di dearah Negeri Sembilan) apabila ia mengarahkan orang
orang suruhannya pergi kesana untuk memungut hasilnya. Tetapi tidak
diberinya oleh nelayan nelayan Bugis sebab katanya kerja nya menangkap
itu bukan di dalam Linggi tetapi di laut, jadi kalau ada rezekinya
dapatlah ikan dan kalau tidak ada, tidaklah dapat. Lalu baliklah orang
orang suruhan itu memberitahu kepada Penghulunya dan marahlah Penghulu
Linggi serta memerintahkan beberapa lagi orang orangnya untuk pergi
menangkap nelayan nelayan Bugis itu. Maka terjadilah perkelahian serta
bertikam tikaman dan cedera luka lah beberapa orang, lalu berundurlah
orang orang Linggi itu pergi meminta bantuan lagi kepada Penghulunya.
Apabila nelayan nelayan Bugis melihat orang orang Linggi itu telah
balik,maka mereka pun balik ke Selangor.
Tidak lama kemudian ramai lagilah orang orang Penghulu Linggi itu datang dan apabila dilihatnya nelayan nelayan Bugis itu sudah tiada, dan yang tinggal hanyalah belat menangkap ikan, lalu diambilnya lah belat itu dibawa kepada Penghulu Linggi. Lalu ia pun menyuruh orang orang mencencang cencang belat nelayan nelayan Bugis itu dan di suruhnya menghantar ke Selangor kepada Opu Daeng Merewah dan saudara saudaranya. Apabila sampai orang orang suruhan Penghulu Linggi serta dengan belat yang telah dicencang cencang itu, maka marahlah Raja Raja Bugis lima bersaudara kerana bongkaknya Penghulu Linggi itu. Apabila telah balik orang orang suruhannya itu, Penghulu Linggi pun berkerahlah anak anak buahnya untuk membuat kubu, kerana pada masa itu Linggi adalah dibawah jajahan Raja Kecik.
Adapun Opu Daeng Merewah serta saudara saudaranya dan menteri menterinya apabila telah siap segala kelengkapan perangnya, maka berangkatlah ke Linggi, seperti yang di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Apabila sampai ke Linggi lalulah masuk ke dalam Sungai Linggi sambil disuruhnya amuk kubu kubu itu, dengan sebentar itu juga kubu kubu itu didapatnya. Setelah Penghulu itu melihat hal yang demikian itu, maka lalu ia berkata kepada segala anak buahnya, “Ini pekerjaan bukanlah lawan kita, baiklah kita minta aman dahulu kepada Raja Bugis itu, kita memberitahu Raja kita dahulu, iaitu Raja Kecik. Jikalau kita lawan begini hari baik masa kita menang, jikalau kita kalah bukankah menjadi ketanggungan kepada kita semuanya”. Syahadan setelah anak buahnya mendengar kata Penghulu itu, maka membenarkanlah sekeliannya. Maka lalu ia menyuruh minta aman kepada Opu Opu itu menantikan hendak memberitahu Raja Kecik ke Riau. Setelah Opu Opu itu mendengar permintaan Penghulu itu maka ia pun tertawa titahnya, “Pergilah panggil lekas lekas tuan mu Raja Kecik itu”.
Syahadan menyuruhlah Penghulu Linggi itu membawa surat kepada Raja Kecik memohonkan ampun dan perbantuan. “Jikalau tidak segera datang bantuan bertuankan Bugislah patik semua ini”. Syahadan apabila Raja Kecik mendengar surat Penghulu Linggi itu, maka ia pun segera menyiapkan alat kelengkapannya akan pergi melanggar Linggi itu. Maka apabila sampai ke Linggi lalulah berperang dengan Opu Kelana Jaya Putera. Adalah pekerjaan perangnya itu Raja Kecik menyuruhkan orangnya sediakan sampan memang memang takut dipintas oleh Bugis dari pemingganganya, akan tetapi perahu Raja Kecik semuanya berpendarat menghadapkan haluannya kepada perahu Bugis, dan perahu perahu Bugis dan sampan sampannya tiada bertambat tatkala sampan sampan Raja Kecik dilawan Bugis dengan sampannya. Kemudian sampan Bugis pun undur pelahan lahan diikuti oleh Minangkabau disangkanya Bugis tewas. Apabila sampan sampan Bugis dekat perahu Besarnya, maka ia pun berselindung dibelakang perahu besarnya. Maka perahu besar yang melawan sampan itu sebab ia tiada berpendarat lalu dibedilnya dengan meriam dan lela, serta peluru penaburnya. Syahadan apabila perahu besar Raja Kecik melihat sampan sampannya berlawan dengan perahu besar Bugis itu, lalu dibedilnya dengan meriam. Maka kenalah kawannya sendiri, sebab ia tengah tengah habislah binasa sampan sampan Raja Kecik itu, serta beberapa banyak mati panglima panglimanya dan orang orangnya. Maka tewaslah Raja Kecik perang hari ini.
Syahadan bermula adalah pada sekali perangnya Kelana Jaya Putera mengaturkan perangnya berbahagi dua, yang dua puluh gurab itu berperang sambil undur ke kuala rupa rupa tewas, dikerjakan oleh Bugis Bugis itu waktu hampir malam. Yang sepuluh buah dibahagi dua, enam buah melanggar dan mengamuk kubu Linggi, dan yang empat buah itu menanti hari malam. Adapun Opu Opu itu setengah didalam gurab yang dua puluh buah itu, setengah tinggal menantikan Raja Kecik mengikut ke kuala. Adapun Raja Kecik berperang dengan gurab yang dua puluh itu berperang sambil undur hingga malam. Maka apabila malam, maka gurab itupun selalu belayar keluar kuala lalu ke Riau dan perahu Bugis yang tinggal tinggal itu pun, mengamuklah kubu Linggi, lalulah dapat kerana Raja Kecik sudah turun ke perahunya.
Apabila malam hari, gurab yang sepuluh buah itupun hilir ke kuala hendak melanggar Raja Kecik dari belakang. Adapun Raja Kecik apabila mendengar bedil, maka segeralah hendak mudik, belum sempat memalingkan perahunya sudah dibedil oleh gurab yang sepuluh buah itu. Maka tiadalah sempat berpaling lagi dibedil Bugis dari belakang. Maka banyaklah rosak kelengkapan Raja Kecik, maka mengapitlah ia kepada kubunya. Maka kubu itupun membedil pula, sebab kubu Linggi itu sudah didapat oleh Bugis. Maka Raja Kecik pun terkejut, lalu disangkanya Penghulu Linggi sudah belot sebelah Bugis. Maka ia pun berdayung ke kuala sambil dibedil Bugis dari belakang, dengan sorak tempiknya seraya katanya, “Tuan kami Opu sudah ke Riau mengambil Riau”.
Setelah Raja Kecik mendengar Bugis sudah ke Riau itu, maka ia pun keluarlah dari Linggi belayar kelaut. Maka apabila sampai ke laut maka musyawarahlah ia dengan datuk datuknya demikian katanya, “Baik mengikut ke Riau akan Opu Opu itu, atau balik ke Siak menambah nambah kuasa lagi?’. Maka menjawablah menterinya, “Jikalau Tuanku ke Riau, Opu Opu itu tentu tiba dahulu masuk ke dalam Riau, apabila Tuanku melanggar dia, jika ia sesak, tentu diamuknya anak isteri Tuanku. Apa gunanya lagi, meskipun kita menang sekalipun anak isteri kita sudah habis? Seperkara lagi tentu Opu Opu itu sudah muafakat dengan paduka adinda Raja Sulaiman, mangkin bertambahlah kuatnya dan banyak kelengkapannya. Dan angkatan yang kita lawan selangkan satu pasukan angkatan Bugis sahaja, beberapa kali kita yang terpesa, apa lagi dua pasukannya itu?’.
Syahadan kata sahibul hikayat, setelah Raja Kecik mendengar ikhtiar sembah datuk datuk itu maka benarlah pada hatinya, maka lalu ia belayar ke Siak. Maka apabila sampai ke Bukit Batu maka Bandar Bukit Batu pun larilah ke Ketapung Kanan sebab ia takut akan Raja Kecik membalas perbuatannya, tatkala ia menjadi nakhoda belayar ke Melaka, iaitu dihukumkannya dua puluh rial. Syahadan adapun Raja Kecik masuklah kedalam Siak, lalu ia membuat negeri dan membuat kubu di Buantan serta mengatur penjajab, takutkan kalau Opu Opu itu datang melanggar. Syahadan kata setengah kaul, Raja Kecik menyuruh beberapa kelengkapan menyobok ke Riau.
Maka pada ketika itu Opu Opu itu sudah mengaturkan juak juak empat puluh orang, iaitu orang baik, diberinya sebuah sampan seorang disuruhnya berjaga sepanjang laut itu malam malam, disuruhnya hidupkan api tiap tiap sampan itu ada dengan gendang serunainya dari Lobam sampai Terkulai, dari Terkulai sampai Penyengat. Maka apabila suruhan Raja Kecik melihat hal yang demikian itu, maka ia pun baliklah ke Siak menyembahkan kepada Raja Kecik didalam Riau terlalu banyak penjajab sampai berkeliaran sepanjang laut itu ada kira kira empat puluh buah. Apabila Raja Kecik mendengar khabar yang demikian itu, diamlah ia.
Syahadan kata kaul orang tua tua, adalah Bugis empat puluh juak juak Opu Opu itu, iaitu bangsa Daeng semuanya daripada anak orang baik baik di Bugis konon. Syahadan kebanyakkan segala orang orang berbangsa peranakan Bugis Riau dan Selangor daripada bangsa Bugis yang empat puluh itulah. Syahadan adapun Opu Opu itu apabila tiba ke Riau maka berjumpalah ia dengan Raja Sulaiman di laut Riau serta beberapa kelengkapan, maka lalulah ia masuk keRiau bersama sama. Maka dapatlah Riau itu yang kedua kalinya kepada tangan Raja Bugis.
Sebermula apabila telah dilihat Penghulu Linggi kelengkapan Raja Kecik telah lari ke Siak, maka ia pun tunduklah kepada Bugis, maka dapatlah Linggi itu kepada tangan Opu Opu itu. Maka lalu bersetia dan berjanji Penghulu Linggi dengan Raja Bugis tiada hendak menderhaka kepada Raja Bugis dan tiada khianat selama lamanya kepada Opu Opu itu hingga hari yang di belakang, demikianlah cerita orang tua tua.
Syahadan pada perang inilah konon diperbuat orang orang Riau pantun:
Utik utik ikan bambangan
Minyak ketiau di hujung galah
Raja Kecik silakan pulang
Linggi di serang Riau yang alah
Syahadan kata setengah pantun:
Terketai ketai anak sembilang
Budak merayau dengan galah
Raja Kecik silakan pulang
Linggi diserang Riau yang alah.”
(bersambung ke bahagian ke enam...)

Monday, November 9, 2015
4. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 bahagian ke empat...
Pada tahun 1721, Raja Sulaiman
yang berada diRiau semakin bertambah tambah marahnya kepada Raja Kecik
yang telah merampas Kerajaan Johor serta menyebabkan kemangkatan
almarhum ayanandanya Sultan Abdul Jalil di Kuala Pahang, telah
mengadakan mesyuarat dengan kekandanya Tun Abbas (anakanda almarhum
sebelum menjadi Sultan), hendak meminta bantuan daripada Raja Raja Bugis
lima bersaudara bagi mengambil kembali Kerajaan Johor-Riau daripada
Raja Kecik. Setelah bermesyuarat, Raja Sulaiman pun menulis surat
menceritakan perihal ayahandanya yang telah mangkat di Kuala Pahang
serta penderitaan mereka adik beradik selama dibawah perintah Raja
Kecik. Surat itu kemudiannya diberikan kepada pembantu kepercayaannya
untuk membawa surat itu dan mencari dimana mana negeri pun Raja Raja
Bugis lima bersaudara itu berada untuk diserahkan surat itu. Akhirnya ,
ia mendapat khabar yang menyatakan bahawa Raja Raja Bugis lima
bersaudara itu berada di Matan (Kalimantan), lalu ia pun belayar ke
Matan dan menyerahkan surat Raja Sulaiman itu kepada Opu Daeng Parani.
Apabila dibaca surat Raja Sulaiman itu, Opu Daeng Parani pun menjadi
marah, lalu ditunjukkan kepada Opu Daeng Merewah (bergelar Kelana Jaya
Putera) serta saudara saudaranya yang lain, seperti yang di sebut
didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Maka berbangkitlah semuanya menghunus kerisnya, mengaruk aruk, berkanjar kanjar (satu adat Bugis yang membuat sumpah setia dengan sebilah keris yang tajam). Maka Kelana Jaya Putera pun berkata, “Jika belum aku ambil Riau dengan segala takluk daerahnya aku serahkan kepada Raja Sulaiman, aku haramkan menjejak tanah Bugis atau aku mati”.
Maka apabila selesai daripada mengaruk aruk itu, maka menyembelihlah ia kerbau mencerak senjatanya yakni menyembah senjatanya kerana adat Bugis, demikianlah halnya konon. Kemudian muafakatlah ia dengan saudara saudaranya serta menterinya, iaitu Daeng Menampuk dan Daeng Massuro dan Daeng Mangngatuk. Adalah dijadikan kepala perangnya oleh Opu Daeng Parani, iaitu saudaranya Opu Kelana Jaya Putera ialah seolah olah Raja didalam peperangan. Adapun Opu Daeng Cellak ialah menjadi Panglima Besar didalam peperangan. Adapun Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi ialah jadi Panglima Perang Kanan dan Penglima Perang Kiri. Adalah raja tua Daeng Mangngatuk ialah menjadi hulubalang tua akan tempat segala Raja Raja itu mengambil musyawarah. Adapun Daeng Massuro dan Daeng Menampuk ialah kepala diatas indera gurunya pada memerintahkan peperangan.
Syahadan apabila sudah teguhlah ikatan perangnya berangkatlah ia belayar ke Riau. Adalah kelengkapannya yang pergi yang besarnya tujuh buah, satu keci ditutuhnya diperbuatnya penjajab dan beberapa perahu perahu Bugis, seperti pintak dan kura kura, dan beberapa lagi sampan sampan kecil kecil. Ada orang Bugis serta Bugis juak juaknya ada kira kira seribu dan ada kepala juak juaknya yang empat puluh itu dua orang, pertama Indera Guru La Malu nama nya, kedua Indera Guru To Jerpak namanya.
Syahadan tiada beberapa lamanya ia
belayar itu sampailah ia ke Riau, maka lalu masuk berhenti di Pulau
Pengujan mengikat perang disitu serta mengatur kelengkapan perangnya.
Maka apabila sudah mustaid maka lalulah ia menyuruh memberitahu ke hulu
Riau kepada Raja Kecik, menyuruh keluar berperang jika sungguh laki
laki, jangan berperang didalam negeri rosaklah isi negeri. Maka apabila
Raja Kecik mendengar khabar itu maka ia pun bersiaplah dengan beberapa
kelengkapan pula. Ada pun orang orang Riau disuruhnya menjaga negeri
sahaja. Maka keluarlah Raja Kecik dengan beberapa kelengkapan serta
gong, gendang dan serunai, tawak tawaknya (gong isyarat).
Maka apabila sampai ke Pengujan lalulah berperang berbedil bedilan, azamatlah bunyi bahana meriam, sebelah menyebelah, gegak gempita, tiada kedengaran apa lagi, asap pun naik keudara menggerbak. Maka seketika perang itu Bugis pun turun ke sampan tundanya membawa terakul dan pemburasnya, lalu dipintasnya sebelah perminggangannya perahu perahu Minangkabau itu, lalu dirapatnya. Maka tiadalah tertahan oleh Minangkabau kerana tiada boleh mengisi meriam lagi, serta banyaklah matinya. Ada kira kira sehari semalam maka pecahlah perang Raja Kecik itu, pecah belah lintang pukang tiada tentu haluannya sebab kerana sudah dirapati oleh Bugis itu dengan terakul dan pemburasnya. Maka beranyutlah Raja Kecik undur, melawan sampai lari. Maka diikuti oleh Bugis sambil dibedilnya dengan meriam dan rentakanya dan senapang senapangnya. Maka larilah segala kelengkapan Raja Kecik itu membawa dirinya ke Pulau Bayan dan mana mana yang tenggelam tinggallah ia sepanjang laut itu berhanyutan. Maka naiklah Raja Kecik ke Pulau Bayan kerana kubunya ada memang disitu dan segala perahu perahunya berkeliling disitu setengah orangnya naik kedarat.
Syahadan apabila Opu Opu itu melihat hal yang demikian itu, maka dibahaginyalah kelengkapannya itu pula dua bahagian dan satu bahagian naik ke Tanjung Pinang diperbuatnya kubu disitu membedil ke Pulau Bayan, dan satu bahagian berdayung masuk kehulu Riau, jangan dihiraukan bedil orang yang diPulau Bayan itu. Maka apabila sampai ke hulu, dihadapkan haluannya ke hilir langgar perahu perahu yang di Pulau Bayan itu, demikian titah Opu Opu itu. Maka diperbuatlah oleh segala Bugis itu seperti titah Opu Opu itu adanya.
Syahadan kata sahibul hikayat maka serba salahlah kelengkapan Raja Kecik, maka Raja Kecik pun menyuruh orang orangnya turun keperahu semula, menyuruh lawan perahu Bugis yang masuk itu. Maka apabila dilihat Bugis Pulau Bayan itu tiada orangnya lagi habis turun keperahunya, maka direbutnya Pulau Bayan itu. Maka Raja Kecik pun turunlah ke kenaikannya hendak mudik, maka dibedil pula perahu perahu Bugis yang dari sebelah hulu, sebab haluannya sudah menhadap ke kuala. Maka tiadalah jadi Raja Kecik itu mudik, lalu merapati Tanjung Ungkat pula. Maka baharu hendak naik kedarat, kira kira setengah orang orangnya hendak lari kehulu, maka dipintas oleh Bugis Bugis dari darat, lalulah dibedilnya dengan terakul dan pemburasnya. Maka berterjunlah pula turun keperahunya.
Maka kenaikan Raja Kecik pun undurlah lari ke Pulau Penyengat. Maka tinggallah orang orang dan panglima panglima Raja Kecik didarat itu kerana tiada sempat turun lagi. Maka hujan pun lebat, sabur menyaburlah. Maka beramuk didarat, adapun Minangkabau dengan petang, dan Bugis dengan pemburas dan lembing dan baju rantainya. Maka larilah segala Minangkabau ke tepi pantai. Maka apabila perahu perahu Bugis melihat Minangkabau lari ke tepi pantai itu, maka didekatkannyalah segala perahu perahunya, lalu naik kedarat. Maka dibunuhnya segala Minangkabau itu, beberapa yang terkerat kepalanya, habislah mati semuanya dan Pulau Bayan pun dapat diamuk oleh Bugis Bugis yang dari Tanjung Pinang itu. Maka Opu Opu itu pun turun kepada gurabnya, lalu mengusir Raja Kecik yang lari ke Pulau Penyengat itu.
Syahadan apabila Raja Kecik itu melihat perahu perahu Bugis menuju Pulau Penyengat, maka ia pun menarik layar lalulah belayar dengan dayung dayungnya menuju negeri Lingga. Maka bersoraklah Bugis Bugis azamatnyalah bunyinya. Maka alahlah Raja Melayu Minangkabau berperang dengan Opu Raja Bugis yang bernama Kelana Jaya Putera. Maka gemparlah didalam Riau mengatakan Minangkabau sudah habis mati dan Raja Kecik sudahlah lari ke Lingga, dan dapatlah Riau oleh Raja Bugis sekali. Maka banyaklah Melayu Minangkabau tertawan oleh Bugis mana mana yang pehak sebelah Raja Kecik, melainkan kecuali didalam istana Raja Kecik yang tiada diberi Opu Opu itu tawan. Syahadan adalah perang itu dua hari, iaitu pada Hijrat seribu seratus tiga puluh empat tahun sanat 1134 (tahun 1721 masihi).
Sebermula adapun Opu Opu itu apabila
selesai daripada perangnya itu, maka ia pun mudiklah berjumpa Raja
Sulaiman serta Tun Abbas sekelian, dan Opu Daeng Perani naiklah kerumah
isterinya Tengku Tengah. Maka musyawarahlah Opu Opu itu dengan Raja
Sulaiman serta Tun Abbas pada pekerjaan yang lagi akan datang dengan
Raja Kecik adanya.
Syahadan maka Opu Kelana Jaya Putera pun minta kepada Raja Sulaiman hendak pergi ke Selangor dan Langat mendapatkan Bugis Bugis ditempat itu hendak muafakat mencari kekuatan, kerana adalah Bugis Bugis itu memang banyak berdagang diam disitu sekali, sebab menghampiri negeri Melaka senang berniaga pulang pergi dan banyaklah yang kaya kaya Bugis disitu. Adapun segala Bugis Bugis disitu apabila datanglah Opu Opu itu ke Selangor dan ke Langkat, dipermuliakannya kerana mereka itu tahu akan Opu Opu itu anak Raja besar tuan penghulu kepada mereka itu semua. Istimewa pula kedatangan Opu Opu itu bukannya dengan merisau risau akan dia, tetapi adalah datangnya itu cukup dengan hulubalang menterinya serta punggawanya dan indera gurunya dan juak juak, askar tenteranya. Maka mengharap harap mereka itu akan Opu Opu itu mendapat nama dan pangkat di tanah barat dengan berkekalan turun temurun.
Syahadan sebab kerana pandangan inilah menjadi segala Bugis Bugis yang di Selangor dan Langat itu, bersegera apa maksud Opu Opu itu ditolongnya mana mana kadarnya, daripada belanja belanja atau senjata senjata atau orang orang. Syahadan kerana inilah Opu Opu itu hendak ke Selangor dahulu mencari tambah kuasa daripada pekerjaan ini, kerana pada ijtihadnya perang dengan Raja Kecik itu berpanjangan akhirnya.
Syahadan kata empunya cerita, apabila Raja Sulaiman mendengar musyawarah Opu Opu itu maka benarlah kepada hatinya. Maka ia pun hendak ke Pahang mencari cari belanja belanja dan kelengkapan pada Bendahara Pekuk (Tun Abdul Jamal) yang di Pahang itu. Maka apabila sudah putuslah musyawarah itu, maka lalulah keduanya keluar dari negeri Riau dan Opu Opu pun belayar ke Selangor dan Raja Sulaiman pun belayarlah ke Pahang, tinggallah di dalam Riau orang tua tua sahaja. Syahadan setengah Bugis Bugis disuruh Opu Opu itu mengusir Raja Kecik yang lari ke Lingga, jadi tiga pasukanlah angkatan yang keluar dari negeri Riau belayar masing masing dengan hadapannya.
Sebermula adapun Opu Opu itu apabila sampai ke Selangor, lalu ia membuat gurab tiga puluh buah banyaknya akan menjadi perahu perang, serta dicukupkannya dengan alat senjatanya dan ubat pelurunyanya. Adapun Raja sulaiman apabila sampai ia ke Pahang, maka ia pun dapat belanja belanja serta kelengkapan dibantu oleh Bendahara Pahang.
Adapun Bugis yang mengusir usir Raja Kecik ke Lingga itu, maka bertemulah ia dengan Raja Kecik lalulah berperang. Maka alah Raja Kecik, lalu lari selat menyelat sebelah Lingga. Maka tiada terikut oleh Bugis kerana belum tahu akan selat menyelat itu sebelah Lingga. Kemudian maka musyawarahlah sama sama Bugis Bugis itu, lalulah pergi mendapatkan Opu Opu itu di Selangor memaklumkan hal ehwal Raja Kecik tiada terikut olehnya, sebab kerana ia tiada tahu akan selat selat itu.
Sebermula adapun Raja Kecik itu lepaslah ia ke Riau. Maka waktu hendak lalu ke Riau itu maka berjumpa ia dengan tiga buah perahu Bugis pedewakan perdagangan. Adapun Raja Kecik beberapa kelengkapan perang, maka lalulah berperang tiga buah pedewakan itu, maka alahlah Bugis yang tiga buah itu, lalu dirampasnya oleh Raja Kecik segala harta bendanya. Syahadan tersebut di dalam siarah sebelah Siak, ada se-laksa (sepuloh ribu) modalnya tiga buah perahu itu konon. Kemudian Raja Kecik pun masuklah kedalam negeri Riau, serta memperbaikkan hati orang Riau itu sebab diharapkannya juga lagi sebelah dia. Kemudian ia pun mengukuhkan negeri Riau dengan membuat kubu kubu pada tempat yang patut serta mengatur penjajab perang pada tempat yang ditakutkan musuh menyerbu, demikianlah halnya sehari hari. Adapun suku sebelah Tun Abbas serta orang Riau duduklah didalam kesusahan yang serba salah sehari hari”.
(bersambung ke bahagian kelima...)
“Maka berbangkitlah semuanya menghunus kerisnya, mengaruk aruk, berkanjar kanjar (satu adat Bugis yang membuat sumpah setia dengan sebilah keris yang tajam). Maka Kelana Jaya Putera pun berkata, “Jika belum aku ambil Riau dengan segala takluk daerahnya aku serahkan kepada Raja Sulaiman, aku haramkan menjejak tanah Bugis atau aku mati”.
Maka apabila selesai daripada mengaruk aruk itu, maka menyembelihlah ia kerbau mencerak senjatanya yakni menyembah senjatanya kerana adat Bugis, demikianlah halnya konon. Kemudian muafakatlah ia dengan saudara saudaranya serta menterinya, iaitu Daeng Menampuk dan Daeng Massuro dan Daeng Mangngatuk. Adalah dijadikan kepala perangnya oleh Opu Daeng Parani, iaitu saudaranya Opu Kelana Jaya Putera ialah seolah olah Raja didalam peperangan. Adapun Opu Daeng Cellak ialah menjadi Panglima Besar didalam peperangan. Adapun Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi ialah jadi Panglima Perang Kanan dan Penglima Perang Kiri. Adalah raja tua Daeng Mangngatuk ialah menjadi hulubalang tua akan tempat segala Raja Raja itu mengambil musyawarah. Adapun Daeng Massuro dan Daeng Menampuk ialah kepala diatas indera gurunya pada memerintahkan peperangan.
Syahadan apabila sudah teguhlah ikatan perangnya berangkatlah ia belayar ke Riau. Adalah kelengkapannya yang pergi yang besarnya tujuh buah, satu keci ditutuhnya diperbuatnya penjajab dan beberapa perahu perahu Bugis, seperti pintak dan kura kura, dan beberapa lagi sampan sampan kecil kecil. Ada orang Bugis serta Bugis juak juaknya ada kira kira seribu dan ada kepala juak juaknya yang empat puluh itu dua orang, pertama Indera Guru La Malu nama nya, kedua Indera Guru To Jerpak namanya.
Syahadan tiada beberapa lamanya ia
belayar itu sampailah ia ke Riau, maka lalu masuk berhenti di Pulau
Pengujan mengikat perang disitu serta mengatur kelengkapan perangnya.
Maka apabila sudah mustaid maka lalulah ia menyuruh memberitahu ke hulu
Riau kepada Raja Kecik, menyuruh keluar berperang jika sungguh laki
laki, jangan berperang didalam negeri rosaklah isi negeri. Maka apabila
Raja Kecik mendengar khabar itu maka ia pun bersiaplah dengan beberapa
kelengkapan pula. Ada pun orang orang Riau disuruhnya menjaga negeri
sahaja. Maka keluarlah Raja Kecik dengan beberapa kelengkapan serta
gong, gendang dan serunai, tawak tawaknya (gong isyarat).Maka apabila sampai ke Pengujan lalulah berperang berbedil bedilan, azamatlah bunyi bahana meriam, sebelah menyebelah, gegak gempita, tiada kedengaran apa lagi, asap pun naik keudara menggerbak. Maka seketika perang itu Bugis pun turun ke sampan tundanya membawa terakul dan pemburasnya, lalu dipintasnya sebelah perminggangannya perahu perahu Minangkabau itu, lalu dirapatnya. Maka tiadalah tertahan oleh Minangkabau kerana tiada boleh mengisi meriam lagi, serta banyaklah matinya. Ada kira kira sehari semalam maka pecahlah perang Raja Kecik itu, pecah belah lintang pukang tiada tentu haluannya sebab kerana sudah dirapati oleh Bugis itu dengan terakul dan pemburasnya. Maka beranyutlah Raja Kecik undur, melawan sampai lari. Maka diikuti oleh Bugis sambil dibedilnya dengan meriam dan rentakanya dan senapang senapangnya. Maka larilah segala kelengkapan Raja Kecik itu membawa dirinya ke Pulau Bayan dan mana mana yang tenggelam tinggallah ia sepanjang laut itu berhanyutan. Maka naiklah Raja Kecik ke Pulau Bayan kerana kubunya ada memang disitu dan segala perahu perahunya berkeliling disitu setengah orangnya naik kedarat.
Syahadan apabila Opu Opu itu melihat hal yang demikian itu, maka dibahaginyalah kelengkapannya itu pula dua bahagian dan satu bahagian naik ke Tanjung Pinang diperbuatnya kubu disitu membedil ke Pulau Bayan, dan satu bahagian berdayung masuk kehulu Riau, jangan dihiraukan bedil orang yang diPulau Bayan itu. Maka apabila sampai ke hulu, dihadapkan haluannya ke hilir langgar perahu perahu yang di Pulau Bayan itu, demikian titah Opu Opu itu. Maka diperbuatlah oleh segala Bugis itu seperti titah Opu Opu itu adanya.
Syahadan kata sahibul hikayat maka serba salahlah kelengkapan Raja Kecik, maka Raja Kecik pun menyuruh orang orangnya turun keperahu semula, menyuruh lawan perahu Bugis yang masuk itu. Maka apabila dilihat Bugis Pulau Bayan itu tiada orangnya lagi habis turun keperahunya, maka direbutnya Pulau Bayan itu. Maka Raja Kecik pun turunlah ke kenaikannya hendak mudik, maka dibedil pula perahu perahu Bugis yang dari sebelah hulu, sebab haluannya sudah menhadap ke kuala. Maka tiadalah jadi Raja Kecik itu mudik, lalu merapati Tanjung Ungkat pula. Maka baharu hendak naik kedarat, kira kira setengah orang orangnya hendak lari kehulu, maka dipintas oleh Bugis Bugis dari darat, lalulah dibedilnya dengan terakul dan pemburasnya. Maka berterjunlah pula turun keperahunya.
Maka kenaikan Raja Kecik pun undurlah lari ke Pulau Penyengat. Maka tinggallah orang orang dan panglima panglima Raja Kecik didarat itu kerana tiada sempat turun lagi. Maka hujan pun lebat, sabur menyaburlah. Maka beramuk didarat, adapun Minangkabau dengan petang, dan Bugis dengan pemburas dan lembing dan baju rantainya. Maka larilah segala Minangkabau ke tepi pantai. Maka apabila perahu perahu Bugis melihat Minangkabau lari ke tepi pantai itu, maka didekatkannyalah segala perahu perahunya, lalu naik kedarat. Maka dibunuhnya segala Minangkabau itu, beberapa yang terkerat kepalanya, habislah mati semuanya dan Pulau Bayan pun dapat diamuk oleh Bugis Bugis yang dari Tanjung Pinang itu. Maka Opu Opu itu pun turun kepada gurabnya, lalu mengusir Raja Kecik yang lari ke Pulau Penyengat itu.
Syahadan apabila Raja Kecik itu melihat perahu perahu Bugis menuju Pulau Penyengat, maka ia pun menarik layar lalulah belayar dengan dayung dayungnya menuju negeri Lingga. Maka bersoraklah Bugis Bugis azamatnyalah bunyinya. Maka alahlah Raja Melayu Minangkabau berperang dengan Opu Raja Bugis yang bernama Kelana Jaya Putera. Maka gemparlah didalam Riau mengatakan Minangkabau sudah habis mati dan Raja Kecik sudahlah lari ke Lingga, dan dapatlah Riau oleh Raja Bugis sekali. Maka banyaklah Melayu Minangkabau tertawan oleh Bugis mana mana yang pehak sebelah Raja Kecik, melainkan kecuali didalam istana Raja Kecik yang tiada diberi Opu Opu itu tawan. Syahadan adalah perang itu dua hari, iaitu pada Hijrat seribu seratus tiga puluh empat tahun sanat 1134 (tahun 1721 masihi).
Sebermula adapun Opu Opu itu apabila
selesai daripada perangnya itu, maka ia pun mudiklah berjumpa Raja
Sulaiman serta Tun Abbas sekelian, dan Opu Daeng Perani naiklah kerumah
isterinya Tengku Tengah. Maka musyawarahlah Opu Opu itu dengan Raja
Sulaiman serta Tun Abbas pada pekerjaan yang lagi akan datang dengan
Raja Kecik adanya.Syahadan maka Opu Kelana Jaya Putera pun minta kepada Raja Sulaiman hendak pergi ke Selangor dan Langat mendapatkan Bugis Bugis ditempat itu hendak muafakat mencari kekuatan, kerana adalah Bugis Bugis itu memang banyak berdagang diam disitu sekali, sebab menghampiri negeri Melaka senang berniaga pulang pergi dan banyaklah yang kaya kaya Bugis disitu. Adapun segala Bugis Bugis disitu apabila datanglah Opu Opu itu ke Selangor dan ke Langkat, dipermuliakannya kerana mereka itu tahu akan Opu Opu itu anak Raja besar tuan penghulu kepada mereka itu semua. Istimewa pula kedatangan Opu Opu itu bukannya dengan merisau risau akan dia, tetapi adalah datangnya itu cukup dengan hulubalang menterinya serta punggawanya dan indera gurunya dan juak juak, askar tenteranya. Maka mengharap harap mereka itu akan Opu Opu itu mendapat nama dan pangkat di tanah barat dengan berkekalan turun temurun.
Syahadan sebab kerana pandangan inilah menjadi segala Bugis Bugis yang di Selangor dan Langat itu, bersegera apa maksud Opu Opu itu ditolongnya mana mana kadarnya, daripada belanja belanja atau senjata senjata atau orang orang. Syahadan kerana inilah Opu Opu itu hendak ke Selangor dahulu mencari tambah kuasa daripada pekerjaan ini, kerana pada ijtihadnya perang dengan Raja Kecik itu berpanjangan akhirnya.
Syahadan kata empunya cerita, apabila Raja Sulaiman mendengar musyawarah Opu Opu itu maka benarlah kepada hatinya. Maka ia pun hendak ke Pahang mencari cari belanja belanja dan kelengkapan pada Bendahara Pekuk (Tun Abdul Jamal) yang di Pahang itu. Maka apabila sudah putuslah musyawarah itu, maka lalulah keduanya keluar dari negeri Riau dan Opu Opu pun belayar ke Selangor dan Raja Sulaiman pun belayarlah ke Pahang, tinggallah di dalam Riau orang tua tua sahaja. Syahadan setengah Bugis Bugis disuruh Opu Opu itu mengusir Raja Kecik yang lari ke Lingga, jadi tiga pasukanlah angkatan yang keluar dari negeri Riau belayar masing masing dengan hadapannya.
Sebermula adapun Opu Opu itu apabila sampai ke Selangor, lalu ia membuat gurab tiga puluh buah banyaknya akan menjadi perahu perang, serta dicukupkannya dengan alat senjatanya dan ubat pelurunyanya. Adapun Raja sulaiman apabila sampai ia ke Pahang, maka ia pun dapat belanja belanja serta kelengkapan dibantu oleh Bendahara Pahang.
Adapun Bugis yang mengusir usir Raja Kecik ke Lingga itu, maka bertemulah ia dengan Raja Kecik lalulah berperang. Maka alah Raja Kecik, lalu lari selat menyelat sebelah Lingga. Maka tiada terikut oleh Bugis kerana belum tahu akan selat menyelat itu sebelah Lingga. Kemudian maka musyawarahlah sama sama Bugis Bugis itu, lalulah pergi mendapatkan Opu Opu itu di Selangor memaklumkan hal ehwal Raja Kecik tiada terikut olehnya, sebab kerana ia tiada tahu akan selat selat itu.
Sebermula adapun Raja Kecik itu lepaslah ia ke Riau. Maka waktu hendak lalu ke Riau itu maka berjumpa ia dengan tiga buah perahu Bugis pedewakan perdagangan. Adapun Raja Kecik beberapa kelengkapan perang, maka lalulah berperang tiga buah pedewakan itu, maka alahlah Bugis yang tiga buah itu, lalu dirampasnya oleh Raja Kecik segala harta bendanya. Syahadan tersebut di dalam siarah sebelah Siak, ada se-laksa (sepuloh ribu) modalnya tiga buah perahu itu konon. Kemudian Raja Kecik pun masuklah kedalam negeri Riau, serta memperbaikkan hati orang Riau itu sebab diharapkannya juga lagi sebelah dia. Kemudian ia pun mengukuhkan negeri Riau dengan membuat kubu kubu pada tempat yang patut serta mengatur penjajab perang pada tempat yang ditakutkan musuh menyerbu, demikianlah halnya sehari hari. Adapun suku sebelah Tun Abbas serta orang Riau duduklah didalam kesusahan yang serba salah sehari hari”.
(bersambung ke bahagian kelima...)
Sunday, November 8, 2015
3. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda dari tahun 1722 hingga ke tahun 1911... Bahagian ketiga...
![]() | |
| Makam Sultan Abdul Jalil di Kuala Pahang |
Dalam pada itu, Sultan Abdul Jalil serta bendaharanya dan paduka anakanda baginda, Raja Sulaiman duduklah didalam dukacita, kesusahan serta diperhina hinakan oleh Raja Kecik dengan menyatakan bahawa nanti hendak dilantiknya Sultan Abdul jalil menjadi Bendahara semula. Makin hari makin marahlah putera puteri Sultan Abdul jalil terhadap Raja Kecik. Selain itu Raja Kecik juga menjadikan putera putera Sultan Abdul jalil sebagai pembawa semberab jawatan (kelengkapan sirih DiRaja) pada hari majlis majlis besar, jadi bertambah tambah lah marah putera puteri Sultan Abdul jalil terhadap Raja Kecik. Jadi apabila putera puteri Sultan Abdul jalil mendapat tahu bahawa Raja2 Bugis lima bersaudara ada di Johor, maka mereka pun memutuskan ingin meminta bantuan daripada Raja2 Bugis lima bersaudara seperti yang di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Lalu bermuafakatlah Raja Sulaiman dengan Tengku Tengah berdua saudara hendak mendudukkannya dengan Raja2 Bugis mudah mudahan dapat jalan menghapuskan malunya itu. Maka Relalah Tengku Tengah itu menjadi isteri Opu itu. Maka lalu di dijemputlah Opu Opu itu makan. Kemudian Tengku Tengah pun berdiri di pintu selasar membuka bidai, melepak subang ditelinganya, sambil ia berkata, “Hai Raja Bugis, jikalau tuan hamba berani, tutupkan kemaluan beta anak beranak adik beradik! Maka apabila tertutup kemaluan beta semua, maka relalah beta menjadi hamba Raja Bugis. Jika hendak disuruh jadi penanak nasi raja sekalipun rela lah beta”. Maka apabila Opu Daeng Parani mendengar kata Tengku Tengah itu maka ia pun menjawab seraya berkata, “Insya Allah, seboleh bolehnya hambalah menutup kemaluan Tengku semua anak beranak adik beradik”. Kemudian barulah berjanji Raja Sulaiman dengan Opu Opu itu jika hasil maksudnya yang Opu Opu lima beradik, salah seoranglah menjadi Yang DiPertuan Muda turun menurun. Setelah selesai berjanji janji itu maka mengadaplah ia kepada ayahandanya mengkhabarkan hal ehwal maksudnya itu. Maka dibenarkan oleh ayahandanya ikhtiar anakandanya itu. Maka lalu dinikahkan saudaranya Tengku Tengah itu dengan Opu Daeng Parani betapa adat istiadat Raja Raja nikah kahwin. Maka berkasih kasihlah Tengku Tengah itu betapa adat orang laki isteri demikianlah halnya.
Maka Raja Kecik pun waswaslah hatinya menaruh cemburu akan Bugis Bugis itu selama lama Bugis itu didalam negeri Johor. Syahadan adapun Opu Daeng Parani apabila sudah ia beristeri itu, maka ia pun bermohonlah kepada Sultan Abdul Jalil hendak pergi ke Siantan dahulu hendak melihat anak anaknya sebentar. Maka apabila ada satu kesusahan berilah sahaja ia surat, datanglah ia. Maka diizinkan oleh Sultan Abdul Jalil, maka ia pun keluarlah dari Johor lalu ia belayar ke Siantan, tetaplah ia di Siantan bersiap siap akan alat kelengkapan peperangannya. Ada kira kira tujuh buah perahu yang besar besar yang tahan meriam, serta beberapa pula ia mengumpul segala Bugis serta mengaturkan juak juaknya (pembantu pembantunya) dan kepala juak juaknya dan punggawanya (panglima perangnya) dan indera gurunya (ketua pasukan perangnya) adanya”.
Pada tahun 1719, setelah Raja2 Bugis lima bersaudara itu meninggalkan Johor, negeri Johor pun menjadi huru hara, kerana rakyat Johor ada yang menyebelahi Raja Kecik dan ada yang menyebelahi bekas Sultan Abdul Jalil itu. Jadi seolah olah kerajaan Johor itu mempunyai dua Raja. Dalam pada itu, telah heboh pula khabar khabar dari pehak yang tidak bersetuju dengan Raja Kecik dengan mengatakan bahawa Raja Kecik itu bukan lah putera Marhum Mangkat diJulang (Sultan Mahmud Syah II), melainkan tipu helah sahaja. Apabila berita itu sampai kepada Raja Kecik, ia pun marahlah tetapi tidaklah ia mengambil apa apa tindakan, hinggakan isterinya, Tengku Kamariah pun menjadi benci dan tidak lagi memperdulikan sangat akan Raja Kecik dari hal makan minumnya.
Tengku Tengah kemudiannya telah pergi ke istana Raja Kecik dan diambilnya Tengku Kamariah itu serta dibawa keistana ayahandanya sewaktu Raja Kecik sedang sembahyang. Raja Kecik kemudiannya menyuruh orang orangnya mengambil isterinya, tapi tidak diberi oleh Tengku Tengah dan terjadilah perkelahian. Raja kecik pun menghantar pasukan perang untuk menyerang istana Sultan Abdul Jalil di Seluyut, maka terjadi peperangan semula diantara orang orang Minangkabau dengan orang orang Johor. Tidak lama berperang, kalah juga pehak Sultan Abdul Jalil, lalu baginda serta anak isteri, keluarga dan pengikut pengikut berundur ke Terengganu. Sementara ada pula sesetengah anak anak Raja Johor itu berpindah ke Melaka. Semasa diTerengganu, Sultan Abdul Jalil telah menganugerahkan gelar kepada saudara seayah baginda yang bernama Tun Zainal Abidin dengan gelaran Paduka Maharaja. Setelah sekitar dua tahun berada di Terengganu, Sultan Abdul Jalil pun berpindah ke Pahang dan menitahkan saudara baginda, Paduka Maharaja Tun Zainal serta anakandanya Tun Hussain untuk menjaga negeri Terengganu. Sultan Abdul Jalil pun membuat negeri di Kuala Pahang dan telah mengangkat adinda baginda bernama Tun Abdul Jamal menjadi Bendahara menggantikan Bendahara Tun Abdullah yang telah mangkat itu. Kemudian datanglah Raja Indera Bongsu dari Melaka membawa anak anak Raja Johor untuk berpindah ke Kuala Pahang.
Dalam pada itu, setelah Sultan Abdul Jalil keluar dari negeri Johor, Raja Kecik pun bertitah kepada segala menteri menterinya seraya berkata, “Ini negeri celaka, baik kita pindah ke Riau”. Lalu berpindahlah Raja Kecik berserta menteri menteri dan pengikut pengikutnya ke Riau dan membuat istana berbunga lawangkan emas (dihiasi dengan bunga pala emas). Raja Kecik pun memerintah Kerajaan Johor dari istananya di Riau keatas segala rakyat yang di laut laut dan didaratan yang pada itu ada yang setia kepadanya dan setengah lagi setia kepada Sultan Abdul Jalil yang berada diPahang.
Apabila Raja Kecik mendapat khabar mengenai Sultan Abdul Jalil membuat negeri di Kuala Pahang, lalu ia pun memerintahkan angkatan perang nya untuk mempersilakan Sultan Abdul Jalil untuk berpindah keRiau dan jika tidak mahu, disuruhnya lawan berperang. Kesahnya di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
“Maka pergilah segala angkatan itu kepalanya Laksamana Nakhoda Sekam. Apabila tiba di Kuala Pahang dipersembahkannyalah seperti titah Raja Kecik itu, maka tiadalah rela Sultan Abdul jalil. Maka lalu berperang. Maka melanggarlah Laksamana Nakhoda Sekam akan Kuala Pahang. Maka tiada berapa hari maka Kuala Pahang pun alah, akan tetapi Sultan Abdul jalil tiada berani Laksamana itu mengapa apakan. Maka pergilah Laksamana Nakhoda Sekam itu mengadap Sultan Abdul jalil sembahnya, “Ampun Tuanku, baiklah silakan ke Riau kerana pesan paduka anakanda silakan ayah ke Riau. Maka pada kira kira patik baik juga berangkat ke Riau kerana antara tuanku dengan paduka anakanda itu tiada siapa yang boleh memasuki. Boleh patik kosongkan dua buah gurab (sebuah kapal dagang Melayu berukuran 90 meter dengan anak kapal seramai 30 orang) akan kenaikan ke bawah duli Tuanku putera berputera”. Maka jawab Sultan Abdul jalil, “Jikalau sudah fikiran Laksamana kita ke Riau, maka ke Riaulah kita”. Maka turunlah Sultan Abdul jalil itu ke gurab yang besarnya itu serta dengan paduka anakanda anakanda sekelian. Adalah puteranya yang laki laki dua orang, pertama Raja Sulaiman, kedua Raja Abdul Rahman. Adapun yang perempuannya Pertama Tengku Tengah, kedua Tengku kamariah, kerana terbawa oleh Sultan Abdul jalil tatkala keluar daripada Johor dahulu itu, ketiga Tengku Mandak. Adapun putera Marhum Mangkat di Kayu Anak seorang laki laki dan tujuh orang perempuan. Maka berkemaslah baginda itu akan belayar ke Riau dan sebuah gurab lagi pula tempat Tun Narawangsa, putera baginda itu juga. Maka bermuatlah pula Tun Narawangsa itu.
Syahadan kata sahibul hikayat didalam hal antara itu datanglah pula seorang suruhan Raja Kecik, bernama si Emas Raden, membawa surat kepada Laksamana Nakhoda Sekam. Maka tersebut didalam surat itu. “Janganlah Sultan Abdul jalil dibawa ke Riau lagi, bunuhlah sekali, kita tahu matinya sahaja”. Syahadan apabila Laksamana Nakhoda Sekam mendengar surat daripada Raja Kecik itu, maka ia pun terdiamlah sejurus berfikir kerana asalnya titah tidak begitu, sekarang demikian pula, jadi hairanlah ia, hendak pun tiada diturut takut pula dapat salah kerana surat titah itu dengan capnya sekali. Maka apabila telah habis fikirannya maka lalulah ia menyuruh empat orang panglima berbaju rantai serta dengan beberapa orang pergi mengamuk kanaikan baginda itu.
Maka pada waktu Minangkabau mengamuk itu baginda lagi di tikar sembahyangnya, baharu lepas sembahyang Subuh tengah membaca wirid. Maka panglima Minangkabau itupun naiklah, pada sangka juak juak baginda itu panglima sengaja hendak mengadap baginda, maka tiadalah dihiraukannya. Maka seketika lagi ia pun naik lalu diparangnya hulu baginda. Maka baginda pun terkejut lalu disambar baginda pedang panglima itu, maka dapatlah pada tangan baginda. Maka mengamuklah baginda diparangnya panglima panglima itu. Syahadan tersebut didalam siarah Siak delapan orang panglima panglima itu mati dibunuh oleh baginda itu. Maka baginda pun rebah lalu mangkat.
Adapun Tengku Tengah apabila ia mendengar ayahandanya sudah hilang itu, maka keluarlah ia dengan satu halamang (sejenis pedang pendek yang lurus) ditetaknya pada Minangkabau yang tinggal tinggal itu. Maka menjeritlah Laksamana Nakhoda Sekam seraya katanya pada segala orang orang Minangkabau itu, “Jangan lawan anak raja raja perempuan itu, nanti engkau semua dibunuh oleh Raja Kecik dan dihambatnya rumahtangga engkau”. Maka apabila segala Minangkabau itu mendengar kata Laksamana Nakhoda Sekam itu, maka berterjunlah semuanya kedalam air. Maka raja raja perempuan yang didalam kurung gurab itu pun keluarlah memeluk Tengku Tengah itu, dibawanya masuk kedalam kurung itu dan demikian lagi Raja Sulaiman pun dipeluk oleh raja raja perempuan itu lalu dibawanya masuk kedalam kurung. Setelah itu maka datanglah Laksamana Nakhoda Sekam mengadap raja raja perempuan itu dengan air matanya, memohonkan dicuci mayat baginda itu akan dimakamkan. Maka lalu dimakamkannya di Kuala Pahang itu di Teluk Kandang namanya, masyurlah hingga sekarang ini, “Marhum Mangkat di Kuala Pahang” dipanggil orang.
Adapun Laksamana Nakhoda Sekam apabila sudah memakamkan marhum itu, maka lalulah belayar ke Riau membawa segala anak raja raja itu kepada Raja Kecik. Maka apabila tiba dipelabuhan Riau, maka turunlah Raja Kecik kegurab itu mengambil isterinya serta segala anak raja raja itu. Maka dibawanyalah naik kedarat serta dipeliharakannya dengan sepatutnya dan diberikannya istana. Maka duduklah segala anak raja raja itu dengan kemasygulan sehari hari kerana kematian baginda Sultan Abdul jalil Marhum itu”.
(bersambung ke bahagian keempat...)
Sunday, November 1, 2015
2. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda dari tahun 1722 hingga ke tahun 1911... Bahagian kedua...
![]() |
| Pemuras senjata Melayu dahulukala yang canggih |
Sejak awal kurun ke 18, ada lima orang Raja Raja Bugis bersaudara, putera kepada Opu Daeng Rilaga yang berasal dari Kerajaan Luwu di Sulawesi, telah mengembara dengan perahu perahu besar angkatan perang mereka belayar ke merata rata tempat di bahagian barat Nusantara ini, terutama di laut laut di sekeliling Semenanjung Tanah Melayu dan di Kepulauan Riau. Raja Raja Bugis lima bersaudara itu bernama; Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambon, Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Cellak dan Opu Daeng Kemasi. Pada masa itu Raja Raja Bugis tersebut telah pun menetap dan tinggal di Pulau Siantan dan saudara yang sulong iaitu Opu Daeng Parani telah berkahwin dengan anak perempuan kepada Penghulu Pulau Siantan yang bernama Nakhoda Alang. Kemudiannya, isteri Opu Daeng Parani di Pulau Siantan itu telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Daeng Komboja, kerana mengambil sempena pengembaraan ayahnya ke negeri Kemboja. Kemudian dapat pula seorang anak perempuan bernama Daeng Khadijah.
Pada masa Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Syah berKerajaan di negeri Johor itu juga, ada seorang Raja dari Hulu Pelembang yang bergelar Sultan Lembayang, telah berkelahi dengan saudaranya Sultan di negeri Pelembang, lalu Sultan Lembayang itu datang melawat ke negeri Johor. Bersama sama dalam rombongan itu Sultan itu, dibawanya juga seorang anak raja yang datang dari Minangkabau bernama Raja Beraleh atau disebut juga namanya Tuan Bujang yang telah menghambakan diri kepada Sultan Lembayang dijadikan tukang pembawa tempat sireh Sultan itu.
Kedatangan Sultan Lembayang itu telah diraikan dengan baik oleh Sultan Abdul Jalil. Sultan Lembayang telah meminang puteri Sultan Abdul Jalil hendak dijadikan isterinya, tetapi pinangan itu tiada diterima oleh Sultan Johor. Tidak lama setelah itu, Sultan Lembayang dengan rombongannya serta Raja Beraleh itu telah pergi ke Pulau Siantan dan telah beristeri disana. Setelah itu ia pun pergi ke Pulau Bangka, dan dengan pertolongan orang orang Belanda, Sultan Lembayang telah menyerang dan mengalahkan Pelembang serta menghalau saudaranya yang memerintah disitu.
Dengan kemenangan Sultan Pelembang yang baru itu, maka Raja Beraleh pun meminta izin untuk pergi ke Tanah Rawas di Hulu Pelembang, lalu beristeri dengan anak perempuan seorang orang besar disitu iaitu Dipati Batu Kucing. Daripada perkahwinan itulah Raja Beraleh dapat seorang anak lelaki bernama Raja Alam. Kemudian selepas membantu Raja Jambi dalam satu peperangan, Raja Beraleh pun kembali semula ke Pagar Ruyong di Minangkabau. Keluarga DiRaja Pagar Ruyong iaitu Yang DiPertuan Sakti dan Puteri Janilan kemudiannya kemudian memberikannya nama yang baru iaitu Yang DiPertuan Raja Kecik serta diberi alat Kerajaan serta cap kuasa yang membolehkan nya memerintah orang orang Minangkabau di persisiran Timur Sumatera.
![]() |
| Lela rentaka senjata Melayu dahulukala yang canggih |
Pada sekitar tahun 1706, Sultan Abdul Jalil yang bersemayam di Pancor - Johor, telah melantik adinda baginda yang bernama Tun Mas Anum menjadi Bendahara Johor bergelar Bendahara Seri Maharaja. Dua tahun selepas itu, Sultan Abdul Jalil telah berpindah pula dari Pancor - Johor untuk bersemayam di Riau atas pujukan adinda baginda Yang DiPertuan Muda Tun Mahmud. Semasa menjalankan pemerintahan negeri Johor ini, Yang DiPertuan Muda Tun Mahmud ini dikatakan telah bertindak keras dan zalim kepada rakyatnya dengan tidak setahu kekandanya Sultan Sultan Abdul Jalil.
Setelah bersemayam sekitar lapan tahun lamanya, pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil telah berpindah semula untuk bersemayam di Pancor- Johor, kerana di Riau pada waktu itu selalu dikacau oleh orang orang Minangkabau, Bugis dan orang orang Patani. Pada tahun yang sama juga, adinda baginda Bendahara Tun Mas Anum telah mangkat, maka adinda baginda yang bernama Tun Abdullah pula dilantik menjadi Bendahara Johor bergelar Bendahara Paduka Raja. Manakala dua orang lagi adinda baginda dijadikan Temenggung dan Raja Indera Bongsu. Anak anak baginda yang perempuan ialah Tengku Tengah, Tengku Mandak dan Tengku Kamariah.
Semasa Yang DiPertuan Raja Kecik sedang mempersiapkan angkatan perangnya pada tahun 1717, ia telah berjumpa dengan Opu Daeng Parani dan saudara saudaranya nya di Bengkalis, lalu Raja Kecik pun mengajak Raja Raja Bugis Lima bersaudara itu membantunya menyerang dan mengambil negeri Johor dan berkata bahawa apabila Johor dapat di tangan nya nanti, Opu Daeng Parani akan di lantiknya menjadi Yang DiPertuan Muda. Raja Raja Bugis itu tiada bersetuju membantu Raja Kecik didalam menjalankan kemahuannya itu, tetapi mereka berdalih dengan memberitahu Raja Kecik; biarlah mereka pergi dahulu ke Langat (didalam negeri Selangor sekarang) untuk mengumpulkan orang orang Bugis dan menyediakan kelengkapan perangnya disana.
![]() |
| Meriam adalah senjata Melayu dahulukala yang canggih |
Maka orang orang Laut di Kuala Johor dan diSingapura serta beberapa ramai rakyat Johor lainnya telah bersetuju dengan pujukan orang orang besar Raja Kecik itu, dan mereka telah mengajak Raja Kecik datang ke negeri Johor. Selain daripada pujukan tersebut, rakyat Johor juga telah merasa benci kepada pemerintahan Yang DiPertuan Muda Tun Mahmud yang zalim itu. Raja Kecik juga telah berkirim surat kepada Dato' Laksamana Johor, yang merupakan ayah kepada Che' Pong, memberitahu bahawa ia hendak menyerang negeri Johor, dan Dato' Laksamana pun bersetuju untuk belot serta menyertai Raja Kecik. Kesah serangan dan penaklokan negeri Johor di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis seperti berikut:-
"Syahadan apabila selesailah jalan tipu hikmat itu, maka Raja Kecik datanglah dengan kelengkapan perang melangar Johor itu. Maka tiadalah rakyat rakyat laut itu memberitahu kedalam negeri lagi. Maka masuklah segala kelengkapan perang itu kedalam Johor dengan terserkap. Maka terkejutlah orang Johor mengatakan, 'Musuh datang melanggar'. Maka dipermaklumkan kepada Yang DiPertuan Muda. Maka tiada dihiraukannya sebab ia tengah bermain catur. Maka Raja Kecik pun serta Minangkabau tibalah ke Pengkalan Rama lalulah naik ke jembatan dengan segala pendekarnya dan membunyaikan senapangnya. Maka melawanlah orang orang Johor itu, berperang mana mana sempat berbunuh bunuhan sehari itu. Maka banyaklah orang Johor belot sebelah Minangkabau, kerana Laksamana kepala perangnya telah belot.
"Maka Yang DiPertuan Muda pun membunuh isterinya lalulah ia keluar mengamuk pula, kerana fikirannya daripada isterinya diambil Minangkabau diperbuatnya gundik, terlebih baik biar hilang sekali. Kemudian Yang DiPertuan Muda pun mengamuklah menyerbukan dirinya kepada pehak sebelah Raja Kecik itu. Lalu berkejar kejaran hambat berhambat hingga sampai ke Kayu Anak nama tempat itu. Maka Yang DiPertuan Muda pun mangkatlah disitu, sebab sabur menyabur orang beramuk itu.
"Syahadan tatkala sudah mangkat Yang DiPertuan Muda itu maka Johor pun alahlah. Maka keluar Sultan Abdul Jalil dari dalam kotanya pergi ke kampong orang lain pula. Maka bermesyuwarahlah Sultan Abdul Jalil itu, 'Baik menggamukkah, atau baik menyerahkan diri?. Maka muafakatlah segala menterinya, 'Baik menyerahkan diri'. Maka lalulah Sultan Abdul Jalil itu pergi kepada Raja Kecik dengan tiada bersenjata, menyerahkan diri. Maka tiadalah diapa apakan oleh Raja Kecik itu, hanya diperbaik baikinya sambil berkata, 'Ayah, saya hendak jadikan Bendahara semula'.
"Syahadan tiada berapa lamanya maka Raja Kecik pun bertunanglah dengan puteri Sultan Abdul Jalil itu, yang bernama Tengku Tengah. Didalam pada Hari Raya, maka datang lah Sultan Abdul Jalil putera berputeri mengunjungi Raja Kecik. Maka puteri yang bernama Tengku Kamariah pun bersama sama jua. Maka terpandanglah Raja Kecik akan paras Tengku Kamariah itu, berahilah ia pula. Maka dipintanya pula Tengku Kamariah itu, tiadalah jadi dengan Tengku Tengah itu. Maka tiadalah terkata kata Sultan Abdul Jalil itu, kerana lebih lebih maklum orang yang sudah alah. Syahadan maka nikahlah Tengku Kamariah itu dengan Raja Kecik, betapa adat Raja yang besar besar bernikah kahwin, demikianlah halnya. Maka tetaplah Raja Kecik itu didalam negeri Johor. Maka seolah olah negeri Johor itu beRaja dualah pada masa itu ada nya".
(bersambung ke bahagian ketiga...)
1. Sejarah ringkas Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga serta Sultan2 Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda dari tahun 1722 hingga ke tahun 1911... Bahagian pertama...
![]() |
| Peta di kawasan Kerajaan Johor Lama |
Pada bulan Ogos tahun 1699, Sultan Mahmud Syah (II) yang masih muda ketika itu, berusia sekitar dua puluh empat tahun telah mangkat di Kota Tinggi, dibunuh oleh orang besar baginda bernama Megat Seri Rama kerana kezaliman dan kebengisan baginda. Kesah kemangkatan baginda di sebut didalam kitab Tuhfat Al Nafis tulisan Raja Ali Haji adalah seperti berikut:-
"Adalah seorang Raja Johor bernama Sultan Mahmud. Adalah baginda itu berbinikan peri konon, iaitu suatu nauk daripada jin; jadi baginda itu tiadalah suka bersekedudukan dengan isterinya yang berbangsa manusia ini.
"Pada suatu hari baginda itu tengah beradu, maka datanglah seorang mempersembahkan nangka masak, ditaruh oleh Penghulu Istana itu, kerana menantikan baginda itu jaga; tiba tiba datang bini Megat Seri Rama yang bunting, mengidam hendak makan nangka, lalu dipintanya seulas kepada Penghulu Istana itu. Maka Penghulu pun mengambil seulas diberikan kepada bini Megat Seri Rama itu, maka ia pun baliklah.
"Maka apabila Raja itu terjaga, hendak makan nangka, lalu dipersembahkan oleh Penghulu Istana kepada baginda: "Ada yang tiada baik tadi, patik berikan kepada bini Megat Seri Rama daripada terbuang sahaja". Apabila ia mendengar maka baginda pun murkalah lalu disuruhnya panggil bini Megat Seri Rama itu, dibelahnya perutnya, dikeluarkannya anaknya dari dalam perutnya itu, maka matilah bini Megat Seri Rama itu.
"Maka apabila sampai khabar itu kepada suaminya Megat Seri Rama, maka ia pun menangislah, serta hilang akalnya, meradang sebab marah nya. Maka lalu ia mendapatkan Dato' Bendahara, maka dimaklumkannya yang ia hendak membalas dendam kematian isterinya itu, seraya berkata: "Jikalau Dato' hendak menjadi Raja, inilah ketikanya, yang diperhamba hendak menderhaka tiada boleh tidak". Syahadan adalah Megat Seri Rama itu seorang hulubalang yang kebal, banyak anak buahnya, serta kuat kuasanya. Maka bermesyuaratlah Dato' Bendahara itu dengan saudaranya Temenggung dan Indera Bongsu akan hajat Megat Seri Rama itu, bersatulah sekelian mereka itu serta membenarkan Megat Seri Rama itu, kerana segala orang orang besar di dalam negeri itu, ramai yang sukakan Bendahara itu menjadi Raja, kerana kata mereka itu: "Ini baru Megat Seri Rama dibuatnya, akhirnya kita semua pun nanti dibuatnya begitu juga". Maka tetaplah muafakat itu...
"Syahadan adalah yang tiada pernah berpisah dengan baginda adalah seorang hulubalangnya yang berani didalam negeri itu, lagi gagah perkasa, bernama Seri Bija Wangsa. Maka hulubalang itu ditipu oleh Dato' Bendahara lalu disuruhnya bunuh maka matilah ia, kerana jikalau ada Seri Bija Wangsa itu, susahlah Megat Seri Rama itu melakukan kehendaknya. Syahadan maka adalah pada ketika itu baginda itu diatas julang hendak pergi bersembahyang Jumaat, lalu diparangnya hulu baginda itu lalu mangkat, dan Megat itu pun mati juga, kerana dilontar oleh baginda dengan kerisnya".
![]() |
| Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang di Kota Tinggi |
![]() | |
| Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang di Kota Tinggi |
Negeri Johor pada masa itu adalah sangat maju dan makmur, ramai orang orang yang datang berniaga disana, termasuklah orang orang Inggris, Belanda, Cina, India, Arab dan lain nya. Di bandar tempat Sultan Johor bersemayam iaitu diPancor, ada sebuah kota kecil terletak diatas suatu tanah tinggi. Bentuk kota itu empat persegi panjang, diperbuat daripada kayu balak yang tebal dan besar berlapis lapis hingga dua belas kaki tingginya dari tanah, dan lantai disebelah dalam kota itu ditinggikan lima kaki. Kota itu terletak dekat kuala sebuah sungai kecil di tepi Sungai Johor. Kota itu mempunyai dua belas pucuk meriam tembaga yang besar dan sangat cantik buatannya. Lima pucuk daripada meriam itu diletakkan menghala ke Sungai Johor, dan tujuh pucuk lagi dihalakan ke Sungai Tukul.
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (IV) adalah seorang Sultan yang sangat sederhana dan adil. Orang orang besar Kerajaan serta rakyat Johor kasih kepada baginda dan perniagaan dalam negeri pun mewah. Pemerintahan negeri yang baginda sendiri tadbirkan telah berjalan dengan baik selama lapan atau sembilan tahun. Setelah itu baginda menyerahkan urusan pemerintahan negeri Johor kepada adinda baginda, Yang DiPertuan Muda (Tun Mahmud), apabila baginda semakin kuat beribadah serta sering duduk bersama para alim ulama dan jarang keluar di istana baginda...
(bersambung ke bahagian kedua...)
Tuesday, October 5, 2010
Sunday, October 3, 2010
Saturday, September 18, 2010
Sunday, April 11, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)